Sinusitis

Ramai yang kata Yaya berbakat menulis eh?
Well… ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Hiks.
OK la lupakan pasal tu.
Tunggulah kot kot saya terbuka hati nak create kan dia blog.
Tapi saya tau dia memang minat menulis. Kan Yaya kan?

Nak mengadu domba sikit dengan korang ni.
Saya demam. Sob sob sob.
Actually seminggu sebelum pegi Chiang Mai tu saya dah demam dah.
Cuak la kan sebab nak pi berjalan, takmau la sakit sakit ni.

Tapi kemalasan nak pegi klinik mengatasi segala galanya.
Saya pun google lah cecara nak baik demam ala tradisional.
Bakar bawang putih dengan kulit kulitnya sekali.
Pastu ketuk, campurkan dengan olive oil, letak kat tapak kaki dan pakai stokin.

Potong bawang besar 2 belah, letak kat atas katil.
Katanya bawang dapat meresap kuman kuman di udara.
Ambik bawang putih, ketuk dan masukkan dalam air panas.
Hidu air panas dengan bawang putih tu untuk clearkan hidung yang tersumbat.

Alhamdulillah berkurangan dan hilang.
Makanya dapatlah saya bergembira raya di Chiang Mai.

Tup tup Isnin lepas sekali lagi saya macam nak demam.
Batuk, selsema, hidung tersumbat dan sakit tekak.
Tapi pun tetap malas nak pegi klinik.
Walhalnya office saya tingkat 8, klinik tingkat M je pun.
Masuk lif tekan butang dah sampai.
Tapi kalau dah pemalas lipas, hapa pun tak boleh.

Bertahan lah konon. Sampai la hari Rabu.
Setiba tiba sakit gigi belah kiri pulak.
Amboii penyakit datang tak bagi peluang ni, bertimpa timpa.
Pun saya bertahan lagi.
Ulang balik petua tradisional di atas.
Pastu gigit gigit panadol kat bahagian sakit tu.

Hari Khamis pukul 3.30 pagi terjaga.
Sekalian semua sakit datang serentak.
Hidung dedua belah dah tak boleh bernafas.
Gigi sakit. Kepala sakit. Hati apa lagi. Bertambah la sakit.

Nak taknak hari Jumaat pagi tu whatsapp Kak As bagitau nak pegi dentist.
Memang sakit gigi tu berdenyut nyut nyut.
Pukul 10 pagi keluar rumah, ramai la pulak orang kat klinik gigi ni ha.
Pukul 12.40 tengah hari baru dapat jumpa doktor.
Tapi pukul 12.50 tengah hari dah keluar dah.
Sentap!

Dentist tu kata ni bukan sakit gigi.
Tapi macam sakit gigi. Ramai orang memang ingat sakit gigi.
Tapi sebenarnya bukan. Namanya Sinusitis.
Katanya belah atas gigi ni ada satu ruang udara. Kosong.
Bentuk segi tiga.

Sebab saya selsema dan batuk, ruang udara tu dah dimasuki kuman.
Ruang udara tu ada lubang kecik ala ala tingkap.
Sebab tu saya rasa macam sakit gigi, sedangkan bukan.
So dentist tu pun bagi la painkiller dengan antibiotik.
Dia tak boleh la bagi ubat batuk ke, ubat sakit tekak ke, sebab tu klinik gigi kan.
Katanya insya Allah 3 hari boleh sembuh.

sinusitis-1
: : ginilah rupa Sinusitis itu : :

WP_20150213_13_34_41_Pro
: : dapat MC sehari. dan ubat ubatan : :

Dari klinik terus saya pegi AEON Wangsa Maju.
Nak makan. Lapauuuu.
Tekak teringin nak makan steamboat, so ke Johnny’s.
Pastu tetiba terfikir, eh seram la pulak sorang sorang nak makan steamboat.
Nak ejas api lagi, nak campak food lagi.
Sat g termeletup gas ke cemana?
Motip la sangat fikir camtu kan hehe.

Sudahnya order bihun tomyam je lah.
Air mineral. Dengan mixed dessert.
Sedapnya mixed dessert itu!

WP_20150213_13_43_04_Pro

Pastu tekak tetiba teringin nak try Frappucino Green Tea Starbucks sebab tengok Qistina up kat Facebook.
Aha la sedap jugak.
Selalu minum yang memanis je, try yang healthy sekali sekala sokayy jugak kan.

WP_20150213_14_58_24_Pro

Dari AEON Wangsa Maju saya pegi Pejabat Pos Gombak.
Baru teringat lesen memandu saya dah mati.
Dah sebulan dah, sebab ikut tarikh lahir kan.
Gigih lah menunggu giliran nak renew ha.

Konon nak renew 5 tahun terus tapi tak cukup duit pulak.
Maluuuuu hehe.
So renew lah 4 tahun.
Tapi tapi tapi, sebab saya renew dah lewat sebulan dari tarikh lahir, dia up kan lagi.
Makanya lesen saya jadi 4 tahun 11 bulan.
Yeayyy!! Untonglaaa..

Masa memula nak renew lesen ni saya dok fikir, cemana depa nak ambik gambar tu kan.
Adakah perlu masuk ke dalam kaunter macam kita buat IC tu?
Rupa rupanya post office ni sistem depa dah link dengan JPN.
Makna gambar lesen memandu ni sama dengan gambar IC kita lah.

Cuma cuma cuma.
Bab alamat tu tak synch lah pulak.
Saya tanya la alamat tak ikut IC pulak?
Kata adik pos tu, alamat kat IC tu JPN kak.
Alamat kat lesen memandu ni JPJ kak.
So kalau akak nak tukar alamat kena pegi JPJ.
Terus saya cam ooooooo yeke.

Ambik kau alamat kat Putra Perdana Puchong ha.
Tu alamat 13 tahun dulu tu.
Saya menyewa kejap kat situ masa memula kahwin dengan FM dulu.
Rasa Nida penah pegi kot? Eh, Ernie pun penah.
Nasib lah kan. Kalau rajin nanti saya pegi lah JPJ.
Kalau tak, biarkan saja.

cats

Kelmarin, hari Isnin, saya masih tak sihat lagi.
Walhal over the weekend saya rest se rest nya.
Nak taknak kena la gagahkan diri pegi klinik kat office saya ni.
Kena marah uolls. Sedih titew..

Doktor kata bahagian ruang udara tu dah lembab dimasuki mukus.
Mukus ok? Pabila Dr Normaya berbicara.
So saya kena keringkan cepat.
Kalau tak kering nanti, kena pegi jumpa ENT, depa tebuk nak keluarkan cecairan lendiran mukus itu.
Aaaaaaaa… #larikirikanan

So doktor kata, makan ubat ni.
Jangan culas. Pastu dia bagi macam serbuk ala kristal, kena campur dengan air panas dan hidu untuk clearkan hidung tersumbat tu.
Baiklah doktor!!

WP_20150216_09_40_12_Pro

Weekend saya try test masak rempah ratus yang saya beli kat Chiang Mai.
Saya pun taktau cara yang betul, so masuk campak campak je ha.
Tomyam versi Chiang Mai.

WP_20150214_15_24_21_Pro

WP_20150214_15_24_39_Pro

Campur segala mala mak nenek dalam ni ha.
Fishball, isi ketam, udang dengan mushroom.

WP_20150214_16_16_46_Pro

WP_20150214_16_46_02_Pro
: : Sebeban dalam mangkuk ha : :

Sedap tu sedap la tapi pedas berdesing.
Sampai merah merah telinga kami laki bini ha.

OK ni entry sembang sembang sebelum cuti panjang.
Korang cuti panjang pegi mana?
Saya insya Allah nak balik Taiping malam ni.
Harap harap jalan tak sesak lah huhu.

Korang jaga diri, jaga kesihatan k.
Insya Allah minggu depan entry cuti cuti saya ke Banda Aceh akan up.
4 minggu tau saya dah schedule kan.
Sila kagum hehe.

xoxo,

3 thoughts on “Sinusitis

  1. Kat Johnny’s masak stimboat tak guna gas la Mya.. guna induction.. tekan2 je.. tp tak tau la kat tmpt lain. tu ari pergi Jusco AU2 punya.. cuma takut short current je la. haha.

    Okey, selamat balik Tepen.. tkpe..keta dah kurang satu kt hway sbb weols tak balik kg.. nak duk bermalasan kat rumah je. Tido. Makan. Tido. Makan.
    Sehingga lah hari Ahad.

    Haha.

    • Guna induction eh? Matikla taktau haha..
      Sebab selalu orang je buatkan..

      TQ TQ. Awok selamat berehat bermalas2an di rumah yer..

  2. org tak tukar alamat selagi tak duduk menetap di rumah sendiri. nanti kalau pindah, segala urusan surat menyurat sampai ke rumah lama. leceh. so kami laki bini alamat masih setia di kampung halaman masing-masing. nak sampai surat saman ke hape ke biarlah sampai ke kampung. satgi mak abah toktek2 la telefon bgtau surat sekian2 sampai..hehe

Comments are closed.