Banda Aceh : Video, Bajet & Kesimpulan

Alhamdulillah.. entry terakhir Banda Aceh. Yey!

Sebenarnya takdelah saya rakam video apa sangat pun.
Sebabnya hujan, so tak berkesempatan nak keluarkan kamera.
Selebihnya adalah malas hehe.
So apa yang ada je lah k? Sila lah nonton.
Macam biasa, apa apa yang pelik, abaikan saja :-p

Bajet?
Boleh tak kalau nak suruh je korang refer entry yang lepas lepas? Hehe. Keji sangat kan.
Ni belanjawan saya secara rambang lah.
Boleh la kot kot korang nak buat panduan.
Ni semua kos untuk 3 orang. Saya convertkan sesiap ke RM yer.
Tapi ni pun anggaran saja, tidaklah bebetul exact amaun ya.

Flight Air Asia : RM1009
ERL & Parking Kereta di TBS :  RM179
Transportation di Banda Aceh : RM300
Hotel : RM796
Makan : RM274
Shopping : RM235
Lain lain (entrance fees, tips, airport tax etc) : RM100

Jumlah lebih kurang RM2900 untuk 3 orang.
Kalau korang dapat cari tiket murah, travel ramai ramai dan stay kat hotel biasa biasa je, dapat jimat lagi banyak sebenarnya.

Kesimpulannya?
Banda Aceh ni destinasi wajib ke kena pegi?
Yup, wajib! Sangat sangat wajib!
Sebab apa wajib? Sebab korang kena witness sendiri kesan kesan tsunami yang telah melanda Banda Aceh.
Bagaimana Banda Aceh yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini, dahulunya pernah huru hara akibat pemberontakan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM) kerana ingin keluar dari Kesatuan Republik Indonesia, sehinggalah peristiwa tsunami terjadi.
Tidakkah terfikir oleh kita semua ada sesuatu yang Allah SWT ingin tunjukkan kepada kita?
Bukan kepada penduduk Aceh malah mungkin untuk satu dunia?

Kekerasan, peperangan, permusuhan dan perebutan kuasa tidak akan membawa ke mana.
Bila jasad kembali bersatu dengan bumi, pertemuan kita di ‘dunia’ yang sana.
Semoga perjalanan dan pengalaman Encik Z, Yaya dan saya ke bumi Aceh ini memberi 1001 kebaikan dan keinsafan kepada kami.

Watamat. Terima kasih sebab sudi baca!
Love! ^__^

4 thoughts on “Banda Aceh : Video, Bajet & Kesimpulan

  1. dok tunggu2 jugak..apa yg pelik??
    hahahha..
    lama tak dengar suara akak.. #okbai

  2. serius terkesan baca semua entry acheh ni. tq sebab share pasal ni kak.. teringin nak pegi tgk sendri kesan tsunami tu

Comments are closed.