PERCERAIAN

Proses penceraian saya berjalan tanpa sebarang halangan.
Di hari yang sama si dia melepaskan saya, hak penjagaan Yasmin diserahkan sepenuhnya kepada saya.
Dengan nafkah sebanyak RM450 yang dipertanggungjawabkan untuk Yasmin, saya mula menyusun kehidupan baru untuk kami berdua.

Perceraian tidak menghalang saya dan si dia untuk terus berhubungan. Semuanya demi Yasmin.
Mama masih menyimpan harap untuk saya dan si dia kembali bersama.
Walau tidak pernah dicerita tapi dari riak matanya saya tahu harapannya besar.

Ah, kerasnya hati saya. Keras atau kering sebenarnya ya?
Tapi apa yang saya tahu ketika itu, segalanya sudah tertutup.
Untuk kembali bersama dalam terma ‘suami isteri’, adalah satu kemustahilan.
Si dia sendiri tidak pernah menyuarakan hasrat untuk rujuk ataupun menikah semula.
Pujukan juga tiada. Barangkali dia juga tidak mahu atau sudah tahu akan penolakan dari saya?
Sudahlah. Biarlah.

Saya tidak menyesal langsung menuntut cerai dengan si dia.
Sebagaimana saya jugak tidak pernah menyesal menikahi dia dulu.
Yup, you heard me. Saya yang menuntut cerai.
Jikalau si isteri yang menuntu cerai, adakah bermakna si isteri itu jahat?
Adakah mungkin orang keliling ketika itu mengatakan saya isteri yang jahat kerana menuntut cerai atas cuma alasan ‘weekend marriage?’
Terpulanglah.

Tak kasihan kah dengan Yasmin semasa mengambil keputusan menuntut cerai itu?
Saya kasihankan Yasmin, siapa pula yang akan kasihankan saya?
Oh saya tidak menuntut simpati dan kasihan dari sesiapa.
Saya cuma mahukan secebis pengertian dan berilah ruang untuk saya membina kehidupan saya sendiri.

Selepas perceraian saya meneruskan rutin harian di pejabat seperti biasa.
Tidak saya ceritakan kepada sesiapa secara terperinci, kecuali kepada boss saya ketika itu.
Dia berhak tahu. Nyata dia juga tidak mengadili saya. Malah memberi sokongan tidak berbelah bagi.
Saya terhutang budi. Terima kasih, Tuan!

Rakan rakan di pejabat mulai tahu sedikit demi sedikit.
Ada yang begitu lantang bertanya. Ada juga yang menyatakan simpati.
Dan tak kurang menasihati untuk terus berdiri.
Bukan resmi saya untuk bercerita pada setiap orang yang saya jumpa di kafetaria mahupun di lobi.
Lama kelamaan orang akan tahu sendiri.

Bergelar janda bukan suatu benda yang perlu dimalukan, tapi bukan juga sesuatu yang perlu dibanggakan!

….. bersambung….

5 thoughts on “PERCERAIAN

  1. Betul tu Mya, bergelar janda memang bukan sesuatu yang perlu di malukan mahupun dibanggakan…tetapi dalam era moden sekarang mereka2 diluar sana masih memandang rendah pada status ini, mereka x tau sebab apa atau atas alasan apa kita menjadi janda, sememangnya bukan pilihan kita sendiri..demi allah sampai sekarang saudara mara along memandang along serong…nak plak pada 2009 along di timpa musibah…terus diorang cakap haaa..itu la bahananya atau balasannya sebab mintka cerai dengan suami..allah dah tunjuk…nauzubillahiminzalik…along bercerai tahun 2005, 2009 along jatuh sakit, koma sebulan sebab H1N1 tp masih jugak org perkatakan tentang along…x per la along redha..ada hikmahnya…xper la..yang mengata along kematian suami..anak2 ramai sekarang dapat status yang sama…dia rasa macam mana peritnya..dia datang jumpa along minta maaf…along maafkan aje…along ckp dia xde salah pun pada along…kalau ada mungkin pada allah…
    sampai sekarang ada jugak saudara mara yang x nak dekat langsung dengan along sebab along kononnya pembawa kuman…status along ni takut berjangkit…entahlah…ikutkan memang tertekan tp along x kisah…cukup mak abah along dan adik beradik along tau sapa along….

  2. sebagai orang yg jaga HR, saya ada juga berdepan dgn masalah2 rumahtangga staff.
    Betul.. ada orang yg takut sgt dgn term ‘perceraian’. alasannya malu jika rakan seofis tahu. tapi sanggup ke kita dibiar gantung tak bertali kan..

    Mya seorang yang tabah.. saya tahu itu..

  3. selamanya aku tau ko sememang nya seorg wanita n ibu yg tabah

    pedulikan kata orang..mereka hanya melihat..tidak mengalami

    teruskan hidup..biar apapun pandangan org terhadap ko..

    bahagia itu kita yg cipta..:)

  4. Lyn percaya Mya kat dgn dugaan ini semua..
    dugaan yg dtg tanda Allah sayang pada kita..
    Lyn berdoa semoga mya berbahagia dgn kehidupan skrg.. apa org nak kata, kata lah.. org tak tau apa asal usul masalah kita… yg penting kita tak ganggu kehidupan org..

Comments are closed.