Blog Maya Dot Com

Jejak Kasih di Seremban

Dari Port Dickson, membelok masuk ke Seremban.
Nak pegi rumah parents Lynda.
Diorang buat majlis khatam Quran untuk anak sulung Lynda merangkap juga majlis aqiqah anak kembar Lynda, Edlyn Huda & Emlyn Hana.
Dah alang alang saya ada kat PD kan, apa salah menyinggah.

Sampai sampai je kat situ, saya nampak ayah Lynda, Uncle Sharil.
Rasa korang dah baca kot hari tu salasilah perkenalan saya dengan Lynda kat ENTRY ni kan?
Tapi bila saya baca balik macam tak details sangat pun saya story.

Saya terus la tegur Uncle Sharil.
Uncle, ingat saya lagi tak?
Uncle Sharil tenung saya lama.
Maaf lah, Uncle tak ingat lah. Dah tua tua ni.
Maya, lah Uncle!
Maya? *kerut muka
Maya Taiping. Kawan Lynda sekolah Vokay dulu. 20 tahun duluuuu.
Ya Allah, Maya! Uncle memang tak perasan kau. Kalau jumpa kat luar ni memang Uncle tak perasan langsung.
Heeee..
Kenapa kau kurus?
Haaaa ni kira kurus ke nie? Gemuklah Uncle!
Dulu kau besar lah!
Haha!
Rindulah Uncle, lama tak jumpa kan?
Pegi masuk jumpa Auntie kat dalam gi. Mesti dia terperanjat

Auntie, ingat saya tak?
*Muka kerut
Maya. Maya Taiping. Kawan Lynda.
Haaa Maya.. lainnya muka kamu.
Heeee…

Kan saya bagitau saya kenal Lynda masa umur 16 tahun kan.
Saya rapat bukan dengan Lynda je, tapi dengan family dia semua.
Bayangkan 2 tahun sekolah tu, asal cuti sekolah je saya menyibuk mengekor family Lynda ni berjalan.
Eieiieiie tak maluuuu hahah.
Sekali tu ikut pegi Seremban lah, ada wedding saudara Lynda.
Nak jadi cerita, Maklong Lynda kerja PR kat recording company. Tak silap saya BMG.
Yang artisnya Nurul Ajai, Zamani, Exist.
Tak cukup mengekor pegi Seremban, saya mengekor pulak pegi tidur kat rumah Maklong Lynda tu kat KL.
Siap Maklong nya bawak lepak makan apa semua lah.

Pastu kenal pulak dengan Achik Shila, mak saudara Lynda, tapi umur sebaya.
Kepala memang gila gila lah. Dok merayap sana sini dengan depa berdua.
Pun sama mengekor depa balik kampung jumpa Nenek depa. Somewhere in Seremban tapi tak ingat dah area mana.
Aaaaa rindunya kenangan tu!

Lynda kata eh Acik Shila pun ada ni.
Bila jumpa apa lagi haaa terjerit la kejap.
Pastu Acik Shila takut takut nak cakap dengan saya katanya saya dah ostajah sangat haha.

Tetiba Acik Shila mengimbau kenangan katanya kitorang dulu penah feel feel nak buat group ala ala Feminin, Elite semua tu.
Saya cam ha??? Ada ke pun?
Dia kata ada laaa…
Adoi laaa berangan tak sesudah dulu dulu haha..

WP_20150308_13_24_54_Pro : : Salah sorang si kembar yang nyenyak tidur : :

WP_20150308_13_57_48_Pro : : Doorgift : :

WP_20150308_14_16_07_Pro : : Lynda, Acik Shila dan saya : :

WP_20150308_14_16_12_Pro : : Tak tau nak ungkapkan cemana kerinduaan kat depa ni ha. Acik Shila maintain dengan kesengalannya : :

Cari Uncle Sharil nak ajak bergambar tapi taktau ia dah menghilang ke mana.
Bergambar dengan Auntie, dan Lydia je lah.

WP_20150308_14_19_10_Pro

Tahniah Emier Hedzrieq dah khatam Al-Quran.
Jadi anak yang soleh ya sayang.
Tak sempat Auntie nak bergambar dengan awak sebab excited jumpa Acik Shila hehe.

Lynda & Acik Shila, nanti ada rezeki kita plan lepak sesama k?
 Mungkinkah terjadi?

    3 thoughts on “Jejak Kasih di Seremban