Selamat Tahun Baru 2015

31 Disember 2014, Rabu.
Saya kerja half day pagi. Ambik half day petang, habiskan cuti last kopek untuk tahun 2014.
Memula pegi tempat yang saya selalu buat facial resdung tu.
Nah kali ni sempat snap gambar.

20141231_144957

Landmark, berdekatan AEON Wangsa Maju.
Kalau korang dah sampai kat situ, dekat dah la tu.
Tu ada nombor phone, boleh call kalau sesat dan nak buat appointment.

Dibuka setiap hari pukul 10 pagi sampai 9 malam.
Ahad & public holiday dari pukul 10 pagi sampai 7 malam.
Ni semua service yang disediakan.
Saya pun baru perasan ada body massage tradisional tu. Next time nak try kat sini lah pulak.

20141231_133146

20141231_133148

Tak boleh nak buat both facial dan facial resdung sebab ramai orang. Saya tak set appointment, lupa huhu.
So sempat buat facial resdung je. OK lah kot sementara nak proceed dengan program lain.
Facial resdung RM30.
Macam biasa best je lepas buat tu cumanya masa proses buang ulat resdung tu yang cam hazab sebab kena bernafas ikut mulut huhu.

Dari Wangsa Maju zass ke Maju Junction.
Dah buat appointment pukul 4.30 petang.
Saya dah beberapa kali jugak massage kat Maju Therapy Zone ni.
Orang buta yang urut.
Tapi tapi tapi kali ni macam kurang kick lah.
Saya ambik 1 jam setengah punya massage, hmmm… tapi tak terasa pun diurut.
Macam lite lite ala ala kat spa je.

Tukang urut yang paling saya suka makcik kat Uptown Cheras nun.
Tapi tu lah dia, tempat urutnya pulak macam tak selesa sebabnya stok tutup dengan kain je atas kiri kanan.
Tapi makcik tu urut memang best. Sakit la bila dia tekan tekan tapi sedap and rasa puas.
Lepas urut tu ringan je rasa badan.
Yang kat Maju Therapy Zone ni alahai.
Taktau la kot saya dapat tukang urut yang jenis urut lite lite ke.
Nasib nasib.
Tapi rasanya lepas ni tak dah la kot nak pegi kat situ.

Eh sebelum pegi massage saya lunch dulu.
Lapau terketau ketau masa ni.
Kak As penah cerita pasal Restoran Dapur Penyet ni so letslah kasik try.

20141231_155637
: : Set Ayam Penyet : :

20141231_154301
: : Teh Botol : :

20141231_154313
: : Standard harga ayam penyet kot no? : :

20141231_154350
: : Branch : :

OK la sedap ayam penyetnya. Sambal pedas berdesing.
Cumanya saya tak pasti memang takde kicap ke atau kena ambik kat kaunter ke.
Sebabnya sini self service. Order kat kaunter, nanti depa hantar.
Cumanya masa penghantaran agak lambat, 20 minit. Walhal masa ni tak ramai orang pun huhu.
Tapi boleh la nak try lagi sekali makan, tu ada branch dekat dengan rumah saya.
Boleh ajak Encik Z try nanti.

Malam tu saya tidur awal. 9.30 malam dah tidur dah.
So takde la tengok bunga api ke, mercun ke, bom meletup ke.
Memang tak sedar langsung.

Esoknya, 1 Januari 2015. Bangun pepagi sebab dah set appointment kat salon semalam tu.
Nak gunting rambut dan buat facial.
3 jam jugak lah dalam ni. Syoknya rasa kena picit buang blackhead whitehead segala ni walaupun adoiyai sakitnya tapi ku tahankan jebat.
Puas hati lepas tu muka licin, tapi bekas parut jerawat lubang jerawat ni kenot do anything la kan.

Dan puas hati jugak dapat cantas rambut pendek terus.
Kelemasan dah hah. Last saya gunting rambut Disember 2013.
Yang gunting kat salon Fasha Sandha tu.
Tau la dah bertudung ni nak kena pepilih jugak tempat nakg gunting rambut kan.

Pukul 1 tengah hari settle semua, balik ambik Encik Z, gi lunch.
Pastu zass ke KLCC. Tak putus harap nak cari handphone Nokia dambaan Encik Z itu.
Malangnya pun stok belum sampai sob sob.
Dan ke misi seterusnya, cari jeans saya pulak.

Pegi Levi’s. Rupanya jeans bold curve yang saya nak tu dah di discontinue.
Takde sambutan ke cemana? Haihhh frust.
Jeans cutting perempuan semua pun ikut shape dan jenis legging jegging bagai tu.
Of coz la me kenot wear.
Budak perempuan Levi’s tu cadangkan ambik la cutting lelaki, kak.
Semua pun straight cut.

So saya try la sehelai, berangan saiz 30 ni.
Walhal sebenarnya saiz 33. Apa la nak jadi.
Try try macam ok ngam punggung pinggang semua.
So ambiklah. 514. RM269.
TQ Encik Z sebab belanja.

Zass balik sebab Yaya nak sampai dari Melaka dah.
FM drop Yaya kat Oldtown Rampai Business Park. Mengopi melepak kejap.
Singgah Pustaka Jaya beli segala mala stationery Yaya.
Haihh duit keluar macam air. Stationery saja pun dah RM100++.

Panjang pulak entry ni yer hehe. Hamponn..
Anyway Selamat Tahun Baru 2015 korang semua.
Semoga tahun baru ni menjadikan kita orang baru yang lebih baik dari semua segi.
Buang yang keruh, ambik yang jernih.
So, apa azam baru korang?

6 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2015

  1. haiihh…dah lama tak beli beli jeans. dok idam2 nak sarung jeans lama2 tak kesampaian lg. duduk la ko dediam kt lemari tu..

  2. http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif
    Aik…Mya Pakai saiz 33, along dah lama x beli Levis…la ni beli jeans kat Mysale.my je…murah pun murah walau lambat sampainya….selamat tahun baru Mya…tahun ni azam nak menamatkan zaman Ibu Tunggal…moga allah permudahkan…amin

  3. igt lagi thn lepas 31/12/13 tu g dating ngan kak maya bertiga ngan Zahra..
    si Zahra manja dok ngepit akak kan? minggu dpn dh masuk darjah satu dah dia..nnti free kita dating ye kak lama x jumpe
    azam spt biasa nak kurus..haha typical..

  4. Lama x jenjalan blog orang..
    nak g blog sendiri pun malas haha…

    Selamat Tahun Baru Maya… hope x terlambat lagi 🙂

  5. Byk kali gak makan kat dapur penyet tu..tp 1st time pergi macam tak tahu juga dia kena pergi kaunter tu. Tp cepat jugak dia hantar nya..takde tggu lama.

Comments are closed.