Blog Maya Dot Com

Riadah K’RISMA @ Taman Tasik Perdana

Tahun ni saya terpilih lagi jadi committee members K’RISMA.
Eh eh ehwah ni dah 4 penggal ni saya jadi committee members.
Masa memula nak dilantik tu saya nak bangkang dah.
Tapi ada yang kata ‘Alaaa Mya kalau awak bangkang pun nanti kena buat kerja jugak, baiklah awak setuju je’
Tsk tsk..

Tapi tapi tapi bila tengok committee members yang lain semua pun sekepala terus cam Yeyy..
Saya AJK untuk Social. Berganding bahu dengan Abang Mdnoor.
Nampak sangat lah hah saya ni suka bersosial menyibuk kacau orang kan he he he.

OK program pertama untuk Social tahun ni ialah Riadah di Hari Minggu, bertempat di Taman Tasik Perdana sana pada 11 April tempoh hari.
Berkumpul terus kat sana pukul 7.30 pagi.
Aktiviti nya simple je pun.
Warming up, briswalk, ramah mesra dan makan!
Makanan semua adalah potluck.
Saya share dengan Kak Wan beli kuih muih.

: : Sebelum briskwalk mari memanaskan badan dulu. Diketuai oleh Khairy : :

Lepas panas badan, moh la kita briskwalk.
Tapi ada je yang semangat berjogging terus ha.
Memula saya jalan dengan Kak Gee, pastu nampak Kak Wan sensorang, saya jalan dengan Kak Wan.
Tapi tak lama pastu dah seiringan dengan yang lain dah.
Kurang lebih 2 km jugak la kitorang jalan pusing satu taman tasik tu.

: : Iman, anak Umi yang semangat berbasikal. Tapi tak lama pastu dicampaknya basikal tu sebab nak berlari. Dah si Azmie yang kena tolak hehe : :

: : Kak Wan yang steady pakai sandal je : :

: : Khairy, ayah mithali. Sambil briskwalk mendukung Delisha : :

: : Azman yang sakit kaki tapi gigih gak menghabiskan pusingan : :

: : Kelas tak teko Kak Wan? Ni yang paling tak cantik katanya #pengsan : :

Lepas tu apa lagi, makan time!
Macam macam food ada hah.Kak As bawak nasi lemak, Kak Ju bawak sandwich.
Kak Sham bawak cekodok, Kak Wan bawak kuih muih.
Abang Mdnor beli bihun kat kedai atas nun.
Ada teh tarik, air kotak, air mineral. Pendek kata puaslah makan.

: : Itulah Kak As, boss saya. Boss paling best abad ini : :

: : Semangat siap bentang tikar : :

: : Makan sambil beramah mesra dan bergossip ria : :

: : Saya, Kak Gee, Kak Wan, Kak Sham : :

: : Perlu ke ada nama kat lengan tu?? : :

: : Syifa, anak Umi. Paling comel dan paling behave. Kak Sham tepuk tepuk sikit, terus dia lena ha, tak mengamuk ke hapa pun. Good girl angat : :

: : Bersiap sedia untuk bergambar : :

: : Happy faces : :

: : Heee.. buncit sangat perut awak tu Bang : :

Pukul 11 pagi camtu siap siap gerak balik.
Mekasih pada semua yang terlibat.
Nantikan aktiviti K’RISMA yang seterusnya pulak eh.
Tungguuuu…

    2 thoughts on “Riadah K’RISMA @ Taman Tasik Perdana