Banda Aceh : The Departure

Hari ke 4 merangkap hari terakhir di Banda Aceh.

Tengok tv ni ha, memang banjir hebat di Aceh.
Aceh ni besar. Ada la bahagian bahagian dia yang memang banjir teruk.
Kat Banda Aceh ni banjir jugak la, ada certain tempat air naik.
Ada kitorang lalu satu tempat tu, memang van kena redah air huhu.
Bukan kata Aceh je, Bandung dan Jakarta pun ada bahagian yang banjir.

Turun breakfast. Ada nasi dan bihun.
Sambal telur. Dan rendang daging.
Rendang daging tu aaaaaaaaaa sedapnya.
Saya bukan pencinta rendang. Tapi yang ni memang sedap sangat ah?
Adakah mereka letak ganja di dalam rendang ini?
Matiklah menuduh sesuka hati hiks.

IMG_3099

: : Mampu korang guna perkataan karyawan dan karyawati tu? Hehe : :

Tunggu Sabri datang ambik dan terus menuju ke Bandara.
Dalam perjalanan singgah kejap kat Kuburan Masal Siron.
Terdapat 46,718 jiwa para syuhada disemadikan di sini, mangsa mangsa tragedi tsunami.
Luas Kuburan Masal Siron ini adalah 2 hektar.
Masa mula mula mayat sampai, pekerja di Kuburan Masal Siron ni ada jugaklah inisiatif untuk susun mayat mayat tersebut, tapi lama kelamaan bila dah beribu ribu sampai, dia dah tak berdaya lagi.
Jadi mayat mayat tersebut tak dapat disusun dengan elok. Sedih lah 🙁

Berhantu tak tempat ni? Begitu saya tertanya tanya sendiri.
Pernah ada yang ternampak seorang wanita yang menggendong anak di tangan kiri dan kanannya berkeliaran di kawasan ini di waktu malam.
Saya pasti bukan manusia.
Tapi penduduk tempatan kata, wanita tersebut cuma muncul kalau ada orang yang membuat bising di kawasan perkuburan ini.

Kuburan Masal Siron ini tidaklah kelihatan seperti perkuburan biasa.
Kelihatan seperti sebuah padang kosong sahaja tetapi beribu ribu jenazah tersemadi dibawahnya.
Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang yang beriman disisiNya. Amin.

DSC_0299

DSC_0302

DSC_0303

 

Tak lama kemudian sampai lah kami di airport.
Ucap terima kasih pada Sabri. Memang puas hati lah dengan service beliau.
Siapa yang nak contact number dia, boleh roger saya k?

Oh, ada peristiwa rengsa terjadi kat airport.
Masa van berhenti, Sabri terus automatik lah bukak bonet kereta kan.
Setiba tiba je ada porter yang terus bukak bonet tu dan bawak keluar beg kitorang.
The one and only beg tu lah. Beg purple yang dah pecah kat tepi tu.

Terus dia angkat letak atas troli.
Masa ni Encik Z baru tengah nak bawak keluar duit nak bayar pada Sabri.
Saya pulak baru hegeh hegeh nak keluar kereta.
Tetiba tengok eh eh beg tu dah ada atas troli?

Of coz lah saya bengang kan.
OK la bukan nak berkira sangat pasal bayaran tu.
Satu beg RP5000 je pun. Sama dengan RM1.50.
Tapi biarlah bercara. Apa salahnya kau tanya dulu.
Ibu, bapak, perlu troli ngggak?
Saya angkat ya. Cuma RP5000. Dibantu bantu.

Kita pun mesti ok kan. Ni main angkat gitu je.
Dah la beg kitorang seketul tu je kan, boleh je nak tarik.
So apa rasionalnya nak guna troli?
Haishhh.. Lepas tu dia tolak je follow kitorang.
Bagitau suruh lalu ikut sekian sekian.
Saya jawab jugaklah, kami tak mahu masuk lagi. Mau belanja dulu.
Tapi dia statik jugak kat situ.

Last last Encik Z bagi je RP5000.
Dia letak bag tu kat bawah, tolak balik troli sambil bebel bebel.
Haihhh motiplah..

: : bungkus beg sebab takut pecah lebih teruk. kena bayar dalam RP20,000 kot tak silap saya : :

: : From Aceh with love. Untunglaaa ada tshirt Aceh. Saya jugak la yang takde : :

IMG_3109 : : Penjejak Tsunami di Banda Aceh. Mission accomplished! : :

Airport Banda Aceh ni tak lah kecil dan tak lah besar sangat.
Tapi belah dalam ni tak banyak kedai makan.
Rasanya macam ada 1 je kot macam style kopitiam tu.
Ni semua gara gara Pakcik troli tadi.
Kalau tak boleh jugak kitorang nak jalan jalan belah luar airport ni.
Tapi dek kerana rengsa, terus je masuk check in bag. Ergh.

Tengah beratur nak masuk boarding hall, nampak budak lelaki ni.
Pastu tersembang lah kejap.
Dia tengah belajar kat Aceh ni. Belajar agama.
Lupa lah pulak saya nama tempatnya.
Nak balik Malaysia kejap sebab ada urusan.
Ustaz dia hantar kat airport ni ha.

Lepas saya sembang, Encik Z pulak sambung sembang ha.
Umur dia baru 18 tahun. Dia memang nak belajar agama.
Sejuk perut dengar dia sembang hah.
Encik Z pun nasihat gitu gini, positif je dia accept.

Acik doakan awak berjaya yer Hafiz.
Semoga dapat jadi Ustaz dan berkongsi ilmu dengan ramai orang.
Amin.

IMG_3112

: : dalam boarding hall ada tempat lepak ni : :

: : waiting.. : :

Flight pukul 2.10 petang.
OK lah tak delayed. Semua on time.
Sebab kelaparan lalu kami beli maggie cup sebab yang lain semua dah habis.
Tapi tapi tapi. Depa serve lambat sebab awal awal tu cuaca tak menentu.
Kapal goyang goyang aaaaaaaa takuittt.
Sudahnya kan, makan terkocoh kocoh sebab baru 3, 4 suap maggie tu tetiba dah announce nak landing. Aaaa stressssss…

: : Maggie, kacang dan air oren : :

Jam 5.15 petang camtu selamat mendarat di LCCT2.
Tercekik cekik maggie di tembolok sebab sumbat makan lelaju hehe.

Ni ada satu lagi kerengsaan yang saya nak mengadu kat korang.
Masa nak collect luggage ni kan, perlu ke semua orang ni nak berdiri dekat dekat dengan belt ah?
Cecara tu macam kalau boleh nak naik terus atas belt tu pastu cari beg atas belt tu jugak.
Korang ni dah kenapa kan? Tunggu kat tepi sikit tak boleh ke?

Encik Z pegi toilet masa beg kitorang sampai.
Saya memang sengaja ambik beg dan hayun (amboi hayun kau) kekuat, terkena la orang belakang saya.
Padanlah muka kau, yang kau berdiri macam dekat sangat macam nak raba aku tu sapa suruh?
Matiklah ostajah mengamuk nih.

: : nah baca ni!! : :

: : tak paham Bahasa Melayu, ni ha Bahasa Inggeris pun ada : :

Plis plis plis lah kekorang yang baca blog saya ni, yang kerap travel.
Tolonglah berdiri belakang garisan kuning.
Troli tu pun tak perlu lah nak letak dekat sangat.
Bertimbangrasa lah dengan orang lain sama.

Dan dan dan.
Kerengsaan ku berlipatganda bila tengok beg ni semakin parah pecahnya.
Sudah lah pecah bertambah pecah.
Memang tak boleh pakai dah la lepas ni.
Terpaksa blacklist jenama beg ni.
Kena la keluarkan duit beli beg lain lagi haaa nanti. Tsk.

20141223_184140

20141223_180948 : : dalam ERL menuju ke TBS : :

Elok sampai TBS, Encik Z tepuk dahi.
Kunci kereta dengan kunci rumah tertinggal dalam bag gabak purple yang telah dibalut plastik berulang kali itu.
Itulah ke careless whisper Encik Z yang seterusnya.
Nak taknak kena koyak la plastik yang balut beg tu kan.

Encik Z pegi kat office Information Counter pinjam gunting.
Saya dengan Yaya dah tunggu kat lif.
Elok dah nak sampai kat kereta, saya perasan backpack Encik Z takde tersangkut kat bahu dia.
So saya tanyalah ‘Bang, beg kau mana?’
Terus Encik Z ‘Ya Allah.. tertinggal kat Information Counter tadi!’
Dengan DSLR apa semua dalam beg tu.

Berlarilah Encik Z pegi kat Information Counter tu balik.
Saya dengan Yaya menanti dengan penuh debar di dada.
Fuhhh sib baik lah takde orang ambik beg tu.
Elok lagi terdampar atas kerusi. Haihhh semakin teruk penyakit lupa Encik Z ni.
Jangan dia lupa dia dah berbini sudah #tetiba

OK, I guess this is the end of my Banda Aceh’s story.
Tetiba speaking, ntah betul ke tidak ayat tu hehe.
Nanti saya buat rumusan, bajet & letak video yang saya sempat rakam kat sana k?

6 thoughts on “Banda Aceh : The Departure

  1. kakak ostajah, adekah memang asalnya beg pepel tu terkopak or kopak akibat dicampak2 oleh encik penjaga luggage? kalau sebab dorang, bole pegi komplen n dorang akan ganti luggage baru. haaa saye pon baru tau… baca kat grup apetah aritu..

    • asalnya cantik berseri. memang akak saspek terkopak sebab dicampak2.
      boleh eh mintak gantirugi? tak penah tau pon huhu.
      takpe dis time i lepaskan mereka. next time, awassss…

  2. Seronoknya baca kisah pegi Bandar Atjeh ni!
    next story pleaseeeee http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif

    Bagus bg tips beserta nota masa nak check out hotel… mesti pekerja hotel terasa dihargai…

Comments are closed.