Banda Aceh : Masjid Raya Baiturrahman & Pasar Atjeh

Seterusnya, kami ke Masjid Raya Baiturrahman.
Masjid ini dahulunya merupakan masjid Kesultanan Aceh dan sekarang merupakan salah satu masjid termegah di Asia Tenggara.

Masjid Raya Baiturrahman juga mempunyai kisah yang sama seperti Masjid di Lampuuk.
Walaupun mengalami keretakan akibat dari gempa bumi tsunami pada Disember 2004, tapi masjid ini tidak hancur.

Malah mengikut cerita yang diceritakan oleh penduduk tempatan, air tsunami yang hitam pekat kotor cuma melalui di luar masjid, kalau ada pun yang masuk airnya tidak kotor, dan paling tinggi cuma separas pinggang.
Berbanding dengan di luar masjid yang airnya sudah naik tinggi.

Ramai yang berlindung menyelamatkan diri dalam masjid ini.
Ada juga yang diceritakan dari mulut ke mulut, orang bukan Islam yang berlindung dalam masjid ni terus memeluk Islam kerana saksi dan percaya akan kuasa Allah SWT.
Ada juga saksi yang berada di atas bangunan 2 tingkat di seberang masjid ini, melihat seolah olah masjid ini terapung.
SubhanAllah…

DSC_0252

DSC_0269

Replika Masjid Raya Baiturrahman ini telah diabadikan di salah sebuah taman miniatur terbesar di dunia iaitu Taman Minimundus yang letaknya di Klagenfurt, Karintia, Austria.

DSC_0256

DSC_0260

DSC_0265

DSC_0266

DSC_0267: : Projek pembangunan semula masjid ini dibantu oleh Kerajaan Saudi : :

Seberang jalan dari Masjid Raya Baiturrahman merupakan Pasar Atjeh.
Ada yang sebut Pasar Aceh jugak.
Dan Pasar Atjeh ni sebenarnya dah terbahagi kepada 2 bahagian.
Pasar lama yang jenis ‘open’ di sepanjang kaki lima.
Dan pasar baru dalam bangunan yang lebih selesa dan ada aircond.

DSC_0271

Mula mula kami jalan kat bahagian luar dulu.
Sebenarnya saya nak cari kain pasang yang biasa beli kat Bandung tu.
Yang baju nya kosong dan kain corak.
Tapi takde pulak kat sini. Sama macam kat Pekanbaru dulu, takde jual. Adakah mungkin hanya dijual di Bandung saja? Huhu..

DSC_0275

DSC_0276

Nasib baik ada orang jual stokin.
Dapat lah mengubat hatiku yang duka lara.
Borong stokin banyak tak ingat.
Dasar minah stokin hehe..

Pastu borong tshirt anak anak.
Dengan beli bathrobe untuk Yaya & Caca.
Masuk jalan belah dalam aircond tu jugak, tapi nothing much.
Saya bukan kaki shopping pun kan.
Fridge magnet pun takdok.
Sib baik dah beli sikit kat Kapal di Atas Rumah Lampulo tu.
Kalau tak memang putih mata je lah.

DSC_0273

P/S: Jubah saya dari RucciModisch dan tudung dari ButikInspirasiHana

One thought on “Banda Aceh : Masjid Raya Baiturrahman & Pasar Atjeh

  1. along pun bukan jenis shopping kalau ke tempat orang…along hanya akan beli souvenir atau pun beli utk anak2 kat umah je…semua ala2 untuk kenangan…hehehe…bukan xde duit…lebih kepada menbikmati pemandangan…

Comments are closed.