Banda Aceh : Makan Siang di Pantai Lampuuk

Beberapa meter je dari Mesjid Rahmatullah Lampuuk tu, kami terus ke tepian Pantai Lampuuk.
Lampuuk tu sebutannya bukan Lampuk tau, tapi Lampu’uk.
Lampu – uk.
Ke tepian pantai sebab nak makan siang.

Ada banyak je kedai kedai makannya, ala macam kat Port Dickson kita gitulah.
Ada kedai, pastu tempat duduk untuk makan.
Then kau orderlah kat mana kedai kau duduk itu.

Jom pilih lauk dulu.
Aaaaa merembes air liur tengok fresh fresh ikan ni semua!

DSC_0217

DSC_0219 : : Ibuk mau yang mana? Yang ini jugak enak. Ya bisa dong : :

Sementara nunggu lauk pauk dimasak marilah kita menghayati keindahan Pantai Lampuuk ini yang mana dulunya pernah menyaksikan keganasan ombak tsunami yang maha dahsyat huhu.
Sama macam kat Mesjid Rahmatullah tadi la, cuaca mendung je.
Ombak memukul mukul tepian pantai yang ada masa bunyi angin macam mencuakkan jua lah.

DSC_0220

: : Encik Z dan Sabri sedang berdiskusi tentang tragedi tsunami : :

: : tanjat tengok pasir bentuk orang gini. ingatkan ada orang kat bawah huhu : :

DSC_0224

DSCN8797
: : angin kuat tengok kain saya tu terbang terbang : :

: : nampak ke idok kucing hitam tu tengah bawak anak dia naik atas bumbung? : :

: : tak ramai orang sebab weekdays kan : :

IMG_3074

Food dah sampai! Ayuh kita!
Saya dengan Yaya order air kelapa.
Yang bestnya hah datang dengan ais & gula!
Barulah rasa manisss sebab boleh letak gula kan.

IMG_3073: :  tak senonoh bersungguh sungguh nak korek isi kelapa : :

Kitorang order simple je, takmo banyak banyak takut membazir.
Ikan merah bakar, sotong goreng tepung dengan kangkung goreng.
Order sikit sikit ceni baru feel makan hehe.

DSC_0225 : : Sambal pedas berapi : :

DSC_0228

DSC_0229

Food sedapppp dan kenyang burpp burpp kami ni ha.
Alhamdulillah syukur. Total makan RP228,000.
^__^

One thought on “Banda Aceh : Makan Siang di Pantai Lampuuk

Comments are closed.