Blog Maya Dot Com

Selamat Pengantin Baru Pasangan Zai Zai Zai

Gong Xi Fa Cai!
Tetiba kan.. walhal dah 2 bulan kot Chinese New Year.
Cisingg.. gitu kata orang Cina kepada Normaya hehe.

OK ceritanya CNY hari tu saya balik Taiping.
Macam nervous la kan sebab cuti panjang, bukan tak penah kena, highway sesak hebat.
Memula tu tak decide pun nak balik tapi cam setiba tiba balik gak, begitulah.

Dah alang alang pulang marilah kita menghadiri wedding Nadia & Zainudin.
Nadia ni sepupu saya. Anak Mak Tam, adik Mama yang nombor 7.
Masa tengok kad kahwin dia, eh eh macam best je nama Zaidatul Nadia & Zainudin.
Kalau nak mengekalkan legasi Zai, dapat anak nanti boleh letak nama Zai jugak kat depan.
Tetiba terbayang kalau nama saya start dengan Zal.
Nor Zalmaya. Mohd Zalmi. Hiks. Dapat anak perempuan boleh letak nama AnZALna. Lol.

Weddingnya pada 19 Februari 2015. Hari CNY tu itself.
Lokasi kejadian di area Parit Buntar sana.
Mama dah pegi awal, saya gerak dengan Adil sekeluarga dalam pukul 11 pagi camtu.
Dari TLJ sekejapan dah sampai.

WP_20150219_13_04_43_Pro : : rumah nenek pengantin : :

: : Kampung Kedah : :

Saya bawak hadiah comforter set. Nama pun comforter set, idaklah saya nak wrap bagai.
Bawak je lah gitu masuk rumah.
Masa saya masuk nampak la Mama, Maklong, Maksu dengan Mak Teh tengah dok sembang.
Saya pun masuk la dengan bawak comforter tu, letak kat tepi.
Pandang la muka sensorang dengan persediaan nak menghulurkan salam.
Boleh semua pandang saya dengan pandangan pelik.
Sentap la ostajah kan.

Tak lama lepas tu Mama bersuara ‘Laaaaaa anak aku rupanya. Mama ingat sapa laaa’
Yang Maklong pulak cakap ‘Maklong dok pikiaq dalam hati. Budak ni macam muka Maya. Rupanya memang hang pun’
Maksu pulak ‘Sapa laa datang nak jual comforter ni’

Pfftttt…
Depa kata muka saya lain. Tang mana lain pun saya taktau la.
Adakah semakin gemuk? Semakin hitam? Atau semakin chantek? Hiks.

: : Kakak Yaya layan Maamar main game : :

: : Minum ayaq teh dengan makan kuih muih dulu sebelum makan nasi : :

Di hari kejadian Yaya jadi flowergirl.
Terus saya cam Eh eh dah darjah 5 pun ada permintaan nak jadi flowergirl lagi?
Mommy dulu darjah 5 rasa macam dah kakak kakak kawasan sangat.
Mungkin sebab saya badan besar kot? Yaya ni kecik?
Yang mana masih menjadi misteri kenapa anak haku ni badan kecik?
Ikut saya ni besau, apaknya pun besau. Hmmm…
OK lupakan yang itu.
Sebelum memulakan tugas sebagai flowergirl meh la kita touch up touch up mekap sikit.

: : Dah siap siap semua, melepaklah di luar sementara menunggu ketibaan pengantin : :

: : Yaya & Opah : :

: : Dah pegi ke belah depan untuk tunggu ketibaan pengantin lelaki : :

: : Purplelicious : :

: : Tu dia pengantin lelaki sudah mai : :

Beraraklah menuju ke pelaminan.
Diiringi bunyi kompang pak pung pak pung.

WP_20150219_13_14_33_Pro

WP_20150219_13_15_33_Pro

: : tu tangan saya lah tu suh yaya jalan pepelan : :

: : berhenti sebentar lalu MC memwelcomekan para tetamu dari pihak lelaki : :

: : bersanding di pelaminan : :

: : Mama merenjis menepung tawar : :

: : Normaya pun menyibuk jugak merenjis menepung tawar : :

Macam pelik tak dengan sepupu pun salam cium tangan?
Heee sebenarnya saya pun segan.
Sebab pangkat sepupu kan.. bukan anak saudara.
Tapi sebab depa ni adik beradik hormat sangat dengan saya.
Memang dari dulu salam cium tangan, tapi sungguh saya segan hehe.

Taken with Lumia Selfie : : percubaan nak selfie dengan pengantin di belakang menggagal sebab Abang Rashid block huhu : :

: : marilah makan : :

Kemudian moh la bergambar sapa sapa yang ada.
Nak panggil semua keluarga payah kan, so sapa yang ada je lah.
Yang takde tu nasib ler he he.

11021099_828944927175855_3298823209498732327_n

OK selesai di rumah pengantin perempuan.
Esok saya update rumah pengantin lelaki pulak k?

    2 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Pasangan Zai Zai Zai