Banda Aceh : The Arrival

Assalammualaikum semua…

Dah bersedia nak baca kisah saya sekeluarga ke Banda Aceh, Indonesia?
Saya tak mahu namakan ia sebagai percutian, sebab bagi saya ini bukan percutian.
Hmm.. lawatan? Lawatan keinsafan.
Lebih indah dan lebih terkesan.

Saya beli flight ticket ke Banda Aceh ni agak lewat sebenarnya.
Saya beli pada 5 Ogos 2014.
Lebih kurang 5 bulan sebelum fly baru beli, haruslah tiketnya pun agak mahal.

Yang buat lambat beli tu sebab masih berkira kira sama ada nak pegi Makassar atau Banda Aceh.
Saya sembang sembang dengan Yaya, dia ok ke tak kalau tahun ni takde percutian yang hu ha hu ha.
Dia kata OK, dia pun teringin nak pegi tengok sendiri kesan sejarah tsunami 10 tahun yang lepas.
Sebab kebetulan sebelum ni kitorang penah nonton 2 program dokumentari berkisahkan tentang tsunami di Banda Aceh.

Bincang apa semua dengan Encik Z, dia tu sokmo ok jer.
Cek harga tiket Air Asia.
Dapatlah sorang RM303 return. Tak termasuk luggage.
Ikutkan memang agak mahal lah.
Sebab dulu dulu masa ada promosi, saya usha usha pernah ada serendah RM74 je return. Murah kan?
Tapi takpelah, apa lah sangat beza nilai wang ringgit berbanding dengan pengajaran dan keinsafan yang akan diperolehi.Gittew..

Flight ticket Air Asia RM303 X 3 orang = RM909
Luggage 25 kg return RM50 X 2 = RM100
Total = RM1009

Bismillah…

20 Disember 2014, Sabtu

Flight kami pukul 1.20 tengah hari.
Ni lepas direscheduled kan. Sepatutnya waktu asal pukul 4 petang.

9.30 pagi gerak dari Jasmine menuju ke TBS.
Nak naik ERL Transit ke KLIA2.
Elok tengah terhegeh hegeh tolak beg, baru la Encik Z bersuara, “tak sempat dah kita nak naik train pukul 10.10 pagi”
Kebetulan saya angkat muka nampak jam kat dinding, “eh sempat kot, sekarang baru 10.05”
Motip sangat kan, walhal tinggal lagi 5 minit je hehe.

Encik Z tetiba bertukar jadi Usain Bolt.
Saya dengan Yaya pun bukak langkah seribu berlari pergi kat kaunter tiket.
Nasib baik la takde orang kat kaunter masa tu.
Adik ticketing tu pun cepat cepat issue tiket, molek kitorang turun tangga, train pun sampai.

Alhamdulillah.. syukur syukur..
Kalau tak kena menunggu lagi 1/2 jam ok huhu.

: : Muka kepenatan berlari : :

Setengah jam dah sampai KLIA2.
Terus q untuk check in. Boleh tahan panjang q.
Mamat kat kaunter tu siap cakap “Nasib baik akak awal sikit je, kaunter dah nak tutup tau”
Fuhhh.. sekali lagi alhamdulillah..
Lepas ni kena gerak lagi awal lah. Biar sampai awal takpe, dari terkejar kejar.

DSCN8586 : : selesai check in : :

Sempat makan kat Burger King laju laju.
Kang tak makan cemana pulak kan.
Malas lah pula nak makan kat atas nun.

: : Waiting. Yaya ralit nonton Running Man : :

: : Anak beranak kaki Running Man : :

FSCN8593

Oh yer, saja nak cerita pada yang belum pernah naik flight kat KLIA2.
Ada 5 checkpoint kesemuanya yang kita kena tempuh tau.

Pertamanya of coz lah CHECK IN & DROP LUGGAGE (3 jam sebelum waktu flight). Walaupun dah web check in dan dah ada boarding pass, tetap kena pegi kat kaunter check in ni tau.

Kedua, sebelum masuk ke Imigresen, SECURITY CHECK.
Sediakan passport dan boarding pass.

Ketiga, IMIGRESEN. Sediakan passport.

Keempat, KASTAM. Scan beg & badan.

Kelima, BOARDING GATE. Staff Air Asia akan cek boarding pass.

Dari tempat CHECK IN & DROP LUGGAGE tu kurang lebih 45 minit jugak nak menapak sampai ke BOARDING GATE ok.
Terponggeh jugak la kitorang 3 beranak menapak hah.
Tu tak termasuk kalau stop kat kedai nak tengok tengok ke apa ke, so rancanglah perjalanan anda dengan bijak ya.

Take off semua on time. Takde delay.
Perjalanan 1 jam setengah je, tak lama pun.
Yaya naik atas je terus tidur.
Saya tak boleh nak tidur sebab a few times plane langgar awan gegar gegar. Aaaaaa ketakutannn huhu..

: : Eh eh ada menu baru lah : :

: : Macam biasa jangan lupa isi Arrival Card : :

: : Alhamdulillah selamat mendarat : :

Selamat datang ke Banda Aceh, Normaya!

: : Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh : :

Kitorang turun ikut pintu belakang sebab seat kitorang 3 dari belakang.
Seat tu saya terpaksa beli tau nggak.
Sebabnya Airasia letak kitorang anak beranak jauh jauh.
Saja dengki tau Airasia ni.
Nak tak nak terpaksa la beli seat huhu.

Turun ikut pintu belakang lalu belah bawah tu yang boleh snap gambar.
Elok lepas Encik Z snap gambar saya dengan Yaya tetiba dia jerit ‘Eh passport saya tertinggal!’
Berlari la dia nak pegi ambik tapi staff Airasia bahagian teknikal kat bawah tu tak bagi.
Dia bagi isyarat tangan katanya nanti dia pegi ambikkan.

Isk. Encik Z ni kan. Haaa ni baru kes pertama.
Lepas lepas tu sepanjang trip ni ada 2,3 kali lagi kes Encik Z terlupa / tertinggal barang tau.
Nanti saya story.

Orang boleh tahan meramai sebab tadi pun flight penuh.
Ada rombongan makcik makcik dan pakcik pakcik lebih kurang 40 orang.
Pastu dengan orang tempatan jua.
Kaunter imigresen ada 2 je.
Dekat sejam jugak la kena beratur.

Lepas tu Encik Z pegi collect luggage.
Remuk redam hati tengok beg yang saya beli kat Langkawi ni pecah. Tskkkk..
Baru pakai sekali kot. Haishh..
Tapi bila belek belek rasanya boleh lagi kot kalau nak lekatkan guna gam gajah atau tape yang kita lekat kotak tu. Lekat dari dalam.

DSC_0007

Saya dah buat arrangement untuk airport transfer dengan hotel.
So sampai sampai dah ada orang pegang sign tulis nama saya.
Cumanya ditulis Normaya Muchtar.
Ejaan Muchtar tu macam ejaan orang Indonesia sangat kot.

FSCN8613 : : Van besar dan baru. Driver bernama Sabri : :

FSCN8611

Perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 30 minit.
Nanti saya share info berkenaan hotel ok?

FSCN8627

4 thoughts on “Banda Aceh : The Arrival

Comments are closed.