Villa Nabilla & Serabei

Oleh sebab perut masih kenyang lagi makan breakfast pagi tu, so takde la nak lunch cecepat.
Decide mau nonton movie kat Alamanda.
Saya kan pencinta filem seram, so marilah menonton Villa Nabilla.

OK la ceritanya not bad. Nak kata best sangat tu idok lah, nak kata tak best pun macam ok la.
Sebab cerita ni macam natural kot saya rasa.
Hujung hujungnya diberitau nak percaya atau tidak terpulang.
Tapi depa buat cerita ni berdasarkan kisah yang diceritakan oleh orang yang konon penah mengalami sendiri.
Kalau orang tu semua membongak, memang terhapa lah.

Lepas nonton, pi solat, baru la nak cari makan.
Kami pegi Ayer@8. Nak try makan kat Restoran Serabei.

WP_20150119_16_23_28_Pro

WP_20150119_16_22_52_Pro

WP_20150119_16_22_32_Pro

WP_20150119_16_17_51_Pro : : Deko restoran : :

WP_20150119_15_38_35_Pro : : menu : :

WP_20150119_15_49_30_Pro : : Carrot Juice RM8.50. Lime Ice RM3.50 : :

WP_20150119_15_49_37_Pro : : Nasi Kerabu with Chili Crab RM18.00 : :

WP_20150119_15_49_43_Pro : : Nasi Gulai Ayam Kampung RM12.90 : :

Ooo ini ke Serabei?
Rice flour pancakes served with sweet caramel gravy katanya.
Saya tak penah makan. Tapi sedap lah. Saya suka je.
RM5.00.
Kalau tak nak makan Serabei boleh cuba Lompat Tikam, Pisang Goreng Madu, Bread Apple Pudding atau Sundae.

WP_20150119_16_14_07_Pro

WP_20150119_16_15_38_Pro : : Encik Z eksprimen cecara makan Serabei ini. Tah hiyer tah tidak : :

Bagi saya ok lah food nya.
Walaupun ketam tu tak fresh sangat.
Dah nama pun makan kat restoran ceni kan.
Nak fresh kalu kena la pegi makan kat Bagan Lalang sana.
Tu pun ikut nasib kot dapat yang tak berapa fresh kann..

2 thoughts on “Villa Nabilla & Serabei

  1. olo omeynye serabai iye.. hehehe. biasanye saiz serabai ni macam pancake jugak, lobang2nye lagi beso daripada pancake tapi teksturnye (wahhh tekstur katakooo) keras sket daripada pancake. kalau kat melaka dedulu serabai ni dihidang masa kenduri arwah ataupun pada hari kematian tu. sekarang ni tataulah masih buat gitu ke tak.

    begitulah kisah sang serabai yg saye tau.. sekian.. 🙂

  2. macam best je nasi kerabu tu.. boleh la try if ter lajak ke putrajaya. Jarang dah pergi putrajaya nak jalan2 ni.. kalau meeting tu yer.. tiap2 bulan..kadang tiap2 minggu.. leteyh… (T___T)

Comments are closed.