Banda Aceh : The Pade Part II

Usai breakfast hujan masih lagi turun. Macam saya bagitau lah, tak lebat tapi berterusan.
Kalau berdiri statik 2 minit memang lenjun lah.

: : nampak tak lantai tu basah? : :

Swimming pool hotel ni letaknya kat belah belakang. Kekira memang privacy lah.
Tapi dah hujan gini cemana romannya nak swim swim?

DSCN8636

: : Muka monyok tak dapat swim. Habis tu cemana? Nak terjun je ke dalam hujan yang turun bagaikan mutiara ini? : :

DSCN8640 : : Perut tu cover sikit Yasmin : :

Balik bilik, both anak dan ayah tukar baju. Aha dema nak swim jugak. Gasak ler.
Kalau demam jangan salahkan Mommy yer.

: : Pintu keluar menuju ke swimming pool. Kena lalu kat sawah padi : :

DSCN8643 : : View memang superbb I tell you. Pintu belakang Encik Z tu lah pintu nak ke swimming pool : :

FSCN8645

FSCN8653

: : takde orang lain. depa 2 je yang swim : :

Masa kitorang kat swimming pool ni ada sorang Pakcik datang.
Saya rasa dia bahagian maintenance kot. Namanya Pakcik Ramli.
Rancak hah bersembang pasal politik negara. Banyak la info dia share gitu gini.
Saya pun tanya la pengalaman dia pasal tsunami.
Katanya waktu tsunami tu memang dia fikir nak kiamat je lah.
Bentuk ombak tsunami tu memang macam kepala ular tedung.
Berdiri tegak sebelum ombak besar melanda daratan.

1 jam setengah jugak la melepak tepi pool tu ha.
Naik bilik siap siap untuk check out.

: : laluan ke bilik bilik yang suram : :

FSCN8662 : : Lobi. Boleh lepak lepak minum kat sini : :

: : Restoran @ Rumah Makan depan hotel. Malam tadi tu ingat nak dinner kat sini lah, tapi dah hujan : :

: : Ada rombongan ni ha : :

: : Ini padi ke rumput? : :

So… ok ke Hotel Pade ni? Hotel ni outskirt sikit lokasinya. Jauh dari town dalam 8km gitu.
Siapa yang nak relax relax, ketenangan minda sokayy lah stay kat sini.
Hasil google, saya cuma jumpa 2 hotel je yang ada swimming pool kat Banda Aceh  ni.
Hotel Pade & Hotel Hermes.

Tapi kalau tanya saya, saya tak berapa nak rekemen kot.
Staff perempuan kat reception tak friendly. Masa breakfast, staff lambat clear / bersihkan table.
Tapi masing masing punya pilihan la kan.
Tepuk dada tanya selera….

4 thoughts on “Banda Aceh : The Pade Part II

  1. lawa hotel nya. x sangka lak kat banda acheh dah ada resort style mcm ni..

    berapa harganya normaya?

    • Juling bijik mata aku nak cari hotel yang ada swimming pool tau hehe.
      Bilik aku duduk ni, Deluxe Room RM192.26, 1 malam

Comments are closed.