Blog Maya Dot Com

…. sambungan Zai Zai Zai

Majlis menyambut menantu pulak selang sehari dari majlis sebelah pengantin perempuan.
Lokasinya dekat dekat situ jugak.
Untunglaaa kan kahwin dengan orang dekat dekat.
Tu la Normaya, dulu dah penah bercinta dengan orang dekat, kau pegi tinggalkan dia. Padanlah muka. Kah!

Eh tapi kan saya ada jugak kawan kawan yang dekat sekampung, tapi bila Raya pun jadi masalah jugak sebab dah dekat benau kan.
Memasing nak jugak bermalam raya atau berhari raya pertama pagi tu kat rumah parents memasing.
Ada yang kata baiklaa kampung jauh jauh, sebab memang dah tetap giliran. Ni dekat dekat pun kadang gaduh gak.

Heee…
Benda benda gini nasib nasib gak la kan.
Bahagian memasing bukannya sama.
Hadap je lah kan. Janji tak kacau hidup orang sudah.
OK teruskan.

Janji nak jumpa kat sekian sekian tempat, maka berbondong bondonglah beberapa buah kereta bergerak sekali.
Sekejapan dah sampai.

Takde bersanding apa, terus makan beradab.
Biasa menyambut menantu memang gitu kan.
Melainkan jenis mak apak yang ada anak laki sorang ke, tunggal ke, atau duit melimpah ruah ke, ada je yang buat.
Cara memasing lah.
Saya dulu pun belah Encik Z just makan makan je.
Sebab kitorang takde bajet. Hiks.

Lauk pauk sesedappppp.
Walaupun cuaca panas lit lit tapi makan tetap makan.
Tengok tu ha Ida kakak pengantin, Mama & Maklong pulun makan.
Adil & Yana rancak mencedok lauk.

: : Dapp dapp dapp : :

Tak cukup dengan tu ada laksa lagi ha.
Sengkak perut makan terus mata pun terlayu layu.
Layanan superbbb sangat. Sampai segan kitorang dibuatnya.
Sebelum gerak pulang, bergambar seround.

Terima kasih pada keluarga kedua belah pihak pengantin di atas makanan dan layanan anda 🙂

Kepada Nadia & Zainudin, Selamat Pengantin Baru!
Semoga kekal hingga ke syurga! ^__^

P/S : Instant shawl dari UmmieTinie. Orang berinstant shawl, saya pun menyibuk jugak nak tapi tetaplah tersenget benget makai nya  haaa. Tsk..

    One thought on “…. sambungan Zai Zai Zai