Blog Maya Dot Com

Chiang Mai : Holiday Garden Hotel & Resort

OK sekarang saya nak story pasal hotel yang saya stay masa kat Chiang Mai ni.
Kan saya bagitau kata saya ambik pakej dari TM Tours dengan bayaran RM550 kan, so semua included lah.
Lalu saya pun tak bother lah nak siasat tentang hotel ni.
Nama hotel gah, so mestilah meletup hotelnya kan.

Bila dah sampai sana baru la tau lokasi hotel ni jauh dari town.
Tu takpe lagi lah.
Tapi yang nak nangisnya sebab wi fi kena bayar ikut jam.
Dan paling gempar takde iron dalam bilik, malah takde jugak iron untuk dipinjam.
Dan paling paling gempar lagi depa tak paham bila saya call reception request untuk iron. Tskkk..
Lepas ni kena belajarlah iron dalam bahasa Thailand huhu.

Tapi hotelnya memang cantiklah.
Memang garden betul, sepadan dengan namanya, Holiday Garden Hotel.

: : Signboard laluan masuk : :

: : Belah kanan tu lobi : :

WP_20150128_10_35_06_Pro

: : Lobi : :

WP_20150127_10_53_46_Pro : : Ruang menunggu : :

: : Dari lobi boleh nampak terus ke swimming pool dan restoran : :

: : Ada satu group pelancong dari China. Travel agent depa namanya Ya Ya : :

: : Kalau korang tak ambik pakej dari Malaysia, dont worry. Di sini jua disediakan pakej untuk sightseeing : :

Jom tengok bilik.

: : Katil : :

: : Twin bedroom : :

: : Bilik air luas, selesa dan bersih : :

: : Complimentary air mineral di dalam botol kaca yang unik : :

WP_20150127_09_14_51_Pro : : View di sebelah kanan : :

WP_20150127_09_14_44_Pro : : View di sebelah kiri : :

WP_20150127_09_36_59_Pro : : Kupon breakfast. Normaya Binti sudahnya nama saya : :

WP_20150127_10_49_16_Pro : : Restoran : :

: : Ada promotions : :

Kat sini ada cerita tau.
Masa saya dengan Masy sampai kat cafe tu tak ramai orang lagi sebab kitorang pegi awal kan, pukul 12 tengah hari.
Lauk pauk semua pun masih banyak lagi.

Satu table tu sayur dengan babi sebelah menyebelah.
Saya kaut je la sayur tu tak fikir apa.
Saya ni jenis bukan penggeli, so kalau korang tanya tak rasa geli ke apa, memang tak lah.

Saya duduk mengadap table yang ada sayur dengan babi tu.
Sesambil makan sesambil tengok kelilinglah kan.
Boleh ada sorang tourist China ni, dia kaut sayur, pastu guna senduk yang sama, dia pi kaut babi.
Pfffftttt…

Tak lama lepas tu, staff hotel pulak, dok usha usha la tengok lauk semua.
Dia ambik senduk babi tu, gaul gaul.
Senduk yang sama dia pegi gaul pulak sayur.
Pftttttt lagi sekali.

Sekali lagi saya takde la rasa kembang tekak ke hapa.
Positif lah kan. Masy pun kata insya Allah kak, kita yakin.
Cumanya learnt a lesson lah kan.
Lepas ni a big no no ambik food yang sebelah dengan babi.

Pasal wifi pulak. Hari pertama sampai tu, bila masuk bilik baru teringat nak tanya.
Reception tu suruh turun datang kat lobi, agaknya sebab tak pandai nak explain kot.
Tu gambar bawah tu rate nya.
Saya kedekut piang ambik sikit sikit, tapi tau laaa bila dah mengadap internet ni, sekelip mata je masa berlalu.
Rasanya 4,5 kali jugak saya dok repeat bayar untuk wifi ni.

: : Ambik 24 jam untung. Kalau ambik sikit sikit rugi, sayalah yang rugi tu. Heh : :

WP_20150127_00_01_38_Pro : : Username dan password wifi : :

WP_20150128_13_51_15_Pro : : Free wifi dekat bawah tangga, tapi saya try connect haram tak terconnect. Heh : :

Cerita pasal iron pulak.
Saya ni normally kalau nak pegi travel memana memang akan sesiap iron baju dan tudung.
Lepas tu lipat lah elok elok.
Mokata kedut bekas lipat tu saya sokay je, saya pakai je sebab tudung yang saya bawak pun kain cotton sama ada tudung sarung atau syria.

Tapi kali ni saya bawak tudung sarung kain lycra warna pink terang yang saya pakai pegi Chiang Rai tu.
Dan saya tak iron langsung dari Malaysia sebab letih mengiron baju dengan tudung yang lain.
Saya fikir macam ah kat hotel ni mesti ada iron.
Rupanya takde uolls.

Kalau nak iron kena hantar sehari sebelum, diorang iron bukan guna iron biasa tu tapi guna method pressing macam kat kedai dobi tu. Kena bayar pulak tu.
Dah la kitorang request nak iron malam sebelum nak pegi Chiang Rai.
Mendapatlah termenung kejap.
Sudahnya saya letak je tudung tu bawah tilam.
Still lah ada kedut, tapi nak buat cemana kan.
Dalam gambar pun korang tak perasan kan kan kan.

Jom saya bawak korang jalan jalan sekitar kawasan hotel pula.
Seronok jalan sebab sejuk!!

: : Swimming pool di tengah dunia : :

: : Tempat makan sebelah swimming pool dan lobi. Agak rasa tak malu sila lah mandi sambil diperhati masyarakat : :

: : Bunga tipu bergantungan : :

: : Ikan berenang ria di dalam kolam : :

FSCN9667

10920940_10153635600584498_8781666744829796572_n

1510702_10153635600689498_3491526594572131323_n : : Belakang tu pintu nak masuk ke lobi : :

Overall, hotel ni ok je lah pun.
Cuma jauh dari town (berapa kali nak ulang daaa), wifi kena bayar (ni pun penting gak ni) dan takde iron (pun penting jugak kot bagi certain orang)

    One thought on “Chiang Mai : Holiday Garden Hotel & Resort

    1. Suriaamanda

      OOO hotel jauh dari town…along dulu hotel tgh2 town….pas tu tgh festival Songkran…masak kena tembak ngan air je…nak marah x leh sebab perayaan diorang kan…