Mengada sangat tajuk entry ni. Nyampah.
Dah tetua pun nak ber eve eve bagai. Hiks.
19 Januari hari tu birthday saya yang ke 36 tahun.
Tapi tu nanti kita story.
Nak story aktiviti sehari sebelum birthday dulu.
18 Januari hari Ahad, pagi tu tak breakfast.
Simpan perut terus pegi lunch kat Nasi Vanggey Rampai Biz Park.
Yer, restoran Nasi Vanggey yang famous kat Ipoh tu dah bukak kat Rampai Biz Park.
Encik Z la tingin nak makan sebab hari tu saya cerita kat dia saya makan yang kat Ipoh sana nun.
So pegi.
: : Laki bini tembolok reksaksa : :
Pastu terus lah zasss ke Pullman Putrajaya.
Ngade anje anje angat ni nak duduk hotel bagai di hari jadi he he.
Saya pun taktau kenapa tetiba gatal sangat pi book hotel.
Sib baik la Encik Z tak marah, hiks.
1 jam dari Wangsa Maju ke Putrajaya.
: : Check in dan ambil kunci : :
Saya booking Pullman Putrajaya ni thru booking.com.
RM228.96 untuk 1 malam.
Saya book Superior Room je tapi tetiba staff kat front desk tu upgrade jadi Suite, katanya sempena hari jadi.
Wah.. rezeki di situ.
Dah nama pun Suite, memang besar ah biliknya.
: : selfie seround : :
: : cuma view je la tak menarik. tapi memang takde masa pun nak tengok view hehe : :
: : Welcome Fruits : :
Lepas Asar turun pool.
Tapi macam biasa lah saya tak mandi pun, walaupun cam geramm jer rasa nak terjun.
Cuma ada 1 family, 1 mat salleh dengan 2 orang Indonesia je masa tu.
Encik Z swim swim, saya lepak tepi sampai ketiduran.
Sedap benau tidurnya angin sesepoi bahasa.
Malam tu keluar dinner kat Marina Cafe @ Marina Putrajaya.
Depan hotel je pun, tapi tetaplah pegi naik kereta sebab takut hujan.
: : dinner berdepan view yang cantik : :
: : Ice lemon tea & fresh orange : :
: : Black Pepper Beef Rice RM16.00 : :
: : Mixed Grilled RM35 : :
Food ok ok je la, nak kata lazat sangat pun tidaklah, nak kata tak sedap pun ok jugak.
Balik bilik saya terlelap lelap on off sesambil terlayan jugaklah Juara Lagu tu.
Orang dok puji puji pasal orang buta nyanyi lagu Roman Cinta tu, saya macam k, apa apa je lah.
Pukul 12 tengah malam tu pun tersedar sebab Encik Z wish Happy Birthday.
Mata terkuyu kuyu saya angguk gitu je terus zzzzzzz.
Dah tua tua, gini lah romannya…
Kebetulan, kite pun cerita pasal hotel Pullman jugak. Pullman Kuching la tapi. Pastu gambar access door tu pun sama. Hiwhiw
kalau org yg booking hotel pullman kak..mmg kena bebel la dgn Koko. sekentut je dari rumah..hahahhha!
pic makanan tu memang awesome… perghh