Destinasi seterusnya ialah Golden Triangle.
Golden Triangle ni ialah tempat pertemuan 3 negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar.
Berdiri kat satu sudut dan kau boleh nampak ketiga tiga negara ni.
Katanya tempat ni terkenal dengan kes penyeludupan dadah / ganja.
: : Saya dah sampai kat semua negara negara ni. Korang haderr?? Hiks : :
: : Saujana mata memandang : :
: : Yang kat hutan belukar hijau belah kiri tu la yang depa buat aktviti penyeludupan dadah / ganja : :
: : Belah kiri Myanmar, belah kanan Laos. Dedua negara pun sudah pernah saya jejaki. Alhamdulillah : :
: : Sungai Mekong yang memisahkan ketiga tiga negara ini : :
: : Nampak kan tulisan Golden Triangle kat belakang tu : :
: : Berpaut di belalai gajah : :
: : Kalau naik belah atas lagi dah sampai negara China. OK negara China saya belum pernah sampai lagi. Fine : :
: : Siapa nak shopping kat sini pun banyak kedai : :
Kalau korang ambik tour package, jangan risau, wajibulghunnah depa akan bawak korang ke Golden Triangle ini.
Alhamdulillah….berkat rajin berjalan dah merasa pi banyak tempat kan Mya…tahun ni along cadang nak explore Indonesi je dulu…tp ada gak yang x kesampaian…kena la ulang balik…tahun depan dah bersuami ntah dapat berjalan lagi ke tak kan…malaysia pun x habih jalan