Banda Aceh : PLTD Apung 1

Seterusnya, kami ke PLTD Apung 1.
PLTD tu stands for Pembangkit Listrik Tenaga Diesel.
Kapal ini adalah kapal yang diletakkan ditengah laut untuk menjana elektrik tambahan ke seluruh Banda Aceh. Sebelum Tsunami ia terletak di Ulee Lheu atau sekitar 10 km dari tempat sekarang

Ianya merupakan sebuah kapal dengan berat 2600 tan yang ditolak oleh gempa bumi dan tsunami pada 26 Disember 2004.

Kapal ini ditolak sejauh 5km dari lautan ke arah darat, oleh ombak setinggi 9 meter dikatakan menghancurkan 2 buah rumah dan semua orang dalam rumah tu meninggal. Dan of coz lah mayat tu semua bersemadi kat bawah kapal ni sebab cemanalah pulak nak tolak kapal besar ni untuk semadikan jenazah tu semua, huhu.

Haihh tak dapat saya bayangkan ombak 9 meter?
Kapal seberat 2600 tan ni terseret 5km? Allah… memang tak tergapai di fikiran macam mana kucar kacirnya keadaan masa tu haihh.

Mengikut cerita, ada seorang yang terselamat masa atas kapal ni sebabnya beliau tengah tidur kat dalam bilik bahagian bawah. Bila ia sedar tetengok kapal ni dah ada kat daratan dah.
Kalau korang jadi dia agak agak tak sewel ke kejap bila terjaga tengok seluruh daratan dah bertukar lautan? Tsktsk.

DSC_0120

DSC_0128

DSC_0123

Besar jugak la kawasan ni lepas dibaikpulih untuk wisata.
Kena menapak nun jauh ke sana untuk naik atas kapal.
Tengok ramai nya orang atas kapal tu ha.
Memula kena lalu macam jambatan, pastu tetiba turun bawah.
Tetiba eh kena naik tangga lagi.
Tarik nafas hembus tarik nafas hembus je la saya ni ha.

DSC_0125

Tengok ha berpusu pusu orang nak naik tu.
Tangga tu dah la sempit.
Masa turun lagi ha teruknya sebab masa tu hujan dah start melebat. Laluan licin.
Agak bertolak tolakan. Risau je saya kot jatuh terguling ke bawah huhu.

DSC_0133

DSC_0144 : : Suasana atas kapal : :

DSC_0143 : : View dari atas kapal : :

Kat atas kapal ni sejuk berangin je.
Lagi pulak sebab nak hujan dah.
So, nothing much. Semua pun melayan perasaan dan menghayati keindahan Banda Aceh dari atas ni.

DSC_0146

 

DSC_0140

: : Nama mangsa mengikut perkampungan diukir di sini tanda ingatan : :

: : Dusun Tuan Balik Ayeri, 171 jiwa terkorban : :

Elok habis bergambar terus hujan pun turun mencurah ha.
Sempat gak la snap sekeping kat entrance ni.
Pastu terus mencicit lari masuk dalam van.

DSC_0148

: : sempat lagi ha selfie waktu Mommy dok ejas aircond : :

Dah hujan lebat ni? Cemana nak teruskan perjalanan?

4 thoughts on “Banda Aceh : PLTD Apung 1

  1. hi maya..

    excited sungguh sy tengok kapal besar tu..maknenye, bawah kapal tu ada 2 biji rumah yang dah tertimbus ke?

    tak sabar nak pegi sendiri & get the feel kat sana..

  2. ermmm speechlesss…memang x tergambar bagaimana keadaan masa tu kan…bergenang airmata duk baca semua ni….kuat betul semangat Maya menyelami tempat2 ni…

Comments are closed.