Chiang Mai : Naik Gajah, Naik Ox & Halal Lunch

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti naik gajah.
Rasanya ni kali ke 3 dah kot saya naik gajah.
Eh ke kali ke 2? Saya penah naik masa pegi Kuala Gandah, Pahang.
Tapi tak ingat pulak masa kat Bangkok dulu ada naik ke tak hmmm..

Saya naik gajah ni berdua dengan Masy.
Gajah kitorang namanya Natalie. Perlu ke saya mintak beliau mendendangkan lagu Torn barang sebaris dua? Hiks.

: : Tak bagi can, terus masuk dalam air ha : :

: : Natalie membawa kakak Baby dan kakak Ostajah masuk ke dalam sungai : :

: : Tetiba Natalie berhenti kat pondok ni sambil melambai lambai belalai. Kakak Baby merasa kasihan lalu membelikan Natalie beberapa batang tebu : :

: : Lalu di tebing sungai : :

: : Masuk ke dalam air semula : :

: : Muka cuak tapi kontrol hehe : :

: : Zaira & Zurin yang belah kiri itu : :

Auntie, auntie!! Gajah ni berak ke?

Haah la, dia berak. Euwueuwu tahi keluar seketul besar.

Haaa bergegar tempat duduk kitorang ni, Auntie!

Haha.. Sabar je laaa.. Dia sakit perut tuuuu..

: : Dari dalam sungai kembali semula ke daratan : :

Turun gajah, Ox Riding pulak.
Saya sampai sekarang masih keliru antara Cow, Ox dengan Bulls.
Berbeza ke? Atau lain?
Tapi yang ni saya andaikan lembu je lah yer.

: : Satu kereta lembu dengan Zaira & Zurin ::

: : Kereta lembu… Rodanya dua, Jalannya tak laju
Sejam sebatu.. ewahhhh : :

: : Dalam 15 minit jugak la perjalanan : :

: : Hensem benar duta jual pisang ni haihh : :

: : Sawah padi comel : :

Lepas 15 minit sampai lah semula kat tempat awal awal tadi.

: : Saya beli fridge magnet kat sini : :

: : Nampak tak patung gajah warna pink tu? Haa saya beli seketul bagi kat Yaya. Omey angat patung gajah pink itu : :

Pastu lunch time. Macam saya tulis kat entry sebelum ni, restoran kat sini menyajikan makanan halal.
Jadi marilah kita makan tanpa was was.
Harga buffet ni dah termasuk dalam pakej, so saya tak pasti lah berapa harganya.

: : Restoran : :

: : Keadaan dalam restoran : :

Food banyak. Seat pun banyak.
So tak payah nak rebut rebut.

: : Pinggan 1 : :

: : Pinggan 2 : :

: : Sebelum balik ingat nak singgah sini beli aiskrim, tapi sudahnya kempunan sebab lepas makan buat aktiviti lain, tak datang sini dah. Sob sob sob : :

One thought on “Chiang Mai : Naik Gajah, Naik Ox & Halal Lunch

  1. haaa kan ada sesi elephant riding…yang ox tu xde plak masa along pi dulu…but apa2 pun kat sini memang banyak guna duit…ada je cara diorang buat kita beli macam2 especially gambar

Comments are closed.