Blog Maya Dot Com

Aku Tanya Apa Khabar… Semua…

Hari Sabtu lepas, 7 Februari saya pegi Shah Alam.
Shah Alam, Seksyen 7.
No no no. Bukan nak shopping tudung lagi.
Tapi pegi rumah Lynda.

Masa tengok alamat dia, saya macam waaaa bestnya duduk kat Seksyen 7, Shah Alam.
Dekat dengan tempat jual segala mala mak nenek tudung hehe.

Janji dengan Aida nak jumpa terus kat rumah Lynda pukul 6 petang.
Pegi lewat sebab anak Aida tuisyen.
Saya berdua je dengan Encik Z so memang tak kisah pukul berapa pun.

Berputar Abang Halim jugak la nak cari rumah Lynda sebab saya biasa Jalan Plumbum dengan Jalan Zirkon je. Rumah Lynda kat Jalan Platinum sana.
Tetepat pukul 6 petang ha terpacak sampai.

Tujuan sebenar benar gi rumah Lynda ni sebab nak melawat Lynda dan baby twins nya.
Lynda baru bersalin anak ke 4 & 5, kembar perempuan.
Aaaaaa sukaaaaa. Anak orang tapi saya yang suka terlebih.
Kembar kot! Sapa yang tak double triple gembira kan.

WP_20150207_18_09_43_Pro[1] : : Memperkenalkan Edlyn Huda & Emlyn Hana : :

Plan nak stay sampai Maghrib je.
Tup tup Budin, husband Lynda ajak stay untuk dinner pulak.
Aaa segannya tapi since Aida & Fahim kata ok, so saya pun ok kan je la hehe.

WP_20150207_20_39_50_Pro[1] : : Budin masak ni ha, kari ayam, sayur buncis dengan sup daging. Bertambah tambah makan haa.. : :

Duduk lepak borak, best sangat sebab saya paling lama tak jumpa Aida.
Eh, saya tak cerita lagi eh dorang ni sapa dengan saya.
Lynda saya kenal masa umur 16 tahun, satu sekolah kat Vokasional Taiping dulu.
In fact satu kelas, Pengurusan Pejabat.
Memang saya kawan baik dengan dia.

Habis sekolah saya masuk Politeknik Port Dickson, Lynda masuk Kolej kat Selangor.
Aida ni kawan kolej Lynda.
Pastu kitorang duduk menyewa rumah sesama kat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam dalam setahun lebih.
Lynda yang kenalkan Aida pada saya.
Aida dengan saya pun ngam, boleh masuk satu kepala.

Bukan nak kata apa la, tapi Aida ni sebaik baik umat saya penah jumpa.
Takde nak marah ke, tinggi suara ke, sakit hati dengan dia ke.
Memang takde.
Lynda ni macam garang sikit, cakap lepas tapi saya tau dia tak simpan dalam hati.
Tak puas apa, dia cakap je terus terang.
Pun saya takde rasa sentap or bengang dengan dia.
Open communication gitu.

WP_20150207_21_47_24_Pro[1] : : Aida. Muka macam Amy Mastura hehe : :

Aida kenal Kaklong sebab dulu Aida penah kerja stewardess MAS.
Ingat lagi masa tu janji nak pegi walk in interview sesama.
Tapi saya bantai tidur pagi tu, sian Aida pegi sensorang heeee..
OK jugak kot saya tak pegi, sebab Aida dapat kan.
Kot saya tak dapat harus sentap hahaha..

Kalau kekira saya dah kenal Lynda ni 20 tahun.
Aida pulak dah 15 tahun. On off jugak la contact each other tu.
Tapi sekarang dan ada whatsapp, facebook, instagram bagai kan.. harap harap tak putus dah.
Walaupun tak selalu jumpa tapi still boleh update perkembangan masing masing.

Husband Lynda, Budin saya kenal masa kitorang stay kat Taman Bukit Angkasa.
Boleh boyfriend dia duduk sebelah rumah kitorang? Jeles ok hehe.
Fahim, husband Aida pun saya kenal dah 15 tahun jugak. Pun masa sama sama duduk kat Taman Bukit Angkasa gak.
Depa dua kerja tempat sebelah menyebelah kat Midvalley masa tu.
Fahim dengan Aida ni memang pasangan serasi sangat, memasing dedua jenis lemah lembut je.

WP_20150207_19_11_36_Pro[1] : : Ini Lydia, adik Lynda. Pun saya dah kenal 20 tahun lamanya. Masa kenal dia umur 13 tahun. Sekarang haaa dah 33 tahun, dah anak 2 pun. How time flies! : :

IMG-20150208-WA0004[1] : : Tersedondon pulak saya dengan Aida. Hitam maroon. Walhal bukan janji janji pun hehe : :

IMG-20150208-WA0005[1] : : Lynda, Mya, Aida : :

Aida anak 5. Lynda pun anak 5.
Saya je lah sorang. Tak dapat lah nak kejar depa tapi secara jujur dari lubuk hati saya sangat sangat sangat gembira untuk depa πŸ™‚
Berborak bersembang lupa pulak nak snap gambar yang husband and anak anak huhu..
Next time jumpa tak boleh lupa lagi dah.

Haaaa kantoi buat apa tu! Hehe..
Budin buat business rempah. Kari ayam yang dia masak untuk kitorang tu guna rempah tu la.
Saya lupa nak snap gambar rempah tu.
Namanya Rempah Tok Ma. Ada dijual kat Giant. 100% keluaran bumiputera.
Nanti kalau saya dah gunakan rempah tu saya share kat blog k?
Tu Lynda suruh ambik sample tu, nak tapi malu tapi ambik gak haha.

WP_20150207_21_48_51_Pro[1]

WP_20150207_21_52_08_Pro[1] : : Bye Huda. Bye Hana. Ada rezeki nanti auntie datang jumpa awak lagi : :

Sebelum balik, Aida siap hadiahkan saya sepasang telekung lycra.
Alhamdulillah… susah susah je.
Oh yer, Aida buat busines online telekung dan baju muslimah.
Sapa nak usha telekung dan baju muslimah cantik cantik korang boleh pergi kat Facebook Butik Seri Raihanah.

Lynda & Aida,
Terima kasih sudi berkawan dengan Normaya yang penuh kekurangan ni.
Kalau ada Normaya buat salah silap baik dari dulu kita berkawan, mahupun sekarang, harap korang maafkan ya.
Sayang korang lillahi Taala. Semoga kita kekal berkawan sampai syurga, ya?

Lepas ni kita buat perjumpaan kita ni as perjumpaan tahunan, nak?
Gilir gilir jadi tuan rumah πŸ™‚

Oh, hari ni 11 Februari, hari lahir BFF saya, Ernie Zuraida.
Yang ke 36 tahun la of coz nya he he.

Sanah Helwah ya Ernie Zuraida!
Semoga ALLAH memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu, Amin ya Rabbal β€˜Alamin.

Counting days.. 10 bulan lagi hehe.
Semoga Allah izinkan aku menjejak bumi Mesir.
Aku dah survey harga tiket dah. Dan dah start menabung hehe.
Panjang umur jumpa lah kita nanti insya Allah πŸ™‚

20130628-072120

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar

Aku tanya apa khabar semua………

    8 thoughts on “Aku Tanya Apa Khabar… Semua…

      1. pa'e faizah

        ehh lagi satu…HAPPY BIRTHDAY KAK ERNI KU SAYANG! SEMOGA SEJAHTERA HENDAKNYA DI SANA. I MISS UR COOK!

      2. Mya Post author

        Paling murah akak jumpa Etihad.
        Less 6k untuk 3 orang, 2 dewasa 1 kanak2. Disember 2015.
        Jom arrr.. Ramai lagi meriahhh..

    1. Ernie

      tq my bff…. love u more… miss u like crazy…….
      tq pae….. miss my cook..??? hahahahah pls come to cairo….:) ur most weolcome to egypt….. πŸ™‚ http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif

    2. Aida

      maluuunyeee kitee…. ;P
      thanks Mya.. kenangan lalu mengusik jiwa hehe http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif
      raya nnt kita brkumpul lagi eh.. lepak umah kite plakhttp://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif

      Luv u both… Mya & Lynda

      Semoga dengan pertemuan ini ikatan ukhwah antara kita semakin rapat dan kekal hingga ke syurgaNya.. AMIN

      1. Mya

        yang baik jadikan tauladan.. yg buruk taknak ingatttt… taknak ulang lagiii huhu…

        insya Allah.. nanti kita berkumpul lagi camni eh. seronok..

        Amin…. πŸ™‚