Blog Maya Dot Com

Selamat Pengantin Baru #samxnadira

6 Disember 2014, Sabtu

Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam
Wedding Nadira & Shamsul

Saya dipertanggungjawabkan oleh Kak As untuk jadi usher, monitor kehadiran VIP dari B**.
Oh bukan saya sorang, tapi dengan Emli & Kak Noni.

Pukul 11.10 pagi saya dah sampai kat Dewan Guthrie.
Terus makan dulu aterr sekejap lagi nak menjalankan tugas kan.
Daging dendeng, sambal sotong, ayam goreng berempah, pajeri nanas, dalca.
Pastu ada laksa Penang jugak. Kuih tepung pelita.
Aiskrim pun ada. Makanan semua memang superb ah..

20141206_112827

20141206_111852
: : Kek pengantin yang ala messy messy gitu, tapi lawa plis : :

20141206_112004
: : Feel feel abang dan kakak pengantin : :

20141206_112055
: : Sarah, anak bongsu Kak As : :

Pukul 11.30 pagi tetamu mula datang.
Dan pukul 1.30 tengah hari, pengantin pun sampai.
Sama cantik sama padan sama comel.

20141206_132907

20141206_152313
: : Tetiba Encik Z & Yaya pun ada hehe : :

Actually Encik Z drop saya dulu kat dewan ni, pastu dia dengan Yaya pegi Setia City Mall nonton movie.
Cerita Penguin Madasgacar tu. Best ceritanya kata Yaya.
Pukul 2.30 petang camtu baru depa datang balik kat dewan ni.

Pukul 3 petang saya dah duduk dah.
3 jam berdiri nak tercabut kaki.
Lagipun VIP B** rasa rasa semua pun dah muncul, sebab depa duduk kat VIP table kan.

20141206_143559
: : Elmy, Emli, Yaya, Mya, Encik Z : :

Awal awal tu memang saya tak sempat nak bergambar dengan sapa pun.
Sebab tengah bertugas kan. Ceh ceh ceh bertugas lah sangat.
Kak Aida sampai lambat so sempatlah bergambar seround.

20141206_152718

Pastu bergambar kat photobooth.

20141206_154227

20141206_154422

20141206_161519

20141206_154529
: : Yaya wish Selamat Pengantin Baru pada Auntie Nadira & Uncle Sam : :

20141206_161814
: : Mak dan ayah pengantin : :

Selamat Pengantin Baru Nadira & Sam, semoga kekal hingga ke syurga dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT sentiasa.
Tahniah Kak As & Abang Nuar terima menantu. Terima kasih untuk majlis yang meletup ini  ^__^

    One thought on “Selamat Pengantin Baru #samxnadira