KEHIDUPAN

Saya seringkali melupakan Pencipta Yang Maha Agung, tetapi Dia tidak pernah melupakan saya.
Didatangkan saya ujian dalam pelbagai cara, tetapi Dia juga yang membantu saya menghadapinya.
Allah… malunya bila difikirkan kembali. Dia tidak pernah berhenti memberi.

Kehidupan sebagai seorang janda saya lalui seadanya.
Apa yang saya maksudkan dengan memanfaatkan episod janda itu ialah saya mula mengembara melihat dunia.
Itu sebenarnya yang saya ingin lakukan dari dulu tapi banyak faktor yang menghalang saya.
Dengan gelaran janda, saya sudah tidak perlu meminta izin sesiapa.

Semasa saya ke Kota Kinabalu, krisis hebat masih melanda saya dan si dia.
Buat pertama kalinya saya kongsikan kisah ini kepada seorang teman di sana.
Di tepi pantai Karambunai, kami duduk bersembang.
Saya tahu dia terperanjat, dan masa yang sama dia juga tidak tahu bereaksi apa.
Saya cuma katakan saya ok saja, tidak mahu mengganggu dia yang juga sedang dalam permasalahan.

Dari Kota Kinabalu saya terus menyusun pengembaraan seterusnya.
Jakarta, Puncak, Bandung, Medan, Kuching, Bangkok dan Hat Yai.
Tidak lupa juga mencabar diri ke Taman Negara Sungai Relau Pahang, Hutan Belum Perak dan Dabong, Kelantan.
Adventure juga saya ini ya? Tapi itu dulu lah.
Sekarang di usia pertengahan 30an sudah hilang fit nya saya.
Tak mengapa, sekurang kurangnya saya pernah punya pengalaman mencabar ini.

Dipendekkan cerita, kehidupan sebagai janda tidaklah sengsara mana asal kita positif meniti.
Terima semua yang datang dengan hati terbuka. Sabar dan redha. Itu kata kuncinya.
Kepada anda yang sedang dalam masalah, masih bertimbang tara untuk bercerai, barangkali takut dengan gelaran janda, hey jangan terlalu difikirkan.
Just go for it!
Hidup ini cuma sekali. Jangan sia siakannya.
Bergelar janda bukan penghujung penamat cerita!

Semasa mengambil keputusan untuk bercerai, tidak terlintas di hati untuk kembali mendampingi lelaki.
Siapa saja yang mahukan saya lagi. Janda. Punya anak seorang.
Bukan calang calang lelaki yang sanggup terima ya. Apa lagi lelaki itu seorang anak teruna.
Tapi, janji Allah… manusia dicipta berpasang pasangan.
Jika tidak di dunia, pasti dipasangkan di syurga nanti.

… bersambung …

2 thoughts on “KEHIDUPAN

  1. I m so touched to read your life story, Maya. U r very strong woman…
    I pray to Allah to give you the strength throughout your life journey..
    Aminnn…

Comments are closed.