Banda Aceh : Kubah Sawah Padi & Aceh Thanks to the World

Dah kenyang perut suka hati marilah kita meneruskan perjalanan pulang ke Kota.
OTW pulang menyinggah dekat Kubah Sawah Padi yang letaknya di Desa Gurah, Kecamatan Peukan Bada, Kabupaten Aceh Besar.
Apakah kisah di sebalik Kubah Sawah Padi ini?

Kubah ini merupakan sebuah kubah masjid yang diperbuat daripada batu yang berat.
Dan telah dihanyutkan oleh gelombang tsunami dari Desa Lam Teungoh di mana letaknya 2km jauh dari Desa Gurah ini.
Menurut cerita rakyat tempatan, kubah tersebut telah dihanyutkan sehingga ke gunung berhampiran.
Bila air surut, ia hanyut pula ke tengah sawah.

Ada 7 orang yang berlindung dalam kubah ni dan terselamat dari ditelan gelombang tsunami.
Satu lagi keajaiban kan, bila terdapat kotak kaca yang menempatkan naskhah-naskhah Al-Quran juga turut dibawa di dalam kubah tersebut semasa ianya hanyut dibawa tsunami.
Naskah tersebut semuanya selamat tanpa kerosakan.
Ajaib bukan?

DSC_0231

Tapi tapi tapi, saya tak boleh nak mendekati kubah ni disebabkan air naik tinggi depan kubah ni.
Kan saya ada cerita kan, masa saya kat sini memang sokmo hujan.
Tu yang air naik tu.
Makanya tengok kubah ni dari kejauhan je lah.

DSC_0233 : : kalau tak banjir boleh pegi tengok galeri kubah ni huhu : :

: : sawah padi menghijau : :

: : orang kampung : :

Seterusnya teruslah menuju ke kota untuk melawat Aceh Thanks The World yang letaknya di Blang Padang.
Aceh Thanks The World ni macam Dataran Merdeka kita lah.
Tempat beriadah. Semalamnya saya dah nampak dah tempat ni tapi masa tu banyak kenderaan askar, rasanya macam ada pertunjukan kot.

Thanks The World tu tanda macam rakyat Aceh berterima kasih pada semua negara yang sama sama menghulur tangan memberi bantuan masa tragedi tsunami.
Ada yang turun membantu secara fizikal, ada yang derma duit, ada yang bantu bina semula bangunan yang rosak dan lain lain lagi.
So tempat ni didirikan dengan simbolik tanda terima kasih gitu lah.

Oleh sebab hujan, jadi padang ni basah dan berlecak.
Oh padang ni besar tau. Mau dekat 45 minit kot kalau nak buat satu bulatan besar tu.
Sabri tanya nak tak dia ambik kitorang kat hujung belah sana, tapi Yaya kata dia nak jalan satu round.
Nak tengok kat mana letaknya batu tanda Malaysia.
Baiklah nak, marilah.

DSC_0236

DSC_0237

DSC_0238 : : batu belakang tu simbolik ombak tsunami barangkali : :

DSC_0240

Tanggal Dua Puluh Enam Bulan Desember Tahun 2004, serangkaian gempa bumi dan gelombang tsunami memporakperandakan Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam dan Kepulauan Nias.  Ratusan ribu orang menjadi korban keganasan peristiwa alam ini.  Bangunan, jalan dan berbagai fasilitas hancur, tunduk pada hentakan gempa 9.1 SR dan gempuran ombak tsunami.  Kesedihan dan trauma mendalam mencekam masyarakat Aceh dan Nias.  Sementara masyarakat Indonesia dan dunia, yang hanya bisa terpengarah dan jengah menyaksikan dari jauh.

Kepedihan dan derita akibat gempa dan tsunami tidak datang tanpa hikmah.  Bencana menyadarkan manusia tentang akan arti kehidupan, akan Penciptanya, akan perdamaian dan persahabatan, akan anugrah-anugrah kehidupan yang selama ini didapatkan, dan akan rasa syukur.  Uluran tangan berdatangan dari relawan, lembanga swadaya masyarakat dan lembaga tinggi negara, perusahaan, sipil dan ketentaraan, dalam negeri dan internasional.  Semua bersatu melupakan berbagai perbedaan, bergandengan tangan untuk membangun kembali Aceh dan Nias.

Taman Kota Aceh Thanks the World ini didekasikan pada semangat perdamaian, persahabatan, perjuangan untuk bangkit dan ketabahan yang ditunjukkan oleh korban dan semua pihak di seluruh dunia yang terlibat dalam pembangunan kembali Aceh dan Nias, seberapa kecilpun kontribusi  tersebut dirasakan oleh pemberinya. Semoga bencana gempa dan tsunami di Aceh dan Nias  membawa hikmah positif yang membawa kemajuan kemanusiaan di masa yang akan datang.

DSC_0241 : : belakang tu kapalterbang pertama yang diterima Indonesia : :

: : Ayuh mula melangkah : :

DSC_0245 : : Site Map : :

DSC_0244 : : Malaysia di batu nombor 28 : :

DSC_0247 : : Ni baru suku perjalanan : :

: : Ada kerja kerja membaikpulih, so memang tak berapa selesa lah : :

DSC_0248 : : Dah sampai. Malaysia, Terima Kasih dan Damai : :

IMG_3078

DSC_0249

: : Dari Republic of Kenya. Asante Amani. Untunglah siapa yang nama Amani. Maksudnya Damai dalam Bahasa Kenya : :

Jauh ha Encik Z dengan Sabri tinggalkan saya dan Yaya.
Mau tak, depa main jalan je tak belek apa.
Saya dengan Yaya tengok satu satu setiap negara.
Pastu pronounce sesama sambil gelak gelak.

DSC_0251

Saya ni konon nak rakam lah video guna ipad.
Berialah si Yaya ni dok pot pet pot pet bercakap.
Saya ingatkan dah rakam, rupanya saya pi tekan snap gambar.
Dan kat screen tu seolah olah macam tengah rakam, rupanya nan adoo.
Kitorang pulak tak cek balik masa tu.
Dalam van baru try tengok, memang wassalam jelah.

Ampun yer Yaya. Mommy awak ni dah tua.
Ginilah romannya, serba serbi ke laut huhu.

IMG_3081: : ni kengkonon start rakam : :

IMG_3082: : ni konon konon dah stop rakam. walhalllll… yang adooo : :

FSCN8822 : : Funfair : :

Oh, masa saya pergi ni kat Banda Aceh tengah sibuk buat persiapan untuk acara 10 tahun memperingati tsunami.
Tsunami kan 26 Disember 2004. Saya pegi ni kan 20 – 23 Disember 2014.
Acara apa tidaklah saya pasti tapi takkan nak buat konsert joget joget pulak kan.
Adalah tu acara nya.

: : Van yang kami sewa dan sedia berkhidmat bawa kami ke sana ke mari : :

One thought on “Banda Aceh : Kubah Sawah Padi & Aceh Thanks to the World

  1. diam x diam dah 10 tahun peristiwa tu kan….erm…kat Penang pun ada jugak kan kena…even kat Kedah pun kan….ada x diorang buat kat sini sama macam kat Aceh ni?Kalau ada nak jugak pergi…maklum la along ni x tgok dan x peka dengan perkembangan

Comments are closed.