Travelogue Yaya Pegi Brunei Part I

Assalamualaikum ni Yaya, mommy suruh yaya tulis cerita pasal pergi Brunei haritu. Tapi memang Yaya kena buat report pasal pergi Brunei pun. Ini mommy copy daripada report yaya. Selamat Membaca!

Assalammualaikum, saya Yasmin yang akan menceritakan perjalanan saya dan rakan rakan ke Brunei.

Sabtu, 22.11.2014
6.30pm

Kami diminta oleh guru untuk tiba di sekolah sebelum 6.30 petang. Saya bersama 14 peserta lain dan 3 orang guru kesana bertujuan untuk mewakili sekolah dan Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi pertandingan petah bicara, poem, public speaking, story telling, microsoft power point presentation tarian dan nyanyian.

Kami menaiki bas sekolah menuju ke KLIA2. Di Changkat Jering kami telah bertukar bas dan menaiki bas persiaran.

: : depan bas : :

: : bersama rakan rakan : :

 Ahad, 23.11.2014
1.07am

Kami tiba di KLIA2 pada jam 1.07 pagi. Passport saya perlu dihantar oleh mommy saya. Cikgu melawak, kalau mak saya lewat hantar passport tak dapat pergilah Brunei. Takpelah cikgu, insyaAllah sampai.

Penerbangan kami pada jam 6.45 pagi. Kami berlatih di KLIA2 di depan orang ramai. Malunya saya bila orang tepuk tangan semasa saya sedang berlatih. Cikgu pun gelak.

Mommy saya sampai pada pukul 2.30 pagi. Mommy saya ajak minum Starbucks dan menjadi camerawoman untuk rakan rakan saya. “Aunty tolong ambik gambar kami:. Mommy cakap “Ye, aunty tolong”. Terima kasih mommy.

20141123_030745

20141123_031508

20141123_033542

20141123_034115

20141123_034637

20141123_040103

20141123_041427

20141123_042658

20141123_043427

Kami selamat menaiki kapalterbang pada masa yang ditetapkan. Selamat tinggal Malaysia!!!

6 thoughts on “Travelogue Yaya Pegi Brunei Part I

  1. budak bijak!!http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif

    Smoga YAYA membesar jadi anak yg solehah..menjadi kebanggaan keluarga dan yg sentiasa mendoakan untuk kedua ibubapa.. AMIN

Comments are closed.