Banda Aceh : Museum Tsunami Aceh

OK jom ikut saya menjelajah tempat tempat di Banda Aceh ni.
Saya memang fokus nak pegi ke tempat yang ada kaitan dengan kesan tsunami.
Destinasi pertama kami adalah Museum Tsunami Aceh.

Muzium Tsunami Aceh adalah sebuah muzium yang dibangun dan direka khas sebagai simbolik peringatan peristiwa gempa bumi dan bencana tsunami pada tahun 2004.  Juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat perlindungan bencana kecemasan seandainya tsunami melanda lagi.

DSC_0034 : : bergambar dalam hujan renyai : :

DSC_0086

DSC_0088

DSC_0090

Laluan masuk yang suram dan sunyi.
Gelap. Kedengaran bunyi air menitik menitik. Sayu.
Kemudian ada satu seksyen tayangan video tragedi tsunami.
Takde pulak gambar dalam kamera ni, ke rasanya tak boleh snap gambar?
Saya pun dah tak ingat.

Seterusnya, seksyen yang ada dipaparkan nama nama orang yang terkorban dalam tragedi tsunami.
Seksyen ni berbentuk bulat, kecik je.
Boleh tahan ramai jugak orang masa ni. Rombongan sekolah barangkali.

DSC_0046 : : Ruang ini dipanggil Ruang Sumur Doa : :

DSC_0043

DSC_0038

Paling simbolik yang ni. Tulisan Allah kat atas syiling nun jauh di sana.
Menunjukkan Allah SWT menaungi setiap apa jua yang berlaku di pelusuk muka bumi ni.
Rasa sebak, sedih dan muram je bila masuk kat ruangan ni.
Semoga mereka diampunkan dan dicucuri rahmat. Amin.

DSC_0035

DSC_0048 : : laluan ke seksyen seterusnya : :

Ni macam belah luar, pun bagi saya simbolik gak.
Air tu warna keperangan seolah olah menggambarkan kekotoran air selepas tsunami.

DSC_0053 : : Malaysia. Damai : :

Dan seterusnya segala macam info berkenaan tragedi tsunami semua dipaparkan di sini.
Dalam bentuk tulisan, gambar, ujikaji, gambaran sebelum dan selepas tsunami,

DSC_0054

DSC_0057

DSC_0058

DSC_0060 : : Artifak menunjukkan waktu terjadinya landaan tsunami : :

DSC_0064 : : Masjid Lampisang, satu satunya bangunan di daerah Lampuuk yang selamat dari terjangan tsunami : :

Sedih nya bila tengok gambaran tsunami melanda, dan orang ni semua berlari selamatkan diri huhu.

DSC_0069

DSC_0072 : : Penerangan secara saintifik tentang tsunami : :

DSC_0073

DSC_0074

: : Pra Tsunami dan saat Tsunami : :

Boleh try test hasil gempa bumi kat sini.
Ada yang perlahan, sederhana dan kuat.

DSC_0076

DSC_0077 : : Simulasi Goncangan Gempa. Tapi sedang dibaikpulih so takdapatlah cuba : :

DSC_0081 : : Laluan ke bawah tapi masa ni ditutup sebab kerja kerja penyelenggaraan : :

Oh, kami jugak ada menonton video dokumentari tsunami.
Tak silap saya dalam 15 minit gitulah tayangannya.
Menarik. Penonton semua pun senyap sunyi je menghayati …. 🙁

Kalau korang ke Banda Aceh, Museum Tsunami Aceh ni antara tempat yang wajib dikunjungi ya.
Boleh membuka mata dan minda kita dan mengenal lebih dekat apa itu ‘Tsunami’

Oh, saya memang print gambar gambar tempat yang saya nak pegi tau, bagi Encik Z pegang.
Boleh pulak dia tercicir kat mana tah huhu.
Sib baik saya buat copy.
Bukan apa, kang nak sebut sebut nama tempat supir tak pasti ke apa pulak kan, so better print gambar sesiap, haa tunjuk je gambar tu kan sonang.
Ni kali kedua Encik Z careless selepas insiden tertinggal passport di dalam flight.
Ada lagi kes careless beliau. Tunggu…..

3 thoughts on “Banda Aceh : Museum Tsunami Aceh

Comments are closed.