Blog Maya Dot Com

Chiang Rai : Long Neck Village

Destinasi terakhir di Chiang Rai adalah Karen Long Neck Village.
Actually tempat ni pun tak termasuk dalam itinerary. Optional.
Kira kalau tourist nak pegi, tour guide bawak je lah, gitu.
Tapi kena bayau la. Bukan free.
RM50 saya bayar pada Amy.
Dan duit tu saya pinjam dari Kak Na. Matiklaa baru kenal dah pau duit orang kannn.

Kenapa pinjam? Sebabnya duit dah tinggal nyawa ikan kau.
Kalau esok nak balik Malaysia dah takpe jugak, tapi ada 2 hari lagi nak harung ha.
Eh Masy pun pinjam duit Kak Na jugak. Makanya total RM100 la kitorang pinjam.
Macehhhh Kak Na. Balik Malaysia tu terus je saya bank in kat dia tau.
Pastu dia reply kata ‘Ala, tak payah bayar pun takpela Maya. Kak Na belanja’
Hee baik kan dia?

: : Jalan masuk ke Long Neck Village. Tu minah salleh semua tu nak balik dah : :

Kawasan penempatan ni terbahagi kepada 2 bahagian.
Belah depan ni penempatan kaum Ahka.
Amy kata depa ni makan daging anjing hitam untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Huhu.

: : Rumah penduduk : :

: : Ada jaring hijau di atas. Tak pasti fungsinya. Mengelak nyamuk masuk barangkali? Tapi kat sini sejukkkk : :

: : Bakat budak ni kalau digilap boleh dibawa ke tengah ni : :

: : Sawadikap! : :

: : Baik baik depa ni. Murah dengan senyuman : :

: : Mencari sesuap nasi : :

: : Ada 2 ekor anjing berkeliaran : :

: : Salah sebuah rumah : :

10848026_10153635494129498_8656256095216138647_n : : Jambatan ini memisahkan kawasan penempatan kaum Ahka & kaum Karen : :

OK sedikit info berkenaan Karen people.
Karen adalah kumpulan puak yang mempunyai sejarah hidup di kawasan bukit di Myanmar (dahulunya Burma ), di sisi sempadan Thailand. Mereka dikenali dari pemakaian cincin tembaga berat di leher mereka. Ia bermaksud simbol kecantikan bagi seorang wanita.

Dari seawal usia 6 tahun lagi mereka dah dipakaikan dengan cincin tembaga berat tersebut.
Ada jugak saya tanya pada Amy, kalau kata ada yang taknak pakai macam mana?
Mereka akan dianggap menolak adat resam budaya dan akan dihalau keluar dari kampung.
Umur 6 tahun kena halau mana ajer budak tu nak pegi? Huhu.

Kak Na tanya tak boleh ke kalau nak report pada Persatuan Hak Asasi Manusia ke, tapi Amy kata ini bukan penderaan.
Ini adat resam budaya, so kerajaan atau pihak lain memang tak boleh campur tangan.
Si Zaira memang tak boleh tengok.
Dia kata kejam. Terus dipaling mukanya.
Tapi bagi saya pun memang kejam.
Tengok gambar anak anak gadis diorang tidur, alahai.. siksanya rasa.
Tapi nak buat cemana kan, dah itu budaya depa.
Kita respect je lah.

: : Budak yang menenun tu sama tak dengan fridge magnet belah bawah kiri tu? Sama kan? : :

: : Amy bagi penerangan ringkas tentang perkampungan Long Neck Village ini : :

: : Luas kawasannya. Dan bersih : :

: : Mahal pulak senyuman acik ni. Senyum sikit cik… : :

: : Lawa lawa shawl ni : :

: : Olololo omey angat ni kekecik dah kena pakai cincin tembaga di leher itu : :

: : Ada jual fridge magnet, tapi saya tak beli sebab ada objek manusia. Macam tak berapa best : :

WP_20150126_18_43_49_Selfie : : Ajak selfie pun dilayan baik jer : :

: : Cute je yang kecik tu buat peace : :

: : Apalah nasib anak kecil ini di masa hadapan? : :

: : Yang ni tak pakai kat leher sebab ia baru buat pembedahan tonsil di leher, so tak boleh pakai cincin tembaga itu : :

10958334_10153635494764498_7082032311436015026_n : : Try test pegang cincin tembaga yang diletakkan di leher. Berat plis! : :

10372550_10153635495149498_1282278647531719773_n : : Gitulah gayanya depa tidur : :

: : Donation box : :

: : Sang suami baru pulang dari kerja : :

: : Abang Nal & Apple : :

: : Masy shopping gelang untuk housemate nya di sini : :

: : Pahlawan Ostajah Normaayah : :

WP_20150126_19_08_29_Pro : : Eh bukan pahlawan la. Panglima. Hiks : :

WP_20150126_19_09_31_Pro : : Sapa bawah umur sila tutup mata. Amy kata patung kayu ni diletakkan kat sini dengan kepercayaan dapat menghalau roh dan hantu jahat : :

: : Dari Karen Long Neck Village terus pegi dinner kat sini : :

: : Antara hidangan malam itu : :

: : Zurin cedokkan tomyam : :

Masa kat restoran ni sembang sembang la dengan Kak Na pasal pakej dengan makanan halal semua.
Barulah saya dengan Masy tau yang all this while kami ni menumpang kasih dengan pakej Kak Na sekeluarga rupanya.

Sebab kan saya cerita dengan korang kata pakej saya dengan Masy ni bukan pakej halal?
Tapi tengok cam eh eh kami dibawa pegi restoran halal jugak.
Rupanya Amy explain kata kira saya dengan Masy bernasib baiklah sebab join dengan grup Kak Na.
Sebab Kak Na memang ambik pakej halal, jadi disekalikanlah kami makan bersama sama.
Al gitu kisahnya…
Tengok kan, perancangan Allah SWT tu cantik molek je tersusun.
Alhamdulillah…

Sampai hotel Kak Na malam tu kami pun bersalam salam say bye bye.
Insya Allah mana tau ada rezeki boleh jumpa lagi di lain trip kan?
Sebabnya family Kak Na ni memang kaki jalan.
Zurin dengan Zaira tu dari kecik kecik lagi dah melancong sana sini.
Untung hangpa.

Bye Kak Na! TQ for everything! Muahs!!

    3 thoughts on “Chiang Rai : Long Neck Village

    1. Masy

      masa dapat tau kite menumpang kasih pakej orang tu sy rasa ya Allahhhhhh malunyeeeee.. cemana nak bayau balik? cemana nak kire ni? cemana cemana why why u dont tell us amy mastura huhuhu tapi sibbaiklah Kak Na ok je tsk mekasih kak na abg nal dan semuanya tsk tsk terharu sambil sambung makan

    2. Suriaamanda

      Masa alaong pi long neck village ni kan….kalau nak tau….sesapa yang amik gambar ngan depa2 yang pakai cincin kat leher tu kena bayor tips…huhuhu…..tp memang ngeri la tgok…anak2 depa semua ni pakai dari kecik…kalau along mmg x la…kesian kat anak kot…mana nak mandi…mana nak tido lagi kan….