Yaya Pegi Brunei

Masa Yaya bagitau saya dia nak pegi Kota Kinabalu sebab ada program sekolah kan, saya dah macam errr errr gitu.
Pastu saya bagitau dengan dia hmm takpayah lah pegi.
Yer la, jauh kot. 3 jam dalam flight. Isk.

Dia pun memula cam ok je lah.
2,3 hari lepas tu dia call balik, katanya bukan pegi KK tapi pi Brunei.
Lagi la saya ter err err.. Brunei kau.
Tapi dengar lah gegaya dia tu macam berharap nak pegi.

Saya pun diskas gitu gini dengan Encik Z.
Memula tu saya macam menyibuk nak ikut gak, dah survey harga flight hotel semua.
Tapi kena gak la sound dengan Encik Z.
We not rich people Normaya.
Kelas suami mak speaking.

Lagipun katanya bukan nak hantar anak masuk universiti ke, konvokesyen ke.
Dia ada program sekolah kot.
Dan lepas tu bila tengok jadual depa kat sana memang full ke sana ke sini dengan program.
So okaylahhh saya tak payah menyibuk nak ikut.

Flightnya hari Ahad, 23 November pukul 6.45 pagi.
Dari tengah malam memang depa semua, 16 pelajar, 3 orang cikgu dah berkampung kat KLIA2 nun.
Saya sampai sana pukul 3 pagi camtu.
Memang tak tidur langsung sebelum tu.

Macam gelandangan dah romannya kat KLIA2.
Gamak semua pun flight pagikan, tak leh nak buat apa.
Terpaksa melepak je tunggu kat airport.

Lepas bagi passport Yaya kat cikgunya, terus pi mengopi kat Starbucks.
Pukul 3 pagi minum ice blended. Pengsan.

20141123_030745

20141123_031508
: : tukar 50BND. Yaya kata Maklong kirim fridge magnet. iyerlah : :

20141123_033406

20141123_033542

20141123_034115
: : tak mengantuk pun budak budak ni. elok main sep sep : :

20141123_034200
: : Mama call Encik Z tanya khabar berita Yaya : :

20141123_034637
: : Auntie, auntie.. tolong ambikkan gambar kitorang. Baiklah nak : :

Nama program depa ni Program Jaringan Antarabangsa.
Ada yang masuk nyanyi, ada yang masuk pidato, ada yang masuk sajak.
Yaya masuk sajak.
Macam saya bagitau hari tulah, saya tak terkejar dah sangat program sekolah dia ni ha.
Banyak bebenau.

20141123_034645

20141123_040103
: : check in : :

20141123_041427

20141123_042658

20141123_043427
: : bye sayang! jaga diri! : :

Depa pegi 3 hari 2 malam je.
So by the time entry ni publish, depa semua dah selamat pulang ke tanah air pun.
Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.
Yaya dapat tempat pertama pertandingan sajak tu. Tahniah sayang 🙂
Dan merasa awak jejak kaki ke Brunei Darussalam. Untunglah! Hiks.
Sib baik Mommy pun dah penah sampai Brunei, kalau tak terpaksa la Mommy menjeles :-p

5 thoughts on “Yaya Pegi Brunei

  1. wow cayalah yaya dapat no 1!!!
    seronoklah yaya dpt g jalan2 pastu menang lagi..
    mommy xyah jeles sgt.. Brunei je kot..lain la kalau Maldives hehehe

  2. aktif sekolah dia kan.. best tul..
    tahniah Yaya.. dan cikDa jeles kat Yaya sbb cikDa pun tak pernah jejak Brunei lagi.

    Kalau flight awal pagi, gitu lah romannya Mya..
    tu ari kita pun dari Perth kul 6.50pg. dan merasa lah berkelana di epot yang ya amat sejuk beku tu.. brrr…

Comments are closed.