Banda Aceh : Warkop Solong, Mr Piyoh & Dinner

Oleh sebab kopi Aceh antara kopi yang terbaik, makanya marilah kita mengopi dulu.
Macam biasa bagitau je kat Sabri, terus dia berdesup bawak kami ke Warkop Solong.
Warkop tu maksudnya Warung Kopi ya.
Tapi bukan warung pun, kedai besar macam restoran.
Saya rasa Solong tu salah satu jenama kopi kat Aceh ni kot.

: : Saya ambik Kopi O. Encik Z ambik Kopi Susu. Memang kawwww : :

Kuih ni memang depa letak depan customer. Kekira sapa nak makan dia caj lah.
Tak makan pun tak apa-apa.
Tapi saya bedal je makan semua.
Heyy ini la masanya nak cuba makanan di tempat orang, bukankah?

Kat belah tepi ada satu ruangan macam orang buat roti canai.
Saya pun usha la tanya, tapi alaaa dah lupa apa namanya hidangan ni.
Tapi macam telur dadar, cumanya ada macam macam benda dalam tu. Sedap.

Total mengopi dan makan RP66,000.
Lebih kurang RM18.

Sebelah Warkop Solong ada kedai souvenir diberi nama Pusat Kaos Oleh Oleh Aceh.
Wajib la menyinggah kan.
Beli tshirt sehelai untuk Yaya dan sehelai untuk Encik Z.

Memandangkan jam pun dah hampir ke 7 malam, yok lah pulang ke hotel.
Yaya membosan gamaknya, dok pegang monopod ajak saya dengan Encik Z berselfie.
Habis gegau semua gambar ha. Takpe Yasmin, practice lagi ok?

: : tetiba mommy menyelit macam momok : :

Malam tu room service lagi, order je food, senang.
Try food lain pulak.
Daging Lada Hitam RP40,000, Indomie Goreng RP25,000, Kentang Goreng RP20,000, Nasi Putih RP10,000, Nescafe Ais RP5000. Total makan RP100,000.

DSC_0289

Watamat hari ke 3 di Banda Aceh.
Selamat malam!

One thought on “Banda Aceh : Warkop Solong, Mr Piyoh & Dinner

Comments are closed.