Travelogue Yaya Pegi Brunei Part III

Isnin, 24.11.2014
8.30am

Hari yang dinanti dan ditunggu oleh kami dan guru iaitu Pertandingan Jaringan Antarabangsa yang asya beritahu tadi. Kami sampai lewat di SR Lambak Kanan, Jalan 49 disebabkan persiapan peserta tarian.

Kami disambut dengan penuh mesra oleh warga SR Lambak Kanan. Ada pertandingan yang telah berlangsung semasa kami sampai. Ps, poem dan st telah dijalankan di tingkat atas. Pertandingan petah bicara, microsoft power point presentation, tarian dan nyanyian pula diadakan di dewan dan belum berlangsung.

Acara berlangsung pada jam 9.30 pagi. Semua berjalan dengan lancar dan jaya. Acara petah bicara, poem, pb dan st berlawan dengan satu sekolah sahaja. Tarian, nyanyian dan microsoft powerpoint presentation berlawan dengan lagi satu sekolah iaitu sekolah dari negeri Sarawak yang juga mewakili Malaysia.

Sementara kami menunggu keputusan pemenang, kami dihidangkan dengan persembahan oleh Sr Lambak Kanan yang menarik. Antaranya bicara berirama dan nyanyian dari adik adik OKU. Alhamdulillah berkat usaha kami semua, takhta Joha dijatuhkan kepada semua peserta kecuali peserta tarian yang mendapat tempat ketiga dan kumpulan nyanyian yang mendapat tempat kedua. Tak apa, tahun depan cuba lagi!!

 

: : gambar blur huhu : :

: : Juara! : :

Dari sekolah kami tukar baju dan terus menaiki bas menuju ke tempat makan. Tapi, tadi dekat sekolah kami telah dijamu makan. Ada yang makan dan ada yang tak makan sebab itu cikgu bawa kami pegi makan lagi. Tempat makan dia sebenarnya rumah. Abang agen tu yang cakap. Tapi memang pun bentuk kedai dia macam banglo besar.

Ramai yang dah kenyang. Tapi cikgu suruh rasa juga. Akhirnya, semua makan. Lepas tu kami dihidangkan dengan pencuci mulut iaitu aiskrim Brunei. Sedap. Ada pelbagai rasa.

2 thoughts on “Travelogue Yaya Pegi Brunei Part III

  1. Yaya ni..besok dah masuk sekolah menengah mesti dah ada blog sendiri ni..
    keep it up sayang!

Comments are closed.