Urusan Hujung Tahun

17 Disember 2014. Khamis.
Hari gaji. Merangkap hari bonus.
Bebudak office saya sebut Vitamin B. Cewahh..

Alhamdulillah appraisal saya tahun ni memberangsangkan.
Tidaklah sehebat mana tapi sepanjang 10 tahun saya bekerjaya kat B** ni, kekira tahun ni lah paling up up away.
Syukur. Terima kasih Allah.

Makin masa berlalu, saya pun makin dewasa dan matang.
Boleh handle pressure, stress dan lebih positif.
Satu yang saya amalkan sekarang, lakukan apa juga perkara dengan ikhlas.
Macam mana orang nak judge, biarkan.
Allah kan ada. Apa nak risau 🙂

So Khamis & Jumaat tu saya dah apply cuti awal dah.
Sebelum duit habis beli ntah hapa hapa, marilah kita membayar dulu apa yang patut.
Plan nak keluar awal pagi tapi pong pang gitu gini, dengan Caca pun sekali ada kat rumah, tu yang kelewatan sikit.

Memula sekali pegi Jabatan Imigresen kat Jalan Duta sebab nak collect passport Encik Z.
Dia dah pegi buat awal awal pagi, so tinggal nak collect jelah.
Pastu pegi office TM Tours Sdn Bhd kat Gombak.
Bayar balance duit pakej trip saya akan datang.
Insya Allah kalau takde aral saya akan pegi ke Chiang Mai 24 Januari ni nanti.

20141218_130250
: : Office TM Tours konsep merah hitam : :

20141218_130618
: : Yaya & Caca dok la sibuk cari kat mana Korea lah, Hong Kong lah, Paris lah : :

Settle kat situ, pegi post office pulak untuk masuk duit sikit kat akaun ASB Yaya.
Update buku ASB saya sekalian.
Kendian pegi lunch kat Nasi Ayam Mancongkam.
Lepas tu terus zasss ke Klang.
Mengapakah ke Klang? Terpengaruh dengan entry kat blog Zaza tahun lepas lah ni.

Dia shopping barang sekolah anak anak dia kat situ, murah dan banyak pilihan katanya.
Tu yang saya ajak Encik Z sampai ke sana peginya.
Tapi memang betul puas hati lah shopping kat situ. Murah dan banyak choice.
Lupa pulak saya apa nama kedainya tapi berdepan dengan NSK.
Nah korang boleh tengok kat blog Zaza kot kot nak pegi ke kan.

~7464861
: : Tengah try tracksuit masa ni, sempat pulak Encik Z snap gambar : :

Dah alang alang ada kat area Klang, saya ajak Encik Z lajak ke Avenue 2 Shah Alam.
Saya nak beli jubah kat butik Ruccimodisch.
Selama ni dok usha je kat instagram. Nak beli online macam merisau je saiz tak ngam ke hapa.
Sebab dah penah sebelum sebelum ni beli jubah online mesti macam tak ngam.
Ketat kat punggung lah, besar melebeh lah.
Tu yang macam hmmm nak pegi butik terus ah.

Dapat la sambar 2 helai jubah. Dedua pun cantik ahcunnyaaaa.
Sukaaaa. Nanti saya share kat blog k.
Kat instagram saya dah share dah, tag Ruccimodisch siap depa dah repost dah.
Heee I like.

Tak selesai urusan hari Khamis tu, sambung lagi keesokan harinya.
Tapi pun keluar macam dah lewat.
Encik Z drop saya kat Pertama sebab nak alter potong sikit labuh jubah Ruccimodisch tu.
Pastu pegi Sogo nak cari kasut untuk Yaya.
Kasut Crocs merah dia yang beli tahun lepas tu dah ketat dah, walhal fizikal molek lagi ha kasut tu. Apa nak buat anak dah membesar kan.

Ada la 2,3 jenis kasut yang Yaya berkenan tapi bila mintak saiz manjangnya takde.
Sabau je lah haaa.
So pegi makan dulu kat foodcourt sementara tunggu Encik Z solat Jumaat.

20141219_130850

20141219_130853

20141219_162946
: : Akhirnya jenama Crocs jua jadi pilihan. Comel kasut ni, sama macam kasut Yana. Maamar dok ingat Yaya pakai kasut Mama nya he he. Beli kat Crocs Wangsa Maju RM269 : :

Singgah Midvalley sebab nak tukar duit rupiah.
Kan esoknya tu saya nak pegi Banda Aceh kan.
Dah selesai urusan urusan penting, bayar hutang segala, haaa baru la selesa nak shopping.
Kalau tak pagi petang siang malam asyik la dihantui hutang huhu.
Alah.. tapi saya ni pun shopping bukanlah menggila pun. Lite lite je.
Mana tak, duit banyak pakai nak travel sesaja…

3 thoughts on “Urusan Hujung Tahun

  1. Alhamdulillah and congrats for ur achievements sis!!
    betul2 bila dapat bonus tu leh la settle apa yg patut kan, bkn shopping semata

  2. Hakikat kan..kalau x hutang x dapat pakai kan…hehehehe….setiap nhujung bukan dan hujubg tahun memang la kerjanya settlekan hutang…

  3. saya suka ayat “Allah kan ada”
    Sbb kadang2 urusan kerja di ofis ni mmg byk yang menyakitkan hati.
    Sentiasa pujuk hati. Allah ada. Allah tahu apa yg kita dah buat. Jangan risau apa yang orang nak dan akan buat pada kita. Kan?

    *p/s : komen secara marathon sambil buat ulangkaji matematik. Hikhik.

Comments are closed.