Blog Maya Dot Com

Menziarah

14 November 2014, Jumaat.

Saya mengikuti rombongan Puspanita Kijang office saya pergi ke Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang.

Pusat Jagaan Al-Fikrah ditubuhkan untuk menempatkan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan terbiar. Mereka terdiri daripada penghuni tanpa waris, warga emas, orang kurang upaya, mualaf dan bekas pesakit hospital.

Objektif penubuhan pusat jagaan ini adalah untuk memenuhi keperluan sementara/kekal penghuni miskin, tidak berkemampuan, tiada saudara-mara dan juga bermasalah sosial. Ia juga adalah sebagai transit kepada kes-kes terbiar sehingga waris dapat dikesan atau penghuni pulih sepenuhnya/boleh berdikari.

20141114_130630

Sementara tunggu waktu Zohor, kami semua ambil peluang ni untuk berbual bual dengan penghuni.
Ada juga yang dah ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat.
Yang tinggal ni sama ada bukan Muslim ataupun dah tak mampu untuk bergerak ke mana mana.

Ada lah saya borak dengan sorang Pakcik ni.
Seronok dia berkongsi cerita. Dia ada penyakit kencing manis.
Sebelah kaki dah kena potong πŸ™

Ada sorang Pakcik ni pulak berkenan dengan Janet.
Dikatanya Janet rupawan. Hee comel sangat.
Kemudian Pakcik ni mula bercerita, dia punya 3 menantu perempuan.
Bermaksud dia punya 3 anak lelaki?
Tapi kenapa dia boleh terdampar di Pusat Jagaan ini?
Ah.. bukan kerja kita untuk mengadili.

20141114_134119

20141114_141802
: : Janet yang rupawan di tengah tengah πŸ™‚ : :

Usai solat Zohor berjemaah, Ustazah Aisyah memulakan tazkirah.
Asal sepatutnya tazkirah ringkas saja, tapi bak kata Norin, Ustazah sudah naik sheh. Haha.
Comel mereka berdua berbalah kerana masa sangat mencemburui kehadiran kami di sini.

20141114_142431

20141114_142749
: : Ustazah Aisyah dan penaung Puspanita Kijang : :

Sedikit perkongsian tazkirah oleh Ustazah Aisyah.
Ustazah lebih menekankan tentang emosi dan perasaan penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah ini.
Walau di mana kita berada, jangan ingat pada derita.
Buka hati dan bergembiralah. Jangan ada rasa sedih.
Jika ada iman dalam hati kita, kita takkan rasa sedih.

Iman diumpamakan seperti modal pusingan kepada kita.
Berkongsilah dalam memberi dan menerima kegembiraan.
Kita tak punya kuasa untuk mentadbir hidup kita.
Kita cuma boleh merancang, tetapi Allah lah yang akan mentadbirkannya untuk kita.

Anggaplah Pusat Jagaan Al-Fikrah ini sebagai persinggahan dalam merantau.
Sementara menunggu tempat yang kekal abadi di sana nanti.
Bukan keselesaan yang dicari, tapi keberadaan.
Pengisian.

Jangan difikirkan tentang anak-anak yang tiada, tentang saudara mara yang tak kunjung tiba.
Fikirkan tentang pengisian.
Apa yang perlu diisi dengan keberadaan kita di Pusat Jagaan ini.

Jangan merungut. Jangan rasa penat.
Sabar. Sabar merupakan senjata paling ampuh untuk merapuhkan segala kesedihan dan rungutan.
Dengan sabar baru akan terasa untuk mensyukuri hidup yang sempurna.

Doa. Adukan segalanya kepada Allah.
Dah berdoa?
Tawakal. Cuma Allah saja yang tahu apa yang kita perlu.
Syukur. Redha dengan setiap penderitaan.
Redha boleh serap segala penderitaan.
Syukur dan redha perlu datang bersama.

Bukan sebarang orang dipilih oleh Allah untuk berada di Pusat Jagaan ini.
Kita orang yang terpilih. Allah dah pilih kita untuk berada di sini.
Jadi kenapa nak merungut? Kenapa nak bersedih?
Bersyukur sebab terpilih.
Mungkin saja kalau kita masih di luar sana, kita akan lalai.
Kita akan leka. Kita lupa untuk bersyukur.

Teringat saya kisah Nabi Yusuf di dalam penjara.
Nabi Yusuf dipenjarakan bukan kerana beliau melakukan kesalahan, tapi difitnah.
Tapi Nabi Yusuf tidak merungut malah bersyukur.
Baginya lebih baik dia berada di penjara yang gelap dan sempit, di mana segala perbuatannya dibatasi.
Baginya penjara adalah tempat yang aman untuk menghindar dari segala godaan dan tipu daya syaitan.

Kalau kita lah, dipenjarakan atas kesalahan yang tidak kita lakukan, mampukah kita untuk bersyukur dan redha?
Allah…..

20141114_152839
: : Pengerusi Pusat Jagaan Al Fikrah, Encik Mohd. Azmi Mohd. Zain : :

Sempat juga saya berbual dengan penghuni wanita.
Rata rata memang sudah tua dan uzur.
Tapi mereka masih mampu tersenyum.
Saya cuba untuk memapah turun seorang nenek dari tandas ke tempat tidurnya.

“Nek, mari saya tolong”

“Awak boleh tolong saya hari ni saja, esok siapa nak tolong saya?”

AllahuAkbar….
Remuk redam rasa hati saya.

Semoga Allah menganugerahkan kekuatan dan kekentalan jiwa kepada semua penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah ini. Amin.

Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia
Rumah Kebajikan Lelaki & Wanita
No. Pendaftaran : 004 – 10 -25012012

Alamat :
No 683 Jalan Sekolah Kg Sungai Sikamat
Batu 12 1/2, Jalan Cheras 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

No. Tel Pejabat :
03 – 8733 0715

Email : pjfmfikrah@gmail.com /
alfikrah-homecare@gmail.com

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia
564155551966 (Maybank Islamic)

Kelolaan :
Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang secara senyap-senyap atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak ada kebimbingan (dari berlkakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Al-Baqarah :274)

Sebelah petang saya ke Pusrawi Kuala Lumpur.
Melawat Kak Aida yang dimasukkan ke wad kerana masalah tekanan darah rendah.
Alhamdulillah semasa entry ini keluar, Kak Aida dah sihat.

20141114_182453

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: β€œTiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang.

Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]

    2 thoughts on “Menziarah