Banda Aceh : The Pade Part I

Untuk malam pertama di Banda Aceh saya book The Pade Hotel.
Pronounce Pade tu ialah macam kita sebut padi.
Kenapa Pade? Sebabnya belakang hotel ni menghijau sawah padi.
Saujana mata memandang.

Saya booking The Pade ni thru agoda.com
Saya taktau pulak yang sekarang agoda ni kena terus bayar.
Saya ingatkan booking dulu, bayar masa check in nanti.
Tup tup apa saya klik ntah terus je dia deduct kad kredit. Sabar je lah.
Hari tu pun ada baca kat blog Ida, ia pun bagitau benda yang sama. Tsk.
Lepas ni takmo dah ah book guna agoda.

Saya book Deluxe Room RM192.26.
Sebenarnya memang agak mahal pun. 3 star hotel.
Tujuan saya book hotel ni sebab hotel ni ada swimming pool!
So nak bagi la Yaya bersuka suka dulu sebelum menginsafkan diri.
Boleh gitu? Haha.. Suka hati kamu lah Normaya, kamu yang membayar.

: : Bilik 3406 : :

DSC_0005 : : Ada balkoni. View lawa. Nampak sawah padi : :

DSC_0001 : : Katil : :

DSC_0010 : : Ambik extra bed. Kuasa dah nak himpit himpit 3 beranak sekatil. Teringat masa pegi Singapore dulu. Aaaaa nightmare stay kat bilik kecik huhu : :

DSC_0003

DSC_0011 : : sinki : :

DSC_0012 : : shower dan toilet : :

DSC_0015 : : Sejadah dan Al Quran jua disediakan. Tak solat jugak taktau la nak kata apa : :

Bilik ok lah. Selesa je. No complaint at all.
Oh yer malam tu hujan. Lebat tak lah lebat tapi stok hujan yang selalunya mesti lama.
Tak lebat sangat tapi berterusan haaa gitu.

Ingat kot nak keluar try makan kat restoran depan hotel ni.
Dah hujan, tak dapatlah kan.
So room service je lah.

Nasi Goreng The Pade/Istimewa RP70,000. Soto Ayam RP65,000.
Soto ayam tu saya bayangkan macam soto ayam kita kat Malaysia la kan, tetiba datang, masak lemak uolls.
Tapi ok la ada nasi sekali. Kitorang share 3 beranak makan.

DSC_0013

Malam tu jugak final bola AFF Suzuki Malaysia vs Thailand tu.
Jenuh la dua beranak tu dok cari kot boleh nonton online. Nan ado.
Saya tak ambik pot pun, saya layan Amazing Race Finale je ha, tapi ada la terscroll FB tengok kawan kawan update.
Pastu memasing meroyan sebab Malaysia dah lead tapi ujung ujung kalah jua sebab Thailand masukkan gol saat saat akhir.
Takpelah, kalah menang kan adat pertandingan. #tetiba

Malam tu saya tak berapa lena tidur, dok tersedar sedar sebabnya sakit perut huhuhu.
Memang sepanjang malam tu hujan je. Sedap ler kami 3 ketul mengerekot bawah selimut.
Keesokan hari, pun masih hujan. Sob sob sob..
Takpe kita pegi breakfast dulu.

DSC_0008 : : Breakfast untuk 3 orang : :

Food tak banyak sangat pilihan tapi yang basic basic tu adalah.
Sokayy. Ngap saja.

: : Teringat sosej kat Bukit Tinggi dulu. Gini la rupa parasnya jugak : :

: : Bubur nasi sedap : :

: : Dan roti bakar dilupa jangan : :

FSCN8628

FSCN8629

3 thoughts on “Banda Aceh : The Pade Part I

Comments are closed.