Chiang Mai : Maetang Elephant Park

Good morning Chiang Mai!

: : Breakfast buah dan salad : :

: : Dan roti jua : :

: : Anda nampak apa yang saya nampak? : :

: : Tunggu Amy datang jemput : :

Lalu memulakan perjalanan ke destinasi pertama untuk hari ini ke Maetang Elephant Park yang letaknya di Headquarters Maetaman Village, kira kira 40km dari bandar Chiang Mai.
Perjalanan mengambil masa kurang lebih 45 minit.

: : view sepanjang jalan : :

: : tempat beli tiket : :

Oleh sebab harga tiket dah termasuk dalam pakej, so saya tak pasti berapa harga tiket.
Nampak tak tanda HALAL kat atas tu?
Maknanya restoran kat sini serve Halal food, so jangan ragu ragu untuk makan ya.

: : tempat beli tiket, view dari sebelah kanan : :

: : jalan masuk : :

: : Peraturan harus dipatuhi ya? : :

: : Sian gajah tak mandi sebab sejuk hehe : :

Tapi memang pun sejuk. Masa kitorang sampai ni memang sejukkk.
Dalam 14, 15 darjah celcius gak la. Pasal weather ni nanti saya story kat next next entry.

1977180_10153635433384498_1378228806141316141_n : : Menahan sejuk lah tu kengkonon : :

: : Awak pun tak mandi ke? Sampai berlumut lumut nih? : :

WP_20150125_10_01_12_Pro

: : Whatever la kakak ostajah, mungkin begitu detik hati Masy : :

DSCN9100 : : najissss : :

: : Sian awa lapar yer baby gajah? : :

: : Pisang dan tebu boleh dibeli dengan harga berpatutan. Nak makan sendiri boleh. Nak bagi pada gajah pun bolehhh. Tapi saya tak beli pun hehe : :

: : Minah salleh yang sibuk nak bagi pisang dan tebu, tapi tebu tu dicampak camtu je. Sib baik gajah ni bijak bukak tali yang ikat tebu tu. Kalau tak, mau tercekik : :

Tak lama lepas tu, show gajah pun bermula.
Kalau pegi Thailand tak tengok show gajah tak sah.
Kena jugak jugak masukkan dalam itinerary korang.

DSCN9111 : : Olololo omeynya sepak bola : :

Kat Chiang Mai ni memang style depa snap gambar orang, pastu jual.
Tidaklah depa paksa kita beli, tapi bila dah tengok kegigihan depa, rasa macam bersalah dan keji pulak diri ini kalau tak beli.
Haruslah kalau gambar tu kita tak beli depa campak buang je kan?
Lalu dengan rasa kemanusiaan, saya beli semua gambar saya yang depa snap itu.

: : Gajah bersiap sedia untuk beraksi : :

: : Sebelum tu kasik belanja pisang dulu : :

Ada banyak la show yang gajah ni buat.
Sepak bola lah, main bola keranjanglah, angkat kayu lah, berjogetlah dan lain lain.
Tapi paling terkesan di minda saya ialah show melukis.
3 ekor gajah ambik port memasing lalu start melukis.

Ada sekor tu kecik lagi. Kesian dia melukis macam kena paksa je.
Memula tu dia macam malas / taknak melukis, tapi kena pukul di punggungnya baru lah dia start melukis.

: : Lukisan yang dah siap : :

Tak ke menangis air mata darah kau tengok lukisan ni?
Gajah yang lukis ok? Gajah! Cantik baqhanggggg..
Lukisan pertama tu dilukis oleh gajah bernama T.
Tak pasti nama penuhnya. Mungkin Tipah. Mungkin Trisha. Atau Tanya Sama Gajah.

Lukisan kedua tu tak pulak ditulis namanya.
Barangkali tidak mahu dikenali ramai.
Lukisan ketiga dilukis oleh gajah bernama Suda.
Perlukah saya tujukan lagu Sudah Cukup Cukup Sudah terhadap beliau? Hiks.
Masa ia lukis bentuk gajah jalan dari belakang tu kan, semua penonton tepuk tangan sebab kagum nau nau.

: : Berebutlah semua nak snap gambau : :

Masa show gajah ni ada sorang pengacara majlis tau.
Kira dia bagitau la nama gajah, pergerakan apa semua.
Pastu masa orang dok kerumun depan gajah tu, si pengacara majlis ni sudah naik hantu la marah.
Dia suruh semua orang duduk.
Suara dia kelakar. Bukan kelakar apa.
Tau la orang Thai ni punya nada bila bercakap kan lembut.
Ni bila marah, macam comel kelakar gitu la.
Saya ada rakam video, macam biasa nanti saya upload kat hujung hujung entry Chiang Mai ni.

: : comel gajah tu ambik topi tuan dia lepas tu hulur kat penonton mintak duit : :

One thought on “Chiang Mai : Maetang Elephant Park

  1. memang kat sini tempat wajib pi la…along masa pi ari tu sampai enjoy elephant ride macam tu…seram sejuk dibuatnya…

Comments are closed.