ULANGTAHUN

Hampir 3 tahun menggalas gelaran ibu tunggal, saya kembali bergelar isteri. Bergelar Puan.
Yang sejujurnya semasa saya bercerai dulu, tidak pernah saya fikirkan dan bayangkan.
Adilnya Allah SWT pada setiap hambaNya. Diturunkan dugaan tetapi kemudian digantikan ketenangan dan keindahan.

Tanpa saya sedar, hari ini sudah genap 5 tahun saya berkongsi hidup dengan sang suami.
Suami yang baik pekerti, memahami, penyabar dan ah segala yang baik milik dia saya cinta!
Ikhlas menerima saya seadanya tanpa mengkritik yang tidak tidak.
Sama memimpin saya untuk kembali mencari tujuan hidup ini.
Kembali mencari redha Allah SWT.
Mengajar saya untuk mencintai dia kerana Allah SWT.

Sang suami tidak pernah sesekali bertanyakan kisah silam saya.
Tetapi juga tidak jemu mendengar apabila saya melahirkan rasa sedih dan kekesalan tentang cerita di masa lalu.
Sesungguhnya dia menerima saya seadanya. Menerima Yasmin dengan tangan terbuka.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan lelaki istimewa ini.
Terima kasih Allah di atas 5 tahun yang indah.
Terima kasih Allah di atas segala galanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 5 Tahun Encik Suami.
Aku Cinta Kamu!

… TAMAT…

8 thoughts on “ULANGTAHUN

  1. Tahniah maya & zalmi.. Happy Anniversary… sabar kami baca episod cerita ni… Alhamdulillah… seronok bila baca dari sedih kepada gembira….

  2. Mya mmg seorang yang tabah 🙂

    Happy 5th anniversary by d way.. moga kekal bahagia selamanya…

  3. sedihnya baca kisah akk..thanks sbb kongsi..diam tak diam dh 5 tahun kan..mcm br thun lepas sy baca entry psal kak mya berkahwin..semoga kekal ke jannah..semoga akk adalah tulang rusuk dia yang hilang itu…

  4. alhamdulillah.. happy anniversary kakak ostajah n abg ostad.

    mekasih abg ostad kerana menerima kakak ostajah saye ini seadanye. mekasih sbb melayan dia dgn baik. mekasih sebab jaga dia elok2. mekasih sbb sygkan yasmin.

    terima kasseeyyy!! *gaya alleycats*

  5. May Allah bless your marriage till Jannah…
    Congratulations Maya and Zalmi.
    I can see Zalmi loves you very much. You are very lucky to have Zalmi and vice versa..

    ps: your jiran during PSF…;-)

Comments are closed.