Farm In The City : Part I

25 Disember 2014, Khamis.

Bawak budak budak pegi Farm in the City kat Seri Kembangan sana.
Dapat tau tentang tempat ni macam biasalah dari instagram dan blog.
Tu yang rasa macam menarik jugak kalau bawak bebudak pegi.

Saya gerak dari Jasmine pukul 9 pagi.
Sampai rumah Kaklong kat LEP pukul 10 pagi.
10.15 terus gerak. Dari rumah Kaklong ke FITC ni sekentut je.
Dekat benau.

Sekejapan orang dah ramai dah ha.
Parking pun hampir penuh. Kalau lambat ha menangislah kau parking kat luar sana. Kenapa kau menangis di sini.

Saya beli tiket yang pakej family tu.
2 orang dewasa, 2 orang kanak kanak RM109.
Dapat 2 tiket untuk naik kuda, voucher makanan RM20 dan souvenirs.
Kena tambah RM25 untuk Cici. Dan kuda RM12 kot tak silap.
Lupa dah sebab tiket semua dah campak buang huhu.
Takpe, korang boleh je pegi kat Facebook Farm in The City kalau nak tau details, k?

Banyak gambar snap kat sini, semua pun saya rasa comel dan semua pun saya nak letak kat blog.
Makanya saya pecahkan cerita Farm in The City ni kepada 3 entry k?
Matiklaaa aktivitinya setengah hari je tapi entry sampai 3! Heee..

IMG_3118

IMG_3121 : : bergambar dengan burung unta : :

IMG_3124 : : beli tiket : :

IMG_3125 : : Pakai wristband : :

IMG_3127 : : tengah pilih souvenirs memasing : :

IMG_3128 : : kedatangan kami disambut oleh 2 ekor makhluk ini : :

IMG_3129 : : Cici pose ala model : :

IMG_3137 : : kura kura gergasi : :

IMG_3141 : : U can touch a kura kura : :

DSCN8893 : : Rare katanya : :

IMG_3147

Macam zoo jugaklah, tempat ni ada seksyen seksyen nya.
Seksyen itik, seksyen kura kura, seksyen penyu, seksyen ular, seksyen kambing dan lain lain seksyen haiwan lagi lah.
Melepasi seksyen kura kura, masuk ke satu seksyen lain pula.

DSCN8896 : : disuruh Look Up!. lalu saya pun look up lah. tetiba tengok… : :

Aaaaaa ular di atas kepala konsepnya.
Terus meremang satu badan. Anak anak lagi la terjerit jerit.

IMG_3144

IMG_3154 : : Dia umpama merak kayangan : :

Seksyen itik pula. Kat sini konsepnya boleh beramah mesra dengan haiwan, boleh sentuh, dan boleh bagi makanan jua.

IMG_3150 : : Yaya kata tapak tangan dia sakit masa itik ni semua tengah makan. Sakit ke? Tak ah. Macam gelik gelik je hehe : :

IMG_3149

IMG_3155 : : Ada macam macam aktiviti korang boleh join : :

Seterusnya seksyen kambing.
Busuk! Haha. Anak anak bertolak tolak ‘Cepatlaaa Mommy, busuk dalam niii’
Ceehhh.. walhal korang kalau pemalas mandi ceni jugak la busuknya.
So cecepat la keluar dari seksyen kambing ni.

IMG_3156

IMG_3157 : : Vegetarian ke dik? : :

IMG_3158 : : Turun tangga : :

IMG_3159 : : Brandy. Eh bendi : :

DSCN8898 : : Telaga pun ada : :

DSCN8902 : : Naik tangga : :

3 thoughts on “Farm In The City : Part I

  1. Best sbb rasa dekat dgn hewan tu kan.
    Nanti bawa anak2 pergi Australia.. sana byk tmpt camni. Buleh bagi makan kanggaroo.. usap2 koala.. best..best..

  2. X pernah tau Seri Kembangan ade farm mcm ni. Nampak bagus sgt. Mungkin I akan plan bawa anak I pergi sana bulan depan.

    TQ atas info dan gambar. Amat menghargai.

Comments are closed.