Relaxing

Lepas Yaya habis kelas Soap Making tu kan saya half day petang.
Balik rumah dulu pekena nasi ayam berempah bungkus, ada officemate saya belanja.
Pastu terus keluar cari saloon nak buat rambut Yaya.

First time buat relaxing ialah 2 tahun lepas.
Ni rambut dia dah kembang semangkuk balik dah ha.. so mari lah kita buat lain.
Jumpa satu saloon kat Sri Rampai, so settle kat situ je lah.
RM240. #pengsan

Saya tinggalkan Yaya kat situ sebab tau je lah relaxing ni berejam rejam lamanya.
Sempat la saya buat 2,3 urusan. Siap pi shopping groceries kat AEON Wangsa Maju.
Balik lepas 4 jam tengok haaa tak selesai lagi?
Tapi dah katanya bayar mahal, biar kematu punggung janji puas hati, tak gitu?

20141211_150727

20141211_150801

20141211_152212

20141211_191317

20141211_194243
: : hasilnya : :

Sib baik anak sorang, kot anak 4, 5 orang, kembang ke, kerinting ke, tak daya ler omak nak bawak ke saloon bagai.

3 thoughts on “Relaxing

  1. Lawa rambut dia.. tebal.. teringin nak rambut tebal camtu.. tp apakan daya.. terima je lah dengan redha rambut yg ada ni.

Comments are closed.