Blog Maya Dot Com

Chiang Mai : Weekend Night Market

Amy nak drop semua orang kat Weekend Night Market.
Tapi memandangkan dengan keadaan Masy yang tak sihat tu, saya nak mintak Amy hantar balik hotel terus je.
Amy mengusik “R u sure? U don’t want to go shopping? Later u will regret”
“Because the night market only on weekend u know”
Dengan nada lembut lembut dia tu la.

Tak tau la sebab Masy rasa dah OK sikit badannya atau sebab kesian kat saya, dia kata ‘Saya ok kak, boleh pegi night market tu”
Kalau gitu moh la kita pegi, tengok apa yang menarik kat Weekend Night Market ni.
Tempatnya tak sama macam Kalare Night Bazaar tu tau.
Ni kat area lain.
Orang ramai sangat!
Memula saya jalan jugak la dengan Kak Na sekeluarga, tapi dah dengan ramai orang gitu, lelama berpecah jugak lah.

: : dalam ramai orang tu sempat lagi bergambar khennn : :

: : Oooo tiap hari Ahad tak boleh minum arak dan merokok di jalanan sini eh. Tapi kenapa hari Ahad je. Amalkan la hari hari. Merokok dan minum arak kan ke mendatangkan kemudaratan. Cewahh  : :

10422012_10153635454434498_4656813571539818846_n : : Goreng gorengan : :

1965060_10153635455034498_1998309215284944873_n : : Botol warna warni : :

: : Weekend Night Bazaar ni setiap hari Sabtu saja. Belakang tu Phan Ohn Temple : :

: : Pemuzik Jalanan : :

: : Makcik ni jual straw yang dibentuk bentuk jadi objek binatang, serangga dan lain lain : :

: : Teringin nak beli payung ni tapi bajet ciput huhu : :

: : Soya cincau : :

: : Olololo omey sangat menari ni. Geletek tiak kang : :

: : Jangan buat hal kat sini. Balai polis berdekatan saja : :

: : Saya beli tshirt lengan panjang untuk saya kat sini : :

: : Beli sabun comel ni. Gerammm macam nak beli semua tapi saya beli 3 ketul je hehe. 3 ketul 119 baht : :

: : Borong fridge magnet. Harga lagi murah dari kat Kalare Night Bazaar hari tu. Cisss… : :

Tapi tapi tapi.
Paling teruja sebab nampak orang jual ni!
Miang Kham!
Aaaaaaaaaaa… terus terjerit nakkk belii..
Tanjat gamaknya Masy dibuatnya.
Nak beli tu beli je la kan, motipp nak terjerit.
Heeee.. Miang Kham favourite kuuuu.
Kenapa la kat pasar malam KL tak jual ek? Kalau ada kan best.
Dan lagi best satu bungkus ni cuma 15 baht saja!!
Sama dengan RM1.50.
Kalau makan kat Restoran Thailand kat Malaysia ni, RM15 tak kurang ok harganya.

10952269_10153635454839498_1880935764423136163_n : : Beli beli beli : :

Lepas beli Miang Kham terus rasa tak sabar nak balik hotel sebab nak makan he he.
Tahan tuk tuk. Tambang kena 180baht. Pftttt..
Boleh beli berbungkus bungkus miang kham dengan 180 baht ni tahu nggak?

 

    4 thoughts on “Chiang Mai : Weekend Night Market