Maya Liyana

Hari Jumaat sehari sebelum saya pegi Manila, 30 Januari 2015 saya belanja satu department makan.
Tapi bukan saya sorang lah, share dengan Liyana sebab birthday ia awal bulan Februari.

Plan gitu gini, order pulut kuning, rendang ayam, kari daging & kek secret recipe.
Tapi tetiba petang tu Kak As nak top up bihun goreng pulak.
Kak Aida pulak sponsor teh tarik dengan nescafe tarik.
Alhamdulillah rezeki.

WP_20150123_13_22_30_Pro
: : Order dekat office mate saya, Kak Ju : :

WP_20150123_15_28_48_Pro
: : Bihun goreng dari cafe : :

Kek Secret Recipe ni saya order via phone sehari sebelum.
Nak senang dan tahan lama order cheese cake lah kan.
Walaupun lama gila kot saya tak makan Chocolate Indulgence, tapi tau la mau mencair hebat kalau order Chocolate Indulgence huhu.

WP_20150123_15_21_21_Pro

Nama akak siapa?

Maya

Akak nak tulis apa kat kek tu?

Tulis Maya Liyana 10.

10?

Aah 10.

Errr..

10 tu maksudnya akak dah 10 tahun kerja kat B** ni dik.

Ooooo…

Sampai gitu awak curiga kan dik? Hehe..

WP_20150123_15_22_20_Pro
: : Liyana & saya sama sama dah 10 tahun berkerjaya kat B** ni. Alhamdulillah 🙂 : :

WP_20150123_15_39_09_Pro

???????????????????????
: : Tetiba Balbir photobomb kat belakang nun hehe : :

OK tutup dah kisah birthday birthday ni.
Banyak kali cerita menyampah pulak orang.
Pulak tu awak bukannya muda lagi, Normaya.
Heeee… baiklahhh..

TQ pada korang yang wish semua tu.
Tak dapat nak reply sensorang. Me is bz like crazy go here go there.
Tapi insya Allah akan tetap jua mengupdate blog setiap hari.

^__^

3 thoughts on “Maya Liyana

Comments are closed.