Weekend Pertama 2015

3 January 2015, Sabtu.

Memang dah niat nak belanja Encik Z & Yaya makan kat Seoul Garden.
Lama gila kot tak makan kat sini.
Pegi paling dekat dengan rumah iaitu kat KL Festival City.
Nyaris nyaris gak tak dapat makan sebab full house.

Yaya first time makan kat sini. Suka lah dia feel feel Korea.
Asyik dok sebut bila la nak pegi Korea. Tu penangan Running Men la tu.
Sabar yer nak, tunggu duit Mommy berkepuk kepuk boleh la kita pegi.
Setakat ni duit Mommy belum kepuk lagi, baru keping keping je.

20150103_140659

20150103_141048

20150103_145254
: : Nasi goreng tu sedap : :

20150103_150433
: : Cuit cuit rasa salad. Pun sedap : :

Harga buffet untuk dewasa RM30.88++ dan kanak kanak RM17.00++.
Total tak silap saya dalam RM106.00 macam tu lah.

Saya check in kat Facebook makan kat Seoul Garden ni.
Ramai la komen gitu gini, pastu ada sorang kawan saya inbox tanya tentang status halal.
Sebelum pegi makan kat sini saya pun dah google gak tentang status halal ni.

Nak explain pun tak reti sangat tapi insya Allah saya yakin status halal nya.
Pada yang was was better jangan pegi makan k.
Macam tak membantu je statement saya ni kan? Hehe.

#OOTD
Blouse lama beli kat kedai area rumah KakTin.
Tudung akel beli kat Serdang.
Skirt chiffon beli kat instagram @scheefon
Handsocks beli kat instagram @staymodesty
Handbag Sofina Sometimes beli kat Fashionvalet

20150103_153958

Dan dan dan. Hero of the day.
Kasut boot beli kat @fashionrepublic
Ala yang saya beli kat Vendeur Festival kat MATRADE tu la.
Dengan confident nya saya pakai tanpa mempeduli matching ke idok haha.
Terus feel feel hijabista u know.

20150103_154244

Dari KL Festival City terus ke The Gardens.
Kisahnya malam tadi orang kedai Nokia tu dah call katanya handphone yang Encik Z nak tu dah sampai.
So lets lah.

Memperkenalkan Nokia @ Microsoft Lumia 535.
Yang cuma berharga RM429.
Dapat memory card, powerbank, keychain & buku nota.

Tapi tapi tapi.
Tetiba masa kat kedai tu kan, Encik Z kata ‘Nah, saya bagi awak. Asyik komplen Samsung awak tu lembap’
Lorh kok gitu?
Saya pun apa lagi hip hip horrey lah.

Kekdahnya handphone Samsung saya ni bertukar tangan bagi Encik Z.
Katanya nanti dia nak restore factory settings.
Nak buang segala apps media social dalam phone itu.
Heee baiklah bang! Macehhh..

20150104_230107

Dari Gardens pegi AEON AU2 nak beli toiletries Yaya.
Dah anak dara ha, tak mo dah toiletries berunsurkan baby baby dah.
Nak losyen perfume semua satu set.
Tapi yang memurah sudah, jangan ngada nak Body Shop pulak.
Awasss…
Mommy awak pun pakai perfume cap ayam je ni ha.

Pastu beli karpet nak letak kat 3rd room.
Dah berzaman bilik tu takde karpet sebab karpet sedia ada dah letak kat depan.
Beli warna hijau untuk efek saujana mata memandang. #lahsangat

20150103_194906

Esoknya tak keluar memana.
Lepak rumah nonton tv, kemas rumah.
N masak untuk suami & anakanda.
Depa request ketam masak lemak & udang goreng kunyit.

20150104_142746

Weekend terakhir kat KL dengan Yaya sebelum Yaya memulakan sesi persekolahan darjah 5 nya..

3 thoughts on “Weekend Pertama 2015

  1. rindunya makanan koriiyaaaa!!
    sape kata normaya tak pandai masak?!
    tak nampak ke ketam bergolek2 tu…

  2. yang penting ketam dalam bekas tupperware. hijau feveret kaler u kan.. sbb tu semua pun hijau.. hikhik

Comments are closed.