Blog Maya Dot Com

Chiang Mai : Thepprasit Honey

Seterusnya kami dibawa ke Thepprasit Honey.
Ni pun tak termasuk dalam itinerary saya dan Masy.
Tapi takkan nak melawan pulak kan.
Kang tak pasal kena tinggal tepi jalan hehe.
Tempat ni basically adalah tempat jual madu lah.
Cumanya kat sini ada memacam jenis madu yang kita pun tak pernah tau dan ambik tau.

: : Maya the Bee! Heee.. Korang tau kan ada kartun tajuknya Maya the Bee? Betul ah, tak tipu. Tak caya sila google : :

Kitorang dibawa masuk dalam satu bilik, pastu pintu ditutup.
Dalam tu ada pekerja yang terangkan la jenis jenis madu dan khasiatnya.

: : Boleh try test minum juga : :

: : Boleh cuba cuba rasa di lidah jua : :

10945526_10153635453574498_6557735545576330946_n : : Madu propolis katanya. Macam beras rasanya : :

Lepas minah tu explain explain dan kitorang pun dah try test taste madu tu, suasana macam krik krik kejap.
Gegaya macam paksa orang beli pun ada jugak.
Kak Na tanya saya “Maya dengan Mas taknak beli ke?”
Wajiblah saya laju laju menggeleng.
Takde keperluan dan heyyy madu tu semua mahal kotttt.

Yang minah tu pun dok usha usha kitorang.
Macam bagitau “Cepat beli, kalau tak semua tak boleh keluar dari bilik ni”
Bila Kak Na kata “OK la, I take this one”
Baru dia senyum senyum dan pegi bukak pintu.
Eiiieiei motiplahhh.
Kalau mokata saya dengan Masy je berdua dalam bilik tu, mau jadi tebusan gamaknya tak lepas lepas selagi kitorang tak beli madu tu.

: : Ada jual aiskrim madu kat depan : :

10426314_10153635453804498_1673101713434149535_n : : Sedap. Harga tak ingat : :

: : Aiskrim mampu laaa kitorang beli. Madu memahal tu semua tak mampu ahhh. Dan tak minattt. So pls jangan paksaaa : :

: : Solat di sini : :

Masa nak masuk solat tu kan, si Amy terjerit bagitau yang perempuan tak boleh solat kat bahagian dalam masjid.
Perempuan kena solat kat bahagian tepi, ada ruang kat situ.
Eh eh motiplah.
Kak Na tanya la kenapa tak boleh pulak.
Amy cakap before this penah la pelancong dari Malaysia masuk dalam ruang besar masjid tu, sudahnya kena marah kau.
Macam macam kan.

: : Dak Apple bagi kucing makan aiskrim madu. Adoii laa : :

Dah solat segala terus la bergerak pulang ke bandar.
Dinner makan kat Restoran 1 Ruammit tu jugak.
Tapi kali ni makan nasi goreng pulak.
Nasi goreng ke, nasi putih ke, tak kisah lah. Janji kenyang sudahh.

: : Go green sangat kan? : :

    3 thoughts on “Chiang Mai : Thepprasit Honey

    1. LatifahFazri

      Best nyer dapat melancong ke negeri orang. Dapat tengok budaya luar. Tp perempuan tk boleh sembahyang dlm masjid tu mcm pelik la pulak kan. Takpe la dugaan merantau ke tempat orang. Jadikan pengalaman..

      LatifahFazri

    2. Suriaamanda

      pelik plak x leh solat kat dalam masjid…ko dah kenapa kan…apapun memang kat situ kalau x ramai tourist yang di bawa, salah seorang kena la beli kalau x dia akan bebel2 dalam bahasa dia sbb x beli…ko dah knp..bukan kita nak beli pun….x leh la paksa kan