Chiang Mai : Doi Suthep Temple

Amy, tour guide kitorang tu comel dan cakap pun kemain ah lemah lembut.
Eh tapi orang Thailand memang semua pun gitu kot no?
Marah pun macam tak marah sebab berlagu lagu nada nya.

Sebab saya dah penah pegi Bangkok dan Hat Yai, so mental memang dah bersedialah dengan culture dan environment Thailand ni.
Takde la rasa beza atau nervous sangat pun.
Serumpun katanya kan. Ke tak? Indonesia je serumpun?
Eh apa apa je lah.

Amy brief bagitau ada perubahan rancangan.
Sebabnya kitorang akan join satu lagi grup dari Malaysia gak.
Husband, wife, mak si wife, dan anak perempuan 3 orang.
Masy dengan saya ok je.
Tapi kalau tak ok pun, bukannya ada pilihan lain haha!

Kalau ikut itinerary asal, dari airport kitorang akan terus check in hotel dan malam tu pegi Khantoke dinner with Thai dancing shows.
Tapi dah berubah di mana van terus pegi ambik grup dari Malaysia tadi kat Hotel Porn Ping, pastu check in hotel dan terus ke Doi Suthep Temple.
Dalam van sempatlah berkenal kenalan dengan family itu.
Wife nya bernama Kak Na, husbandnya Abang Nal.
Anak anaknya 3 orang, Zurin, Zaira & Apple.
Yang paling kecik si Apple tu punya la petah keletah dan mencomel. Geram saya dibuatnya hah.

Nak ke Doi Suthep Temple ni punya lah mendaki menuju puncak.
Memang atas bukit romannya.
Tapi ada lah pulak orang dok berjogging jogging bagai.
Kemain kuat stamina hangpa no?

Masa dalam van kitorang sembang pasal bola.
Ala yang Malaysia kalah dengan Thailand AFF Suzuki Cup tu, yang 3 – 2 tu la.
Pastu kan dok viral pemain bolasepak Thailand yang handsome tu, Charyl Chappuisis.
Amy kata lepas Thailand menang tu kan, besoknya kat newspaper depa letak gambar Charyl Chappuisis tu sebelah dengan gambar sorang pemain bolasepak Malaysia.
Tulisan paper tu macam kata 2 pemain yang handsome lah.

Jenuh pulak saya, Masy dengan Kak Na sekeluarga dok pikir sapa la pemain bola sepak Malaysia yang handsome itu.
Takkan Safiq Rahim? Mat Yo? Yang benar? Safee Sali?
Farizal goalkeeper?
Sampai sekarang menjadi misteri.
Try jugak google paper Thailand, tapi tak jumpa (sampai cemtu sekali hikss)

Doi Suthep Temple ini merupakan sebuah kuil Buddha Theravada yang terkenal di Chiang Mai, Thailand.
Kuil ini sering dirujuk sebagai “Doi Suthep” walaupun sebenarnya ia adalah nama gunung di sini.
Nama sebenar kuil ini ialah Wat Phra That.
Sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk aktiviti keagamaan.
Juga menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia.
Kekira kalau pegi Chiang Mai ikut tour agent, wajibulghunnah la depa akan bawak hangpa ke sini.

Bayaran masuk 30 baht. Tapi saya tak bayar dah la sebab harga dah masuk dalam pakej.
Cumanya harga nak naik lif kena bayar asing.
Ala 20 baht je pun. Bersamaan RM2.
Yang nak kedekut sangat tu kenapa kan? #tetibaemosi
Kalau masih kedekut jugak takmo bayar korang boleh menapak naik 300 anak tangga. Ambik masa setengah jam. Mampu?
Tak mampu kalu, bayau je la 20 baht tu.

: : Ada 2 lif. Q memolek nanti sampai ler lif tu : :

: : Itulah Amy, tour guide kami : :

: : Gayat! : :

Sampai atas tu kami ronda ronda bergambar tengok view je lah.
Orang tak ramai sangat, yang penting cuaca sejuk! Hee..

: : Sala Tree : :

: : Entrance. Tapi takde signboard : :

: : Diapit naga? : :

: : Mak naga. Mungkin dari situ wujudnya perkataan menaga : :

: : Ring the bell : :

: : Feeling lah sangat : :

: : Comel sangat ni kenapa??? Lempang kanggg : :

: : Ni comel gak tapi tengok lama lama macam takut lah pulak : :

: : Sawadikappp : :

: : Pokok duit : :

: : Gajah putih : :

: : No short or short skirt? Tapi yang belah kanan tu????? : :

: : Acah acah kagum : :

: : Acah acah princess : :

: : Selepas 45 minit, kami pun turun ke bawah semula : :

: : Kak Na dan keluarga. Depa naik atas ni kejap je. Saya dengan Masy je berlama lama. Mau tak, sat posing tang sana, sat posing tang sini : :

3 thoughts on “Chiang Mai : Doi Suthep Temple

  1. bertabahlah bersama kami yang kaki bergambo ni.. mujurlah bukan kaki soping skalik, kalau tak mau berkulat menunggu hihi

  2. Along kat sini pun lama giler…masa naik memang kena naik lif la…masa turun bantai turun ikut tangga..x de la penat mana sebab leka bergambar…tp x ingat la first trip pi mana dulu….rasanya pi taman besar siap ada macam istana kot…malas plak nak cari entry lama…

Comments are closed.