Chiang Mai : Sawadikap!

Assalammualaikum semua!
Jom ikut pengembaraan saya ke Chiang Mai, Thailand!
Trip ke Chiang Mai merupakan pembukaan pengembaraan saya untuk tahun 2015 ini.

Tiket saya beli tahun lepas, 28 Februari 2014.
Tempoh menunggu kekira 11 bulan. Lama ke idok?
Lama bukan? Tapi tapi tapi.
Ada trip yang lagi lama tempoh menunggu dari ni tau.
14 bulan! Trip ke mana tu? Tu later I story la bila dah sampai hari kejadiannya.

Plan nak pegi Chiang Mai ni rasanya dari tahun 2012 lagi kot.
Dok pong pang pong pang dengan dak Masy sebab susahnya nak dapat tiket murah.
Ni saya taktau la tiket saya beli ni consider murah ke tidak.

RM267 return per person, tak masuk luggage dan makan.
Campur luggage return 25kg dan makan pegi balik RM103.
So total saya spent untuk Air Asia RM370 lah.

Saya pegi berdua je dengan Masy sebab bukankah berdua lebih baik?
Itu lah juga tagline sepanjang pengembaraan ini. Hiks.
Ceritanya saya cakap dengan Masy, jom lah kita pi bercuti ke mana mana sebelum beliau menamatkan zaman bujangnya.
Begitulah.

Trip ni 5 hari 4 malam.
Dari 24 – 28 Januari 2015.
Pakej saya ambik dari TM Tours Sdn Bhd dengan bayaran RM550 seorang. Beli masa MATTA Fair bulan Oktober tahun lepas.
Bukan pakej halal. Kalau nak halal food kena tambah RM10 per person per meal.
Oleh sebab bajet kami terhad, so kami taklah ambik yang pakej halal.
Tapi jangan risau, kisah halal tak halal ni akan saya share di entry entry seterusnya, k?

Flight hari Sabtu, 24 Januari 2015, jam 12.45 tengah hari.
Encik Z hantar sampai TBS.
Pastu saya sendirianlah naik ERL Transit.
Tambang RM26.50 dari TBS ke KLIA2.

WP_20150124_08_14_01_Pro : : Bawak 2 beg ini : :

Berjanjian nak jumpa Masy kat KLIA2 terus.
Drop luggage, pastu decide nak makan kat MCDonalds.
Lepas makan terus je lah masuk.
Masa pemeriksaan kastam kan, kitorang 2 kena tahan tau.
Pastu pegawai kastam tu suh kitorang bukak kasut.
Sentapppp.
Gamak ingat kitorang ada sorok dadah ke cemana dalam kasut tu?

WP_20150124_11_57_11_Pro : : Kesian awaaa kasut, dipandang serong oleh abang kastam sob sob sob : :

OK takpe, itu sekadar dugaan dunia.
Kita tak buat salah apa nak takut yer tak?

: : dalam boarding hall sudah : :

: : kesian Uncle belakang tu hidung tersumbat. get well soon, Uncle : :

WP_20150124_11_33_53_Selfie(1) : : nah sekeping lagi gambar Uncle hidung tersumbat : :

Saya dengan Masy duduk terpisah. Tapi takde la terpisah mana pun.
Dedua duduk kat aisle. Nampak ada baby kat depan saya.
Terus terasa nak selfie.

WP_20150124_13_33_20_Pro

Taken with Lumia Selfie : : Eh eh dia berpaling tadah pulak : :

Taken with Lumia Selfie : : Percubaan kedua. Aik? Pun berpaling tadah? Saya dengan Masy gelak masa ni sebab saya dok hulur tangan nak selfie ni bebetul kat depan muka sorang Cina perempuan. Gamak mesti dia menyirap je dalam hati ehehe : :

Makanan yang di pre book telah pun sampai, makanya marilah kita mamam dulu.
Saya order green curry rice combo RM12.
Order jugak combo Macaroni Cheese Combo. Ada air ribena & coklat kit kat. Ni konon untuk lunch atau dinner nanti lah.
Tapi……….

WP_20150124_13_35_00_Pro

Ala baby ni tadi ajak bergambar awak berpaling tadah.
Ni dok jeling jeling food Auntie Masy pulak. Nak ngecek lettew..

WP_20150124_13_37_45_Pro

WP_20150124_13_38_58_Pro : : Tak dapat ngecek terus tertidur. OK biar auntie ostajah mamam dulu yer : :

WP_20150124_13_24_21_Pro : : Macam biasa jangan lupa fill up arrival card : :

Perjalanan dari KLIA2 ke Chiang Mai International Airport patutnya ambil masa 2 jam 50 minit.
Tapi sampai awal 30 minit. Kelas tak?
Pukul 2.05 petang waktu Thailand kitorang dah selamat sampai.
Tau kan waktu Thailand lewat 1 jam dari Malaysia?
Bagus.

Arrival hall airport ni kecik je.
Dan boleh pulak masa tu ada satu lagi flight lain yang sampai serentak dengan flight kitorang.
Apa lagi, mendapatlah beramai ramai bersesak sesak dalam tu.
Sebelah kiri tempat Visa on Arrival.
Makanya mat mat salleh ramai la berkumpul belah kiri tu dok isi form bagai.

Saya dengan Masy q kat belah paling kiri sebelah tempat Visa on Arrival.
Q memang panjang gila ah.
Depan kitorang mat salleh perempuan.
Depan mat salleh perempuan tu 3 orang perempuan Cina.
Belakang kitorang couple mat salleh.

Elok dah masuk q tu, saya pegi toilet.
Tapi sebelum saya pegi toilet tu sebenarnya saya tak perasan sangat pun sapa sapa yang q.
Tapi Masy perasanlah sebab memang dia ada dalam line tu kan.

Bila saya balik dari toilet ada sorang mat salleh kat sebelah kiri saya.
Tidaklah saya ambik pot sangat.
Sampai masa q gerak slow slow, dak Masy macam merapat ke depan.
Saya siku lah dia sebab dah dekat dengan mat salleh tu.

Masy kata ‘Dia potong q la kak’
‘Ha yeke’
‘Ye. Tadi dia dari tempat Visa on Arrival tu. Sikit sikit dia menyempit kat depan kita ni ha’

Bila saya dengar kata mat salleh tu potong q haruslah tak bagi peluang kan.
Cumanya kedudukan Masy lagi dekat dengan mamat tu.
So saya cuba merapat dengan minah salleh yang depan tu lah.

Sampai la bila dah nak dekat dengan kaunter, Masy macam lagi extreme la ke depan.
Lalu mat salleh tu pun sound ‘Excuse me, you cut the line’
Ingat Masy nak berdiam diri? Takkan lah kan.
‘Actually you’re the one who cut the line’

Mat salleh tu menjawab ‘No. I’m from that side just now’
Sambil menunjuk ke arah tempat Visa on Arrival tu.
Yerlah, kau dah habis urusan kat Visa on Arrival tu kau kena la q dari belakang betul tak?
Apa kes main potong q macam tu je.
Masy sound la balik ‘But you still have to q!’

Tapi mamat tu taknak mengalah lah.
Sampai Masy cakap ‘U can ask this lady’
Sambil tunjuk pada minah salleh depan saya tu.
And minah tu pun angguk angguk.
Cuma mungkin dia macam tak nak masuk campur ke apa kan.
Bebudak cina 3 orang depan tu dah buat thumbs up dah pada Masy.

Akhirnya mat salleh tu berundur gak la belakang kitorang.
Sambil membebel ‘Malaysia bla bla bla… female… bla bla… rude…. bla bla bla… wearing scarf…. bla bla’
Kisah ke pulak kitorang kau nak kutuk kutuk kitorang???
Harap muka je hensem tapi takde kesedaran sivik. Pfft..

WP_20150124_16_02_02_Pro : : Mat salleh tersebut. Dak Masy sedang menahan kegeraman : :

Memula saya ingatkan nak draw gambar tempat kejadian.
Tapi tetiba macam malassssss la pulak.
So korang pandai pandai la bayangkan sendiri yer he he.

Q lama oiii. Mau sejam kot!
Sampai tour guide kitorang tersengguk sengguk tunggu kat luar.
Pastu pulak tetiba je eh eh ada sorang photographer dengan sorang awek berpakaian tradisional Thailand terjah saya dengan Masy.
Suh pose lalu disnap snap gambar.
Keadaan masa tu macam huru hara sikit la, kitorang pun tak sempat nak fikir apa.

WP_20150124_16_26_04_Pro : : Awek berpakaian tradisional Thailand itu menyarungkan kalung bunga ini ke leher ku : :

: : Selfie sepam dalam van : :

Kita lupakan kisah mat salleh itu tadi.
Selain dugaan kena bukak boot, kita anggap jua mat salleh ini sebagai dugaan picisan di angin lalu.
Jangan sampai mengganggu gugat mood kita untuk bergembira di Chiang Mai.
Ayuh!!

6 thoughts on “Chiang Mai : Sawadikap!

  1. Tau plak dia ek korang org malaysia, patut suh masy cakap siam, ngarut ngarut, pastu cakap “ko jangan buat hal mat saleh, aku panggil gangster kampung aku ni kang” kompom serius dia tak jadik masuk thailand. Pilihan kedua, ko tunjuk kasut but ko nyah “Only neighbourhood sister (kakak kawasan) wear this u know” kompom terbuang ayer besar dia waktu tu.

    • Hahaahaha geram okehh cakap omputeh pon sampai tergagap, sibbaik sampai gak maksud. Kalau tak matiklah kene gelak. Dah la nak marah, salah cakap pulak llulzzz

  2. Lama tak masuk sini..now kita blog running sini yerp..

    Nak blaja ngan Mya cemna nak travel secara memakai pakaian mematuhi syariah. Huhu. 😀

  3. waaa…itu sudah lebih…mat saleh x mat saleh kan….q tetap kena q la….jgn bagi muka ngan dorang ni…well…kat airport diorang memang akan bagi bunga dan amik gambar…pas tu diorang jual gambar tu masa kat hotel…x amik rugi…hehehehe….

Comments are closed.