Kijang Luncheon

6 Januari 2015, Selasa

Dapat invitation untuk makan makan kat Lanai Kijang.
Invitation dari team Kijang.
Walaupun saya tak menyumbang apa apa untuk team Kijang tahun ni tapi dah orang jemput tu, moh je lah pegi.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Gitu.

Food melambak. Termasuklah durian musang king yang dap dap.
Gambar food takde. Fokus makan sambil bergossip. Hiks.

IMG-20150106-WA0007
: : Duduk setable dengan KakTin & KakDiella. Eh dengan Baya & Helena jugak tapi takde snap gambar lah piula : :

Lepas sejam makan makan, bergeraklah pulang.
KakTin ajak bergambar berlatarbelakangkan bangunan mercu apa tah kat belakang tu.

Kak, aku nak bergambar ala ala natural, tak pandang kamera.
Paham tak?

Paham. Hah sila sila.

Tapi aku tak reti nak pose.

Habis tu kau ingat aku reti?

Alaaa nak jugak bergambar macam model tu.

Hah meh sini. Pandang sana. Tangan kat bawah. Diri senget.

Alaaa tak cantik punnn.

Erghhhhh stresss %^^#&*))&@@%^&()__#$ 

IMG-20150106-WA0001

IMG-20150106-WA0004

IMG-20150106-WA0006

Jubah tu saya beli dari blogger Green Apple.
Kebetulan masa tu ia baru update blog dalam beberapa minit, saya tengok eh eh macam best je.
Harga pulak RM70 je, terus zasss email up 2 helai terus. Tamak hehe.

Tudung macam biasa, Adana Gallery.
Handsocks @staymodesty

6 thoughts on “Kijang Luncheon

  1. macam basah je jubah tu.. langgar lopak keww hiks

    gaknye jubah ni ke yg kakak ostajah nak bagi aritu? waaa rugi rugi kihkih

    • sebab masa ni hujan dah turun rintik rintik bulat kecil bulatlah besar.
      yerrr jubah ni laaa bijak awok meneka he he..
      harga boot dan jubah sama saja, tu yang offer tu

  2. Best lah beli jubah terus buleh pakai.
    While me.. huwa.. beli jubah harus kena antar alter dulu…

Comments are closed.