JANDA

Saya meniti hari hari sebagai seorang ibu tunggal. Atau masyarakat lebih senang menyebut janda. Kan?
Ibu tunggal atau janda, maksudnya cuma satu.
Tiada suami. Spesis yang mungkin ditakuti oleh mereka yang bersuami.
Saya bilang mungkin.

Saya sendiri juga pernah ditelefon oleh seorang wanita kerana hubungan baik saya dengan suaminya disalaherti.
Gugup juga saya ketika itu. Saya kenal suami beliau sedari saya berumur 21 tahun lagi.Putus hubungan.
Dan kembali berhubung setelah sekian lama.
Awalnya saya bengang juga. Tapi disedarkan oleh seorang teman dengan kata kata ‘Cuba kau di tempat perempuan tu, kau marah tak kalau ada perempuan lain kawan dengan suami kau?’

Niat tak menghalalkan cara. Niat saya baik cuma untuk berkawan dengan mengenepikan soal rasa dan perasaan.
Caranya kurang sesuai. Oh tidak. Bukan kurang sesuai. Malah tidak sesuai langsung!
Saya buang lelaki tersebut dari hidup saya. Email isterinya saya balas dengan hemah dan maruah sebagai seorang wanita.
Hey janda pun punya harga diri ya!

Tapi itu bukan penamat kisah saya dan lelaki lelaki.
Lelaki lelaki? Opss bermakna ramainya lelaki yang muncul dalam hidup saya selepas saya bergelar janda.
Walau mungkin mereka punya agenda berbeza, tapi saya hormat mereka sebagai seorang lelaki.
Saya bersangka baik terhadap mereka semua.
Walaupun saya janda, tapi hubungan sebagai seorang kawan tetap ada batasannya ya.
Jangan pandang saya sebelah mata! Dan jangan cuba cuba menggoda!

Saya manfaatkan episod janda saya dengan semaksimanya.
Saya menikmatinya tanpa meninggalkan sekelumit pun rasa kesal dan sengsara.
Bebas!
Jangan lah salah sangka pula. Tak mengapa, akan saya kongsikan dalam entry seterusnya apa sebenarnya yang saya maksudkan ini.

Tipulah kalau tiada langsung rasa sunyi singgah di hati.
Ada masa saya cuma berkurung dalam bilik dan berbaring dengan minda kosong.
Pun ada saya masuk dalam bilik Yasmin, baring berjam jam lamanya dengan memeluk teddy bear milik dia.
Berpuluh kali jua air mata mengalir bersilih ganti dengan rasa sebak di dada.
Rindu.
Harapan saya cuma satu, di satu hari yang indah, semoga Yasmin mengerti apa yang sedang saya lalui.

Di satu petang, hujan turun dengan menggilanya. Angin kuat menolak terbang langsir.
Saya berkurung di dalam bilik, dengan aircond terpasang. Bersama secawan kopi dan sebuah buku.
Nyaman dan tenang rasanya dalam ribut ini.
Ah, saya bisa hidup sendiri!

… bersambung …

2 thoughts on “JANDA

  1. itu juga permulaan yang along hadapi..sama macam Mya…kita bekerja dalam opis yang sama dan bergaul sesama kita..tp hubungan rakan sekerja di salah erti hingga ada yang sanggup datang menyerang bertubi2..allah maha adil…dugaan itu memang x putus…hanya kerana status…

  2. Lebih baik luahkan segala masalah dalam blog macam ni dari berkongsi cerita dengan orang cam kat atas tu, walaupun secara kasarnya nampak kongsikan kat mana pon sama, tapi cara ia datang balik berbeza.

    p/s: saya pernah memegang title ‘duda’, pada orang benda tu kecik, pada yang pernah melalui, lebih berat sbnrnye dr title ‘janda’

    sekian
    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif

Comments are closed.