Jom Ke Bukit Fraser!

Assalammualaikum semua!
Apa khabar hari ini? Adakah anda semua merasa cantik?
Ingat tak ayat siapa tu? Aha, ayat Kak Senduk! Lama dia tak update blog.

OK sebelum saya mula meng update kisah Chiang Mai, Manila & Medan, apa kata saya selesaikan dulu kisah cuti cuti saya dan keluarga ke Bukit Fraser.
Actually pegi Bukit Fraser ni dulu dari Banda Aceh, dan patutnya up cerita ni dulu.
Inilah yang dinamakan cuti cuti luar negara diutamakan, dalam negeri telah dipinggirkan. Hiks.

Plan nak pegi Bukit Fraser ni saja saja je lah pun.
12 – 14 Disember 2014. Abang Long dapat bonus dan Kaklong pulak dapat cuti.
Makanya marilah kita pegi berjalan jalan.
Memula saya cadangkan pegi Melaka, tapi Adil membantah.
Abang Long ajak pegi Port Dickson, saya pulak membantah.
Dan akhirnya saya dengan Encik Z try apply resort B**, sangkut lah pulak.
Makanya marilah kita ke Bukit Fraser.
Ini merupakan kunjungan saya kali ke 4 ke Bukit Fraser. So takde lah excited sangat.

More to nak bawak anak anak dan family saja.
Eh tapi last pegi pun 6 tahun lepas kot. Lama sangat dah tu.

20141211_203753 : : Saya ditugaskan beli food : :

Perjalanan dimulakan lepas celebrate birthday Yaya kat Khadijah’s Kitchen.
Macam biasa gerak 3 kereta.
Dan macam biasa jugak, Caca mestilah nak mengekor Mommy nya.
Ada accident, lalu jalanraya sesak sebentar kat area area nak masuk Pahang sana.
Lalu kami berselfie lah tanpa arah tujuan.
Masa ni Yaya tidur. Rugi la awak tak dapat selfie hehe.

20141212_171430

20141212_172124

20141212_172148

Berhenti, solat, minum, pong pang pong pang, malam jugaklah sampai kat kaki Bukit Fraser tu.
Boleh tahan mencuak cilok, tau lah kan laluan naik tu sempit gelap gelita hutan belantara.
Dah la dah masuk maghrib masa tu.
Tapi akhirnya alhamdulillah, dalam pukul 8 malam selamat sampai di Banglo B**, Bukit Fraser.
Banglo ni ada 4 bilik so memang puas hati cukup besar nak accommodate semua orang.

DSC_0156 : : Kesayangan angat angat! : :

DSC_0158 : : Whateverlah, Mommy : :

DSC_0159 : : Semua pun bawak stok makanan. Macam nak duduk berminggu minggu romannya : :

DSC_0160 : : Ocah amukan ablasa : :

DSC_0163 : : Dipujuk Mommy dengan Mamee. Terus diam : :

DSC_0166 : : Yaya yang ada impian nak jadi photographer : :

Keesokan harinya, selamat pagi Bukit Fraser!
Tetiba dah keesokan hari kannnn he he.
Ocah orang pertama bangun. Biasalah, nak susu.

20141212_220023

Bangun pagi, breakfast apa semua.
Pastu santai santai je lah. Nak mandi sejuk dan awal lagi.
Plannya pun nak keluar kekejap lagi. So lepak lepak je dulu.
Layan Ocah main belon buih buih.

DSC_0167

DSC_0169

DSC_0170

Pukul 11 pagi camtu baru siap siap nak keluar.
Budak yang dah siap awal ni asyik la ngamuk ngamuk, bosan gamak nya nak keluar.
Baiklah!

DSC_0171

Semua dah siap cantik cantik wangi wangi, jom kita pegi jalan jalan.
Tapi muka Normaya tetaplah macam tak siap jugak. Hiks.

DSC_0175

DSC_0178 : : Sinar matahari mula memancar di sebalik pepohon : :

One thought on “Jom Ke Bukit Fraser!

Comments are closed.