Blog Maya Dot Com

Pasar Dato’ Keramat

Ini sambungan dari ENTRY NI.
Sampai Jasmine dalam pukul 6 pagi camtu, terus solat subuh.
Baring baring kejap, tetiba rasa lapar, so ajak la Encik Z pegi breakfast.
Dalam pukul 7.30 pagi camtu lah.

Terus je la ke Kampung Baru nak pekena lontong sedap.
Tapi tetengok haaa?? Gerai kedai semua dah ghaib.
Sebabnya ada bangunan nak naik kat situ. Huhu.. kecewa lah dibuatnya.

Lalu macam taktau nak breakfast kat mana.
Tetiba teringat Pasar Dato’ Keramat. Aha.. jom je lah ke sana.
Pekena roti canai air tangan orang Melayu.
Sedap roti canai nya, lembut.

20141123_073517

20141123_073531
: : up dengan nasi lemak ayam : :

20141123_073540
: : Ayie Roti Boom nama kedainya. Tak putus orang datang membeli : :

Alang alang dah sampai tu, terus je la masuk pasar basahnya.
Aaaaa rambang mata tengok memacam ada.
Berzaman dah kot saya tak masuk pasar basah ceni.
Semua pun fresh fresh! Aaaa suka suka.
Lalu terus menggila beli itu ini.
~3581896

Kobis, kangkung, terung, ketam, udang, cencaru, bawang, santan, halia, serai.
Dalam RM60. Boleh makan 2 mulut untuk 3 kali makan.
Puas hati hah masak sendiri.

20141123_080828
: : Udang gemuk gedempol : :

Pastu pusing area Jalan Semarak, ada car boot sale.
Singgah ler kejap jenguk jenguk.
Takde apa yang menarik.

20141123_084300

20141123_085502
: : end up beli mangga asam boi ini saja : :

Haa sekarang fenomena mangga asam boi kan?
Saya penah makan sekali Kak Tin bagi, sekali beli kat budak cafe office saya ni ha.
Dan apa yang boleh saya katakan, not my cup of tea. Gitu..

20141123_095206
: : haa ni my cup of tea. kuih pulut manis. beli kat Pasar Dato Keramat tadi lah. Sedap! : :

Sebelum masuk tidur, masuk dapur dulu.
Ketam masak lemak dengan sayur kangkung.
Makan. Lepas tu qada tidur tak ingat dunia.
Goreng sayur kobis pulak.

20141123_150313

20141123_161203

Cencaru, udang dengan terung semua pun dah habis masak.
Hari lain lain yer.
Tapi lupa pulak nak snap gambar nya sebab dah melapar sangat.

    2 thoughts on “Pasar Dato’ Keramat