Banda Aceh : Masjid Rahmatullah Lampuuk

Seterusnya…
Kami ke Masjid Rahmatullah yang letaknya di Daerah Lampuuk.
Rasanya ramai kot yang tau kisah masjid ni?

Pantai Lampuuk antara kawasan yang paling teruk dilanda tsunami.
Akibat musibah itu, sebilangan besar warganya terkorban dan hanya satu bangunan yang masih berdiri teguh, iaitu Masjid Rahmatullah Lampuuk.

DSC_0194

DSC_0215

DSC_0213 : : Tanah yang pernah menjadi saksi tragedi tsunami 10 tahun lalu : :

: : Cuaca mendung. Semendung hati kami sekeluarga bila dapat melihat sendiri Masjid Rahmatullah ini : :

DSC_0208 : : Projek membaikpulih masjid ini ditaja oleh kerajaan Turki : :

DSC_0204 : : Ruangan dalam masjid : :

Tak berlengah masa, saya terus je menuju ke sudut masjid di mana di sinilah ditinggalkan bukti jejak tsunami.
Ceritanya masjid ini memang tenggelam sampai ke kubah, dan ada 2 atau 3 orang yang berlindung di atas kubah.
Berbeza dengan bangunan lain disekeliling yang hancur, tapi masjid ni cuma mengalami keretakan yang mana ditinggalkan dan tidak dibaikpulih sebagai peringatan untuk kita semua.
Tetapi dinding dan kondisi masjid ini tetap kukuh.
Korang boleh refer gambar kat bawah ni.

57735640991499640360no
: : Padang jarak padang tekukur. Tapi Masjid Rahmatullah berdiri teguh : :

: : Jangan pernah kita lupakan peristiwa tsunami ini : :

IMG_3056

DSC_0196

DSC_0197

Inilah ruangan di sudut masjid yang saya bagitau tadi.
Terus saya terbayang bayang macam mana gempa bumi meretakkan dinding masjid dan tak berapa lama kemudian air tsunami menerjah masuk ke dalam masjid ni.

DSC_0198

IMG_3053

Sedang saya dan Yaya leka memerhati struktur masjid ini, saya disapa oleh seorang Pakcik.
Memperkenalkan dirinya sebagai Ramli Abidin, Bilal di Masjid Rahmatullah ini.

Tak fikir panjang, saya terus tanya beliau ‘Bapak ada di sini sewaktu tsunami?
Dan Pakcik Ramli memulakan ceritanya.
Walaupun bahasa Indonesianya agak pekat, tapi saya masih boleh faham.
Allah…. remuk redam rasanya dengar pengalaman hitam beliau berdepan dengan arus tsunami.
Sejujurnya sewaktu menaip entry ni mata saya sudah mula berkaca 🙁

Pakcik Ramli kehilangan anak dan isteri di depan mata.
Katanya dia mengambil masa bertahun tahun sebelum betul betul redha di atas ketentuan Illahi ini.
Beliau sendiri bergelut dengan arus tsunami sebelum ditolak hingga ke gunung.
Sampai di gunung beliau berdiri dan azan, melihat ke bawah semuanya telah hancur.

Dan kini beliau mengisi masa dan merawat jiwa dengan menghambakan diri mendekati Allah di Masjid ini.
🙁 🙁 🙁

Oh, Pakcik Ramli ada keluar di siaran Majalah 3 episod Sedekad Tsunami yang bersiaran pada 22 Disember 2014 di TV3, iaitu hari yang sama saya berada di bumi Aceh ini.
Kawan kawan yang update pada saya melalui Facebook dan ramai yang kata untung saya dapat ke sana selepas 10 tahun.

Dari 6000 ribu orang penduduk di Lampuuk, selepas tsunami yang tinggal cuma sekitar 700 orang.
Tetapi kini telah makin berkembang.
Kalau sesiapa belum tonton lagi Sedekad Tsunami tu, boleh pegi kat LINK NI.
Boleh lihat dan dengar sendiri pengalaman yang diceritakan oleh Pakcik Ramli.

IMG_3068 : : Pakcik Ramli yang tabah bercerita pengalaman beliau berhadapan dengan tsunami : :

IMG_3071

“Sewaktu tsunami dulu, begini jugalah cuacanya. Redup, mendung dan sayu” itulah yang dikatakan oleh Pakcik Ramli sebelum kami berpisah hari itu.

4 thoughts on “Banda Aceh : Masjid Rahmatullah Lampuuk

  1. memang menginsafkan bila mengenang tragedi tsunami ni…
    tak dpt digambarkan kalau kita berada di tempat mereka…

  2. Sedih baca entry ni.. air mata ku turut berkaca..
    kuasa Allah Maha Besar mengatasi segala2nya..
    sekelip saja berlaku..
    Lyn tgk dah Sedekad Tsunami hari tuh.. sedihnya Ya Rabbi..

  3. along dah terbayang dah pakcik ni di bawak tsunami sampai ke gunung…terbayang dan bagai terasa bagaimana tersayatnya hati beliau yang kehilangan anak dan isteri…allah…sedihnya….

Comments are closed.