Recognition & Birthday Celebration

Hujung hujung tahun ni biasalah ada aktviti gitu gini kat office.
So, 10 Disember hari tu Unit saya ni ha buat majlis Recognition, Birthday Celebration, Gift Exchanges, Jumbo Sale dan ada jua majlis Farewell untuk Kak Zuid yang opt early retirement.

IMG-20141210-WA0005
: : pose seround dulu : :

IMG_0041
: : Kak Nai : :

IMG-20141210-WA0018
: : Liyana : :

Dimulakan dengan acara Monthly Socialization dari Division 2.
Pertandingan ala ala win loose or draw gitu.
Turn saya dapat giliran untuk lukis nama tajuk filem Breakfast in Tiffany’s.
TakĀ  penah tau pun pasal filem ni! Siann..

Ujung ujung saya lukis gambar telur dadar. Nak relate dengan breakfast la konon.
Takde mana depa dapat teka. Tsk.

IMG_0050

Diikuti dengan Exchange Gifts.
Kena beli hadiah yang harga tak kurang dari RM15.

20141210_145921
: : kita tengok siapa yang punya : :

Saya beli blanket dengan cushion Ikea.
Khairy yang dapat. Tahniah tahniah.

20141210_162703

Saya pulak dapat hadiah mug dari Abang Kamarul.
Pastu baru teringat, last year Abang Kamarul yang dapat hadiah dari saya.
Kekira macam balas membalas la pulak, walhal semua pun cabut undi.

20141210_162551

20141210_162625

Kemudiannya Recognition.
Tahun lepas saya dapat Award Dayang Senandung, tahun ni saya dapat award Teamwork (Group) sempena kejayaan saya, Mukh, Faizal & Tuty bergembleng tenaga menjayakan Family Day AGJC kat Lost World of Tambun hari tu.
Alhamdulillah, rezeki. Syukur syukur.

20141210_172328

IMG_0087

Kemudian apa lagi, makan time!

IMG_0029
: : Air oren & teh tarik. Macam biasa Azman yang buat : :

20141210_150029
: : Menu utama, pulut kuning, kari ayam dan rendang daging. Kak Juriah sponsor : :

20141210_150814
: : Kuih muih : :

Tidak dilupa cupcake comel untuk mereka yang celebrate birthday.
Yang tak celebrate birthday pun dapat jugak.
Adil dan saksama, begitu tagline nya.

20141210_145554

20141210_145643
: : NM. stands for Normaya Mukhtar : :

20141210_145909
: : Dodol Kak As bawak : :

Sempat saya shopping kat mini Jumbo Sale.
Duit hasil jualan akan disalurkan terus ke tabung kelab.
Dengan harapan semoga tahun depan boleh buat trip ke luar negara #konon

20141210_150127

20141210_170240
: : Saya beli bekas kecik kecik ni. RM1 je. Seketul RM0.50. So zass beli walaupun taktau pun nak sumbat apa hehe : :

Siapa yang celebrate birthday dari bulan Jun sampai Disember dapat voucher Sogo RM10.
Kak As dengan baik hatinya bagi pada saya.
TQ Kak As! Muahciked..

20141210_170433

Tak cukup dengan tu, siap Kak As bagi hadiah lagi.
Satu bekas kaca yang cantik dan satu lagi seperti yang dibawah.

20141210_224052

Balik rumah bukak tengok, wahhh cantiknya.
Sekarang ni saya suka pulak benda benda warna putih.
Sesuai dengan konsep rumah baru saya nanti #eh?

20141210_224648

Dan dan dan. Kak Aida pulak tetiba hadiahkan saya sepasang handsocks.
Alhamdulillah ada 2,3 orang kakak kakak office saya ni dah mula berhandsocks.
Ada yang kata jadikan saya sebagai role model.
Ceaaaa.. jangan role model sangat Kak. Saya ni pun kadang ke laut China Selatan jugak hehe..

Pekerjaan yang baik, gaji yang baik, boss yang baik, kawan kawan yang baik, persekitaran yang positif dan ketenangan minda.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah! ^__^

3 thoughts on “Recognition & Birthday Celebration

Comments are closed.