RSMY Best Cheese Nan

2 Disember 2014, Selasa

Tetiba tekak terigin nak makan cheese nan.
So ajak Encik Z pegi RSMY dekat Danau Kota.
Saya dah penah makan cheese nan ni tapi yang dekat Medan Tuanku sana.
Pegi dengan Payiet & KakTin lamaaaaa dulu.
Snap gambar tapi sampai ke sudah tak up entry nya. Heh.

20141202_211110

Lokasi restoran ni berdekatan Hospital Colombia Asia.
Sebelah hospital Restoran NZ.
Sebelah Restoran NZ ni lah restoran RSMY ni ha.
Senang je nak cari kalau korang biasa area Danau Kota ni ha.

20141202_204250
: : Menu : :

Yang saya tak berapa nak faham sebab tetiba ada Laksa Penang & Bihun Sup tu.
Macam terkeluar tema gitu.

20141202_203933
: : Horlicks RM3.00, Nescafe O RM1.60 : :

20141202_203943
: : Cheese Naan RM8.00 : :

20141202_204049
: : Chicken Tandoori RM10.00 : :

20141202_204428
: : Beef Keema RM10.00 : :

Tengah makan ayam tandoori tu, tengok yang belah tengah macam tak masak. Hmm bukan macam, memang tak masak.
So mintak mamak tu masak lagi sekali.
Sudahnya terus terhangit hitam kau. Sabar jelah.
Tak berapa kena kat tekak saya ayam tandoori nya, macam kering.
Sedap lagi yang kat Ali Maju.

Oh sebab rasa macam tak cukup Cheese Nan tu, so Encik Z up Butter Naan (lupa nak snap gambar), RM3.00.
Both Cheese Naan dan Butter Naan, hmmm.. biasa biasa saja.
Still saya rasa Ali Maju punya lagi sedap.
Ni tekak saya lah yer. Tekak korang I don’t know.

Tapi tapi tapi, Beef Keema nya paling win!
Sedap sangat. Sampai licin saya kerjakan.
So next time kalau pegi takyah order ayam tandoori lah.
Order Beef Keema saja.

20141202_203856
: : Nah sapa nak celebrate birthday kat sini. Dapat 50% diskaun : :

4 thoughts on “RSMY Best Cheese Nan

  1. oh..di situ rupanya. selama ni baca orang pergi makan, tp tak dpt nak bajet kat mana location nya. Kalau di columbia tu harus tahu..

    dann..thank u Mya up entry ini.
    Akan ku bawa segerombolan pamili ku di hari Ahad ini utk celebrate di situ.. hikhikhik.. pastu suruh suami befday girl belanja. Hihihi..
    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif

  2. ayam tandoori dia mmg kureng skek..plg win cheese nan & beef keema sedap..ada ke patut si boy sebut beef k***k..haissh somi I ni sesuka hati je

Comments are closed.