Banda Aceh : Ayam Tangkap

Lepas dah solat Jamak Zohor Asar, kami pun bergerak untuk lunch aka makan siang.
Saya bagitau Muliyadi saya nak makan ayam tangkap.
Oh yer info berkenaan Banda Aceh ni banyak saya dapat dari blog DJ & Supermeng.
Depa ada mention pasal ayam tangkap, tu yang saya bagitau kita kena try jugak ni.

Muliyadi pun zass ziss zuss cilok sana sini sampailah kat Warung Nasi Hasan 3.
Saya syak 3 tu adalah branch yang ke 3. Makna memang femeslah ni.
Nama je tempat makan ni warung tapi sebenarnya restoran besar ha.
Ada 2 seksyen, nak duduk belah atas boleh, belah bawah pun boleh.
Masa ni hujan masih turun merenyai renyai.

Style hidangan sama macam style makanan Padang.
Dilambak berpinggan pinggan atas meja.
Yaya dah mushkil dah. “Mommy kita belum order lagi kan?”
Lalu Mommy pun explain la gitu gini baru la dia “Ooooo..”

DSC_0028

DSC_0029 : : Tetiba telur penyu pun ada : :

Kitorang ambik 5 lauk kot tak silap.
Udang, kari kambing, pastu daging macam masak kicap, daging masak lemak.
Pastu ada sambal cicah cicah gak.
OK la semua pun sedap sedap belaka.
Eh ada ayam gak. Memula ingatkan yang ni Ayam Tangkap.
Rupanya bukan.

DSC_0030

Ini sebenarnya hidangan Ayam Tangkap.
Ayam digoreng dengan bumbu dan rempah rempah khas Aceh.
Bumbu yang digunakan seperti bawang putih, lada, kacang kemiri, garam, dan halia.
Daun kari, potongan daun pandan, dan salam koja dimasukkan lalu digoreng garing sehingga boleh dingap ngap kriuk kriuk.
Seriously, memang sedap dap dappp..
Hidangan yang wajib dicuba kalau ke Banda Aceh!

DSC_0031

: : lawannya ialah air kelapa muda yang fresh! : :

: : Keropok Malinjau yang memang ada di setiap table : :

DSC_0032 : : Total bil RP223,000. Agak mahal tapi sebab sedap, so no komplen 🙂  : :

2 thoughts on “Banda Aceh : Ayam Tangkap

  1. Terliur jap tgok..mana2 makanan nasi campur kat Indonesia memang begini la ghupernya….eh along x up lagi citer Jakarta ni….aduyaiii

Comments are closed.